Friday, May 31, 2013

Doktor Lelaki dan Kelahiran

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum, agak lama blog ini menyepi. Hampir 4 bulan. Bukan kerana mahu berhenti dari terus mewarnai dunia blogging, tapi kerana tuntutan yang lebih utama dan perlu diutamakan. Mmmmm, lagipun, PC saya sedang menghadapi saat2 nazak ketika ini. Uhuk! Aduh, rasa mahu tampar2 manja saja PC ini supaya boleh terus berkhidmat pada tuannya. Senyum bak kata Ustaz Tuan Ibrahim. Apa saja masalah menimpa, SENYUM saja. Pasti hati tenang.

Hati terpanggil untuk mengemaskini blog ini apabila isu tidak wajar lagi doktor sakit puan lelaki menyambut kelahiran bayi di hospital2 kerajaan. Ramai telah membaca isu yang dibangkit oleh Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri ini. Umum mengetahui beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu. Boleh baca selanjutnya dilink ini:

Atau disini:


Saya berpengalaman melahirkan 5 orang cahayamata dan kesemuanya dilahirkan di hospital kerajaan. Alhamdulillah, rezeki saya mendapat bidan perempuan dan Muslim. Di situ satu kepuasan hati kerana dilayan   dengan baik oleh bidan2 yang merawat saya. Memujuk, dan memberi kata2 semangat ketika saya melahirkan kesemua cahayamata saya. Namun.... ada kekesalan dihati. Sedikit sebanyak, membuatkan hati saya sayu mengenangkan ada saja insiden melibatkan doktor pakar, jururawat dan doktor pelatih lelaki yang terpaksa melibatkan diri dalam kesemua proses kelahiran anak2 saya.

Sedikit kekecewaan di hati apabila di dalam labour room itu, kakitangan hospital lelaki, juga doktor2 pelatih lelaki, juga kakitangan hospital lelaki  boleh keluar masuk sesuka hati tanpa memikirkan bagaimana perasaan ibu2 yang sedang bertarung nyawa mahu melahirkan bayi dalam masa yang sama masih mahu menjaga aurat mereka. Walaupun ketika itu sudah ada bidan dan jururawat wanita lain. Situasi kita bukanlah darurat sangat sehingga kita perlu menayangkan semua aurat kita pada kakitangan hospital yang lelaki itu. Saya sendiri tidak mengerti, kenapa mereka tidak ada sensitiviti terhadap isu aurat ini.

Ketika melahirkan anak pertama dan kedua, di hospital kampung, bidan yang menyambut kelahiran memang wanita Mulim. Tapi, selepas selamat melahirkan, doktor yang membuat pemeriksaan bahagian bawah adalah doktor lelaki. Apabila ditanya tiada doktor wanita yang bertugaskah? Jururawat berkata, " Kami tiada doktor sakit puan wanita."  Ya Allah, rasa berdosanya saya. Saya tahu hospital itu hanya sebuah hospital kecil di daerah kampung saya, dan saya hanya pasrah! Apa lagi yang boleh saya buat. Ketika itu usia agak muda, 24 dan 26 tahun. Takut mahu melawan pun iye! Jururawat ketika itu bukan seperti sekarang. Kita minta lebih sikit dikatanya kita demand! Semoga Hospital Sabak Bernam sekarang mampu menyediakan doktor bersalin wanita sekarang.

Melahirkan Sofie secara c-zer juga memberi pengalaman cukup berharga buat saya. Saya tahu, doktor yang  menyambut kelahiran saya ketika itu seorang wanita. Alhamdulillah. Tapi, di dalam ruangan OT ketika itu, saya sedar, mereka yang bergelar lelaki berkeliaran keluar masuk di dalam ruangan OT. Apa yang boleh saya buat? Saya yang di dalam separuh sedar ketika pembedahan berlaku, tak kan saya mahu menegur mereka supaya keluar dari ruangan OT itu. Hati sangat tidak redha mereka melihat aurat saya hatta secebis kulit dari perut saya. Ampunkan hamba-Mu Ya Allah.....

Alhamdulillah, kelahiran anak ke-4 dipermudahkan. Dari pemeriksaan mengandung, menyambut kelahiran dan pemeriksaan selepas lahir, semuanya oleh doktor dan jururawat wanita. Alhamdulillah, syukur! Ketika itu perasaan saya, andai diberi rezeki mengandungkan anak ke-5, biarlah semuanya dipermudahkan seperti kelahiran anak ke-4 ini.

