Wednesday, October 02, 2013

Selamat hari lahir, Hijaz! 4 tahun dah dia!!!!!!!

Bismillah.... Assalamualaikum.
Sekali kesibukan melanda menyebabakan niat saya untuk aktif berblog hangat2 tahi ayam. Huhuhuu..... Sabar je la tau!.

Sudah malam..... dari pagi tadi cuba cari masa untuk update tentang anak saya. Jadinya, sebelum jam 12 malam, sebelum melangkah ke hari esok, saya cuba juga luangkan masa untuk update. 

Hari ini 2 Oktober, hari lahir anak ke-4 saya, Hijaz Muhammad. Ingat lagi tak Hijaz? Heheheh..... Tak sangka, boy umi itu sudah 4 tahun. Tahun depan boleh sekolah.


Mmmmmm, punya la sibuk si umi. Gambar hanya download dari FB je. Malas umi nak cari gambar2 lain untuk dipaparkan disini. By the way Hijaz,  umi dan abi sentiasa akan mendoakan Hijaz menjadi anak soleh wa musleh ok! Anak yang taat pada perintah Allah dan Rasul, juga menjadi abang yang penyayang buat adik Amal (setakat ni adik Hijaz cuma Amal :-)) dan menjadi adik yang baik pada abang2 dan kakak Sofie. Umi juga berharap, Hijaz akan menjadi cucu yang soleh buat atok, nenek, tok abi dan tok umi, ok! Kiranya, Hijaz ni insya Allah la, akan menjadi khalifah yang cemerlang dunia akhirat, amin! Sayang Hijaz, sayang sangat2. Muah! Muah!

Ok, sempena hari lahir Hijaz ini, umi belanja keluarga makan. Makan di rumah saje. Abi belikan ok. Vavavava..... Tengok apa yang abi Hijaz ni beli. Pizza Domino kaw! Mmmmm, sedapnya. Habis diet umi malam ni. Huwaaaaa....!!!!!!!!!!!!!


Abi Hijaz beli yang extra large ni 2 kotak. Mak aihhhhh.... Besau amat! Apa lagi, kongsikan kegembiraan Hijaz dengan jiran kiri kanan. Jiran kiri kanan tu la kawan2 Hijaz sekarang. Akan datang kalau dah sekolah, sambut kat sekolah pulak dengan kawan2, insya Allah!


Kami sekeluarga makan pizza ni sampai kenyang. Alhamdulillah.... Hasil umi jual kek, dapat belanja Hijaz dan adik beradik makan. Abi tu boleh je nak belanja. Bila2 je boleh. Tapi, kali ni.... khas untuk Hijaz Muhammad, umi yang belanja. Hahahaha (gelak berlagak! Astaghfirullah!)

Ok, sekian dulu! Daaaa......
*******************************************************************************
Alamakkkkkk...... Lupa nak tambah! Sebenarnya kan Hijaz minta kek hari jadi. Huhuhu..... Sian dia. Umi dia buat kek untuk orang, tapi hari lahir anak sendiri umi tak buat pun kek. Teruk kan umi Hijaz ni. Tapi..... sebab Hijaz yang minta, umi buatkan juga la keknya. Buat kek coklat lempap je pun, kebetulan ada orang tempah kek coklat, umi lebihkan sikit bancuhan untuk buatkan Hijaz kek yang comel.

Ingatkan kek tu umi nak buat triffle. Tapi bila cek barang tak cukup, umi malas nak keluar, umi teruskan je la tepek cream cheese frosting pada kek coklat tu. Jadilah ia Cream cheese chocolate cake. Tah hapa2 namanya, kan?


Nampak tak, punya pemalasnya si umi Hijaz, upload pic dari Instagram je. Dekorasi kek Hijaz simple je pun. Cuma belah 2 keknya, sapu cream cheese frosting. Coating dengan cream cheese, tepek coklat rice ditepi, dan picit rambu ramba ala2 mee segera atas kek. Hahaha. Dan tulis HIJAZ 4 YEARS. That`s all, simple but nice, right? Ahak. Perasan!!!!!
 HAPPY BIRTHDAY HIJAZ SAYANG!
Ok, daaaa...... Jumpa lagi!

10 comments:

  1. selamat hari lahir hijaz..semoga jadi anak soleh..berjaya dunia akhirat..amin..
    kak,jemput ke blog hani ye =)

    ReplyDelete
  2. happy birthday hijaz. moga jadi anak soleh cemerlang dunia akhirat...

    ReplyDelete
  3. Happy besday hijaz...meriahnya!!

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Lahir Hijaz. Alhamdulillah tertunai hasrat Hijaz nak kek birthday ;)

    ReplyDelete
  5. selamat hari lahir Hijaz...lama sungguh tak lawat blog k.fiza ni...wan pn lama dh tak berblog...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, saya pun jarang update blog dah skrg. bz amat! huhhuh

      Delete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....