Untuk kelahiran ke-5 saya tahun lepas, saya bersyukur sekali lagi doa saya dimakbulkan dan diberi ruang disambut oleh bidan wanita di HSB. Seorang bidan yang baik, lemah lembut dan beragama Islam. Tapi, malang sekali bagi pihak saya, apabila disisinya terdapat seorang doktor pelatih lelaki yang amat muda. Rasa mahu menangis ketika itu. Ketika saya meminta dengan doktor itu secara baik, "Adik doktor, saya mahu menjaga aurat. Boleh adik keluar." Kata bidan, "maaf puan, doktor ini doktor pelatih dan dia perlu bersama saya untuk membantu saya." Oh, sekali lagi saya pasrah dengan keadaan. Allahu Rabbi! Ampunkan saya sekali lagi Ya Allah! Banyaknya dosa terkumpul saya.......

Saya antara para ibu dan isteri yang sangat berharap agar doktor O&G wanita di negara ini akan tumbuh bak cendawan selepas hujan. Sewajarnya, peranan ibubapa memberi galakkan pada anak2 gadis sekarang meminati bidang O&G. 

Saya terbaca juga catatan dari Dr. Zainur Rashid Zainuddin berkaitan hal demikian. Boleh baca pada pautan ini. 

Bukanlah mudah mahu merealisasikan impian semua kaum wanita yang satu ini. Harapan agar dapat dilaksanakan pertukaran doktor sakit puan lelaki kepada wanita itu tetaplah tinggi. Kita bukan dari kalangan mereka, mungkin kita ini akan dikatakan tidak faham dengan situasi para doktor. Tapi, itu semua tidak mustahil, kan...... Apapun, aurat tetap perlu diutamakan.

Agak2, wajar tak saya beri galakan pada anak dara istimewa saya nan seorang itu untuk menjuruskan diri dalam bidang O&G??!!! :-)

Sekian buat waktu ini.

33 comments:

  1. btol k.fiza
    saya sndiri tertanya2.nape mesti lelaki muslim nak amik bidang pakar sakit puan aka gynae?dorg ptt pk sndiri la.bkn xde bidang pakar sakit tuan.dan nape mesti doc pelatih lelaki diberi latihan di wad bsalin.byk lg tmpt kan.wad kanak2 sbganya

    spttnya pihak ptadbiran juga kena amik berat.

    takpe k.fiza.
    mudahan allah ampunkan kita
    sy pun penah alami kejadian sama.nak bsalin ank k2 iud tu la.sy da kat wad,sy da sakit sgt2,tp doc silih bganti.dorg tamau tolak sy ke lr slg doc x dtg cek bukaan
    ditakdirkan,time da sakit tak tahan sgt2,hanya ada doc pelatih lelaki cina ke atau doc muda.sy smpt ckp tamau..die kate,kalu gtew tgu doc wanita,tp lg 15min

    ya allah.bcmpur2 perasaan dgn ank iud lg.akhirnya sy pasrah
    baik smpi je kt lr..suami x di beri masuk.semua org tgl kan sy sibuk cr do

    x smpi brape min dlm lr..bb tkeluar sndiri.x sape smbut ank yg tiada tu.sy da kelemahan tak daya.sungguh sedih

    mudahan pasni,tiada la lelaki lain wpun skdar melintasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ashra,
      maafkan akak, akak rasa akak ada reply. tapi tah kenapa hilang....

      ye ashra, kita berdoa semoga Allah ampunkan dosa kita. itu harapan kita sbg wanita muslim.

      Delete
  2. Salam Kak Fiza,
    Betul Kak Fiza, kita mungkin tidak faham keadaan di mana kekurangan doktor O&G wanita, atau kesukaran doktor wanita untuk menjadi pakar O&G... tapi bagi kakitangan lelaki (selain doktor) yang senang lenang masuk ke labour room memang dikesali...
    Pernah sekali isteri seorang doktor di Kuala Terengganu hendak bersalin, suaminya si doktor minta beberapa staf labour room halang semua staf lelaki supaya tidak masuk ke ruang bersalin isterinya... Seorang doktor yang sudah biasa dengan keadaan hospital pun tidak sanggup membiarkan isterinya dipandang lelaki lain (dalam keadaan darurat itu)... Dalam hati saya berkata, beruntung jugalah isterinya mempunyai suami di tempat dia bersalin...
    Walaupun sukar, harapnya janganlah ada pihak yang pesimis dan memandang idea ini sebagai tidak logik...

    Wassalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa salam aisyah....
      maafkan akak, komen akak sebelum ni hilang tah ke mana.
      kadang2 bila time nak bersalin kita mengharapkan satu magic, yg sambut kelahiran kita adalah suami kita sendiri. hahahaha.... mustahil!

      akak setuju, harap2 idea ini akan terus direalisasikan olehpihak berwajib meskipun ia agak mustahil. oh, tak mustahil sebenarnya.... ini undang2 manusia. manusia mampu mengubahnya.

      menjaga aurat adalah undang Allah, hukum yg Allah turunkan dalam al-Quran... aurat adalah maruah.

      Delete
  3. huhu isu sensitif... masa sy bersalinkan hannah hari tu.. mmg disambut bidan perempuan, jalan pun dicek oleh doktor perempuan.. malangnya mcm kak fiza kata.. ada je doktor lelaki duk keluar masuk.. huhu MALUnya Tuhan je Tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dayana,
      kalau doktor yg keluar masuk tu ada keperluan dgn situasi kita, mungkin boleh dimaafkan.
      ni kakitangan yg sesuka hati keluar masuk. ape ke henyeeeee.... huhuhu

      Delete
  4. Salam fiza,

    Betul tu, bagi kita yang mengalami sendiri pengalaman ni, mmg rasa malu sgt2.
    Pengalaman bersalinkan anak pertama, secara normal di hospital swasta, alhamdulillah semua wanita yang berada dalam labor room kecuali husband.

    Tapi utk 2nd baby, bersalin secara c-zer di hospital yg sama. Sama la experienced dengan fiza, gynea, pakar bius dan nurse semua wanita. Tapi ada 2-3 orang lelaki yang nanie sendiri tak sure apa tugas mereka kat situ. Walaupun masa tu antara sedar dan xsedar je, tapi perasan malu tetap terasa. Rasa mcm nak menangis pun ada. Hanya Allah saja yg tahu perasaan nanie masa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa salam nanie,
      maaf nanie, reply komen saya sblm ni hilang tah ke mana.... huhuhu....

      betul sgt tu nanie.... kita yg rasa, kita yg malu.

      Delete
  5. hai.. salam kenal

    follower ke : 370

    done follow sini.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Saya brslin kt swasta doc lelaki yg handle tp x rasa trtekan sbb dia cuma smbut msa bby da nk klur pas bby kluar uruskan bby dan jhit saya trus x nmpk muka dia lg smpi saya kluar cpt dan cekap

    ReplyDelete
    Replies
    1. kros,
      syukurlah.... setiap org mengalami pengalaman yg berbeza.
      tapi sebagai wanita muslim kita tetap berharap aurat kita terpelihara dari dilihat mahram lain, kan.

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. fiza,
    15 hb 5 lepas akak dah selamat bersalin anak ke lima di hospital swasta. 4 anak sebelum ni semua di hospital kerajaan. anak 1-3 semua bidan dan dr perempuan yg cek dan uruskan. lalu lalang jugalah staff lelaki. tiba kelahiran anak keempat, doktor lelaki pulak yg sambut.lepas tu cakap ngan husband, kalau nak baby lagi kena g swasta plak. sebab boleh pilih dr wanita. husband pun memang dia tak berkenan kalau dr lelaki yg jd bidan.so, walaupun ada kekangan kewangan,namun husband sanggup berabis asalkan aurat akak terjaga.kami pilih hospital swasta dekat sg buloh (putra medical centre)sebab itu yg terdekat dan agak murah berbanding yg lain.namun ada juga yg perli akak, kata mrk,amacam bersalin kat swasta, sakit tak?akak jawab sakit bersalin memanglah sakit,nape tanya camtu plak.pastu dia balas, ingatkan tak sakit sebab bayar mahal2.apa, diorang ingat saje akak nak bermewah mewah la kut yg pergi kat swasta tuh...angin satu bdn jer rasanya. abis tu akak jawab, husband aku tak bagi aurat besar isterinya lelaki lain yg belek.tu je sebab yg pergi swasta tu.
    macam 2 la org sekarang. tak de kesedaran langsung tentang nak jaga aurat. betul cakap fiza. dah tiba masanya perempuan yg ambil alih tugas yg bersangkutan aurat wanita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak anonymous,
      tahniah kak atas kelahiran baby terbaru. mesti dah besar sekarang, kan?
      maaf la, fiza bz sikit.
      seeloknya begitu kak, bila dah tahu isteri mengandung, suami isteri harus memikirkan hospital mana tempat bersalin nanti. biarlah susah sikit mengumpul wang yg penting kita dpt menjaga aurat kita.

      Delete
  9. To akak Anonymous,

    Teruk laaa orang2 yg sindir akak tu... mungkin diorg tak paham tentang hukum.. sebab pada setengah orang, diorg aggap sakit nak bersalin ni kes emergency jugak, so takpe kalau doctor lelaki yang handle. Berdoa jelah mudahan mereka2 ini dibukakan pinu hati mereka untuk tahu lebih mendalam pasal ni. Huhuhu..
    Bagus jawapan akak tu :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, saya terpanggil untuk memberikan komen memandangkan saya adalah doktor yg sedang menjalani latihan untuk menjadi pakar. Pakar sakit puan wanita yang kalian semua idamkan... ingin saya jelaskan di sini bahawa, proses utk menjadi seorang doktor itu memerlukan latihan.. maka tidak dapat dielakkan doktor pelatih lelaki tetap perlu menjalani latihan perbidanan.. contoh jikaberlaku kecemasan kelahiran di atas kapal terbang dan sebagainya, apabila ada doktor dalam pesawat, tentu beliau akan dirujuk tidak kira lelaki atau perempuan.. cuba bayangkan satu fenomena di mana mereka ini tidak tahu menahu langsung soal kelahiran, tentu org akan berkata pula, "doktor apa macam ni"... ini satu contoh kecil saja yg puan semua mungkin anggap tak penting pun..
    untuk menjalani latihan kepakaran, doktor perlu menambah tempoh 4 tahun pengajian master dalam bidang sakit puan.. satu tempoh yg panjang kerana kami bukannya duduk belajar di kelas, tapi pelajaran kami adalah bekerja, dengan melihat pesakit setiap hari dan membuat pembedahan sakit puan yg pelbagai, bukan setakat kelahiran sahaja, cyst ovari, kadangkala cancer cervix atau cancer rahim.. operation ini selalunya mengambil masa yg panjang, kadangkala 5 hingga 8 jam tanpa henti... di sinilah limitasi seorang wanita, walau sekuat manapun takkan mampu menandingi daya ketahanan lelaki(Arrijalu qawwamun a'alan nisa'a-lelaki itu lebih kuat dari wanita). Dan kalau kita nak khususkan lelaki buat subkepakaran (selepas pakar, sambung lagi untuk kepakaran khas bidang tersebut; contohnya gynaeoncology atau pakar kanser wanita), mereka juga masih memerlukan basic atau asas dalam kesihatan wanita dan salah satu keperluan untuk jadi pakar sakit puan, kami perlu menyambut lebih kurang 400 ke 500 kelahiran yg termasuk bersalin biasa, bersalin forcep atau vacuum, bersalin caesar atau kelahiran bayi songsang dan bayi kembar..
    kemudian, kita mempersoalkan doktor wanita ramai, tapi kenapa masih tak boleh khususkan bidang perbidanan kepada wanita sahaja? Cuba puan2 tanya diri puan2, sanggupkah bekerja oncall 8 kali sebulan yang mana hari biasa bekerja 7 pg sampai 5 ptg, kalau hari oncall kita akan bekerja 7 pagi bermula dari hari ini kemudian pulang pukul 5 petang esok hari.. waktu itu keadaan dah separuh nyawa sebab keletihan, mana nak menyambung tugas di rumah sebagai ibu dan isteri? Esok pagi, akan bekerja semula 7 pagi hingga 5 ptg.. kalau selang sehari oncall pula, esoknya kena kerja pkl 7 pg hingga 5 ptg lusa pula.. disebabkan faktor ini, ramai doktor wanita tidak sanggup dan memilih menjadi pakar radilogi, pakar kajikuman dan yg lain2 supaya tak perlu oncall berada di hospital meninggal anak dibawah jagaan bibik, suami pun memendam rasa.. ctd part 2

    ReplyDelete
  11. huraian feqah mengatakan doktor lelaki dibenarkan menyambut kelahiran sekiranya darurat... bagi saya, Malaysia masih belum terlepas dari darurat ini.. berkenaan isu aurat, adakah puan2 sedar bahawa tempat itu tetap menjadi aurat puan2 kepada saya.. tetapi sebab darurat saya juga dibenarkan melihatnya.. sedarlah puan2, sewaktu kami memeriksa pangkal rahim anda, tidak terlintas langsung soal intimasi kerana dalam kepala kami sudah siap analisa untuk memastikan berapakah bukaan rahim (os dilatation), berapakah tebal pangkal rahim (cervical length), berapakah besar bonjolan kepala bayi (caput), berapakah tahap berlapisnya tulang tengkorak bayi (moulding)-untuk menandakan ada masalah kemungkinan tulang pinggul kecil dan bayi tidak boleh keluar secara normal, apakah warna air ketuban (pekatkah najis bayi petanda bayi lemas)... kami terlalu occupied untuk memikirkan itu semua.. tapi alangkah sedihnya doktor2 ini apabila si pesakit atau suaminya terasa seperti nak menendang doktor lelaki ini kerana memasukkan tangannya ke faraj anda.. sedangkan diahanya ingin memastikan kelahiran anda semua tidak bermasalah.. jadi, hentikanlah prejudis puan2 terhadap doktor2 ini kerana mereka hanya menjalankan tugas.. jika inginkan doktor perempuan, buatlah solat hajat dari awal mengandung (ud'uuni fas tajiblakum) kerana mustahil Allah tidak mengkabulkan doa hambaNya yg tidak putus meminta. Tetapi jika doktor lelaki juga yg merawat anda, itu juga dugaan terhadap anda kerana Allah itu menguji anda juga, kesabaran anda dan bagaimana hubungan anda dengan manusia lain (hablum minan nas).. adakah anda nak sepak terajang muka doktor tu kalau boleh ataupun nak ucap sepatah dua syukran jazilan (terima kasih)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam dr hajjah nurul,
      maaf sgt terlewat untuk menyucapkan terima kasih pada doktor krn sudi mencelah dalam post ini. terima kasih sekali lagi doktor.... sgt menghargai kesudian doktor meluangkan sedikit masa membaca coretan tak seberapa ini.

      saya mengerti, tugas menjadi doktor pakar dlm sesuatu bidang bukanlah mudah. ye.... saya sbg org awam sgt2 tidak memahami tugas kedoktoran itu. apapun alasan, pada saya aurat tetaplah aurat. aurat kami para isteri adalah maruah suami. Alhamdulillah, suami saya tidaklah tergolong dlm org yg mahu menendang saja para doktor itu. masih ada akhlak sbg Muslim, insya Allah.

      spt yg saya katakan dlm post, "Kita bukan dari kalangan mereka, mungkin kita ini akan dikatakan tidak faham dengan situasi para doktor. Tapi, itu semua tidak mustahil, kan...... Apapun, aurat tetap perlu diutamakan."

      apapun, paling saya tidak puas hati, untuk apa kakitangan lelaki yg tiada kena mengena boleh sesuka hati masuk dalam bilik bersalin.

      terima kasih atas penjelasan doktor....... saya redha dengan takdir, tapi saya tak redha aurat saya dipertonton. sekian.

      Delete
    2. Hanya lelaki tahu perasaan lelaki bagaimana... jangan la nak tolong jawap bagi doktor lelaki selagi anda seorang wanita.nak tahu patut tak patut dr lelaki di wad bersalin suruh doktor lelaki tu letak bini dia bersalin dan di rawat oleh doktor lelaki lain. Tengok dia sanggup atau tak... kalau dia tak sanggup jangan kata dr lelaki datang untuk memudahkan wanita bersalin.hanya lelaki tahu perasaan lelaki

      Delete
  12. salam fiza...
    apa yg dr hajjah nurul katakan itu mmg benar.tidak ramai doktor perempuan yg berminat untuk menjadi pakar sakit puan ataupun menjadi chronic MO dalam O&G kerana bebanan tugasnya sgt berbeza berbanding unit2 lain.bukan kerana tiada kesedaran ttg hukum/kewajipan sbg org Islam namun setiap individu @ doktor perlu menyedari akan kebolehannya sendiri.semasa bekerja kita bermain dgn nyawa manusia.memikul amanah utk memberikan yg terbaik...ajal maut di tangan Allah namun kita perlu berada di landasan yg betul semasa bekerja.apalah gunanya datang bekerja dengan hati yg sebal,badan yg letih & minda yg tidak tertumpu sepenuhnya kepada pesakit.

    tidak dinafikan ramai juga doktor perempuan yg mampu mengharungi kehidupan dalam dunia O&G.....syabas untuk mereka.moga mereka mendapat ganjaran yg terbaik dari Allah swt....akak sendiri tidak mampu menghadapi tekanan itu.

    andai bersalin di hospital kerajaan insyaAllah boleh request utk doktor perempuan tetapi untuk waktu bekerja biasa shj.ketika waktu on call mmg tiada pilihan kecuali ada sesetengah dr yg sgt prihatin sanggup datang ke hospital utk sambut kelahiran di luar waktu tugasnya (kawan akak pernah buat macam ni sebab patient request utk dia sambut kelahiran).

    untuk kes operation susah nak elakkan dari kehadiran lelaki kerana attendent yg mengangkat pesakit adalah org lelaki.

    walaubagaimanapun sebagai org Islam akak juga mengharapkan di satu ketika negara kita mampu mengadakan satu hospital atau unit untuk mengendalikan kelahiran yg memiliki hanya doktor2 perempuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak ieda....
      terima kasih kak, sudi memberi komen dan penjelasan.
      yer kak, sbg org awam, mmg kita tak memahami situasi dokotr itu bagaimana.
      pada fiza, apabila sudah memilih kerjaya sbg doktor, tugas dan tanggungjawab merawat pesakit adalah satu tugas yg amat berat.
      dan masalah utama wanita muslim adalah aurat, jadi sangatlah besar pahala apabila seseorang doktor wanita itu mampu berusaha mengerah tenaganya mambantu wanita lain memelihara aurat waita lain.

      rasanya tak perlu nak pertahankan brp lama pengajian atau apa2 masalah yg dihadapi....

      btw, terima kasih kak atas penerangan akak..... :-)

      Delete
  13. bgus ade doktr yg mncelah di sini dn terangkn ape yg berlaku dr sudut
    profesionalisme kedoktorn..
    tp ape2 pn ttp juga kite kena ingt Allah mmbuat hukum bukn utk menyusahkn..
    ape pn alasannya aurat ttp aurat.. halal dan haram itu sgt jelas..
    dan tiade isu darurat di sini..
    kitelh yg harus memilih.. suami isteri harus bijak mrncang.. aurat isteri
    itu adalh maruah suami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tlah melahirkn 5 orng chymata...
      spnjng tmpoh kehamiln dn kelahiran tiada seorng dr llki pn prnh
      menyentuh saya.,, prnh satu ketika sy sakit pkul 4 pg dn berggs
      ke hospital kajng, tiba2 doktr india llki muda msuk.. terus sy melompat trun
      dr katil... ape pn terjd auratku ttp auratku... hy utk ttpn suamiku...
      mlm tu jugak dgn bukaan 4cm (dtglh pulk tiba2 doc ppn check bukaan sy) sy ajk suami terus k hosp swasta di kl.. mmg semua doc ppn disitu... alhmdulillah...

      Delete
    2. diesel...
      kuatnya kamu....
      eh, anak kita 5 juga.
      terima kasih krn menyokong daku :-)

      Delete
  14. Pengalaman melahirkan 2 anak secara pembedan rezeki sy dpt gynae wanita...tp saya x dpr mengelak dr pakar bius lelaki.
    InsyaAllah utk kelahiran kali ni saya nekad memilig gynae wanita (india), pead wanita sebaya ibu sy n insyaAllah anaest wanita. MOGA ALLAH PERMUDAHKAN.
    impian kami suami isteri agar puteri kami Syafi bakal bergelar O & G wanita..sebagaimana namanya penuembuhanku..moga ia membantu wanita lain di luar sana
    AMIN

    ReplyDelete
  15. Hi sis saya bersalin anak pertama semua doktor lelaki dan perempuan ada.. saya paling sedih yang seluk lelaki lepas tu perempuan pulak seluk... saya paling benci bab seluk2 tu ..rasanya tak payah seluk pun tak pa... saya tak boleh saya saya memang tak tahu boleh cakap saya nak doktor perempuan... dekat hospital kajang suami tak dibenarkan masuk di labor room.. saya rasa macam sedih lagi... bila doktor lelaki tengok kemaluan saya sampai sekarang saya tak boleh lupa saya jadi trauma sangat.... TRAUMA, next nak bersalin saya nak bersalin dekat rumah sahaja...... Biarlah Allah yang bantu saya anak kedua dan seterusnya dari diraba atau diseluk oleh lelaki lain yang boleh buat saya trauma...

    ReplyDelete
  16. Salam, sekadar nak berkongsi pengalaman saya di Australia. Di sini, kelahiran di hospital disambut oleh bidan terlatih (midwives bukan nurses biasa) sepenuhnya dan bukannya doktor. Bidan-bidan ni mempunyai kelulusan universiti dan 100% bidan di hospital saya bertugas adalah wanita. Doktor hanya akan datang jika high risk pregnancy atau proses kelahiran yang mengambil masa terlalu panjang. Bidang ini juga sangat didominasi kaum wanita di sini. Selain itu, di hospital setiap wanita bersalin dalam bilik yang berasingan ataupun dikongsi 2 orang jadi sangat privasi. Mereka juga boleh memilih untuk bersalin di pusat bersalin (tidak perlu masuk wad selepas bersalin, hanya bersalin di hospital), wad bersalin, mahupun bersalin di rumah. Jika bersalin di rumah terdapat bidan komuniti yang akan menguruskannya. Saya fikir Malaysia sebagai negara Islam boleh mencontohi sistem ibu mengandung dan bersalin seperti ini di Australia.

    ReplyDelete
  17. Selalu doktor2 beri alasan kerja o&g berat. oncall tempoh yg lama. mudahnya, kenapa tak ubah pendekatan ini. jika ada ramai wanita, janganla letak seorang saja utk bertugas. letakla lebih ramai. semua peraturan ini kan dibuat oleh kita juga. mana peranan KJ o&g utk memikirkan meringankan beban yg ada. mustahil tak boleh. Anda doktor2 yg tak mahu berubah.

    ReplyDelete
  18. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete
  19. assalam...kepada parea isteri dan suami pergilah ke hospital swasta dan booking doktor perempuan...memg kos bersalin di hospital swasta mahal tp apalah sgt jika dibandingkan dengan maruah dan kehormatan diri...apatah lagi perasaan suami kita yang halal dgn kita tp lelaki lain yg melihat "aurat besar" kite..tentu luluh dan kecewa hati suami walaupun suami x ckp ape2 dan nmpak cool...karenah di hospital kerjaan ni x boleh jangka...macam kes akak Naimatul, walaupon doktor perempuan yang sambut kelahiran tp ade juga lelaki lain yang ade dlm labor room...paling "kurang ajar" plak adalah lelaki yang berkeliaran keluar masuk dlm labor room...mereka telah dididik dgn ilmu barat, sebab tu mereka mcm takde adab keluar masuk labor room tanpa minta izin...sebenarnya itu dan mencabul privasi pesakit spt dlm peraturan hospital...lebih2 lg hospital yang tidak membenarkan suami teman isteri sewaktu hendak bersalin...hospital spt ini memg sewenang-wenangnya tidak ambil peduli soal privasi dan maruah pesakit...jadi kite berusahalah dan berdoa mendapat rezeki yang lebih agar kite pegi hospital swasta untuk mendapatkan doktor perempuan...insyaAllah...Allah akan gantikan balik "duit" kite yang habis di hospital swasta dgn rezeki yang lebih berkat kerana kita berusaha mempertahan maruah diri, kehormatan, dan kesucian agama..

    ReplyDelete
  20. Adakah anda sedang mencari pinjaman? anda berada di tempat yang tepat untuk penyelesaian pinjaman anda di sini! Global Finance Limited memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat dan individu pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan 2%. sila hubungi kami melalui e-mel melalui (oliviadaniel93@gmail.com)


    DATA PERMOHONAN

    1) Nama Penuh:
    2) Negara:
    3) Alamat:
    4) Negeri:
    5) Seks:
    6) Status perkahwinan:
    7) Pekerjaan:
    8) Nombor telefon:
    9) Kedudukan Semasa di tempat kerja:
    10) Pendapatan bulanan:
    11) Jumlah Pinjaman yang diperlukan:
    12) Tempoh Pinjaman:
    13) Tujuan pinjaman:
    14) Agama:
    15) Adakah anda memohon sebelum:
    16) Tarikh lahir:
    Terima kasih,

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....