Friday, July 04, 2014

Hijaz, semoga soleh!

Salam Ramadhan Kareem.....
Hari ini sudah masuk Ramadhan ke 6. Masya Allah....cepatnya masa. 
Pada Ramadhan ke 6 ini emosi umisofie agak kurang stabil. Pagi tadi menghantar Hijaz sekolah dengan linangan air mata. Air mata si anak. Hijaz hari ini sangat2 tidak memberi kerjasama yang baik untuk ke sekolah. Allahu Rabbi! Mengucap panjang umisofie.


Bangun paginya dalam keadaan baik sekali. Saya sediakan sahurnya (sarapan) pada jam 6.45pagi. Hijaz makan dengan selera. Nasi goreng ayam dengan keropok ikan serta air koko. Seusai makan Hijaz masuk bilik mandi untuk mandi. 
"Umi, hari ni Ijaz ok je kan? Tak nangis pun." Mulut dia berbicara.
"Haaa.... mcm ni hari2 kan senang. Umi senang. Hijaz senang. Hijaz kan anak yg baik." Saya membalas.

Tersenyum2 dia bila dipuji. Hijaz mandi dan terus bersiap mengenakan uniform sekolahnya. Setelah selesai semuanya Hijaz minta izin untuk naik ke tingkat atas kerana Sofie sudahpun berada di atas. Membuka komputer. Membuka youtube Upin dan Ipin. Rancangan kegemaran mereka. 
"Nanti umi panggil turun Hijaz turun tau. Umi siap dulu." Kata saya.
"Ok umi. Hijaz tak nangis." Dia memberi jaminan. Hati saya lega....


Saya menyiapkan diri. Mengenakan pakaian lengkap untuk menghantar Hijaz ke sekolah. Saya panggil Hijaz turun. Hijaz turun dengan mood yang cukup baik pada mulanya. Tiba2, Hijaz hentakkan dirinya ke atas sofa. 
"Laaaa....kenapa ni?" Tanya saya.
"Sofie tu.... tak sekolah." Dia mula merungut sambil menunjukkan muncung comel.
"Hari ni kan hari jumaat. Kakak Sofie cuti. Hijaz pergi sekolah. Kejap je hari ni. Nanti umi ambil cepat."

Dia mula memberontak. Allahu Rabbi. Saya mula berdoa dalam hati, 'Ya Allah. Sabarkan aku!'
Adegan pujuk memujuk dimulakan. Macam2 cara saya pujuk Hijaz. Saya berjaya juga memujuk sehingga dia mahu naik ke atas motor. Di atas motor, macam2 saya cakap dengan dengan dia. Saya puji dia. Saya bagi harapan pada dia. Hijaz hanya diam. Saya dapat rasakan mulut dia sedang muncung.

Sampai depan pagar sekolah, cikgu Ann sambut. Tapi, Hijaz tidak langsung berganjak dari belakang saya. Sessi pujuk memujuk berlangsung lagi. Dia tetap dengan pendirian tidak mahu turun dari motor. 

Keadaan memaksa saya turun dahulu dan terus mendukung Hijaz. Agak mencabar juga sebab Amal saya bawa bersama. Sebelah gendong Amal, sebelah memegang Hijaz. Dia meronta2 tak mahu masuk ke sekolah. Cikgu Ann dan cikgu Umi datang memujuk. 

"Tak mengapa ibu, ibu balik je dulu. Kami boleh pujuk dia." Hati saya mula hiba meninggalkan Hijaz dalam keadaan Hijaz menangis. Saya percaya dengan guru2 Hijaz. Mereka bijak menangani situasi begitu. Saya biarkan saja dan memecut motor dengan laju. Semoga Hijaz baik2 saja di sekolah.

Sepanjang 6 bulan Hijaz bersekolah di Pasti Insaniah, ini ialah kali kedua Hijaz buat perangai. Kali pertama adalah ketika mula2 bersekolah dahulu. Biasalah mula2 masuk sekolah. Selepas dari itu, Hijaz baik2 saja. Cikgu-cikgu memuji Hijaz anak yang baik, senang diurus, mudah dengar kata, walaupun Hijaz kurang bercakap. 


Semoga anak ini akan terus berkelakuan baik, berakhlak mulia, menjadi soleh sentiasa. Sebenarnya, adalah biasa bagi anak2 yang sesekali ada waktu dia bersifat kurang baik. Sebagai ibu, saya kena bijak menangani keadaan ini. Saya kena lebih baaaaaanyaaakkkkk belajar. Anak sudah 5 orang. Lain anak lain ragam. Setiap anak ada ragamnya sendiri. Alahmdulillah.....

Ya Allah, jadikanlah kami ibubapa yang tinggi sabarnya dalam mendidik anak2 kami. Lembutkan hati anak2 kami. Jadikan mereka anak2 yang mendengar kata. Jadikan mereka anak2 yang menurut segala perintahMu, RasulMu dan perintah ibubapanya. Amin Ya Robbal 'Alamin.


Thursday, July 03, 2014

Terbaru Cerita Sofie

Assalamualaikum.
Salam Ramadhan ke-5. Alhamdulillah, sudah masuk hari ke-5 kita berpuasa. Terasa cepat masa berlalu. Ramadhan akan terus berlalu meninggalkan kita. Andai terleka sia2lah puasa kita tahun ini. Semoga kita semua berazam untuk meningkatkan amal ibadah kita pada bulan ini. Masih ada waktu untuk kita tingkatkan amalan.

Pagi2 ni rasa nak berkongsi kisah Sofie. Karenah Sofie. Perangai Sofie. Segalan2nya tentang Sofie. Ya Allah.... tah kenapa pagi ni dia bikin perangai kurang soleh pulak. Ada kalanya senang sangat nak memujuk. Namun, kerap sekali buat perangai di waktu pagi terutamanya. Bangun dah awal sangat. Senang bila dipanggil namanya suruh bangun mandi untuk ke sekolah. Tapi, dalam pada senang2 tu menguji juga kesabaran umi apabila dia mula memberontak. Ya Allah, beri umi sabar yang lebih.

Memujuk Sofie kena gaya yang betul. Salah teknik dia akan memberontak semula. Namun, dalam menangani sikap Sofie yang pelbagai, saya sedar ini semua adalah ujian kesabaran dariNya. Walau banyak karenah, Sofie sebenarnya amat mudah diuruskan. Senang dijaga. Tanggapan yang mengatakan menangani anak istimewa ini susah sama sekali tidak betul. Mungkin susah bagi mereka yang tidak melahirkan anak istimewa, tapi tidak bagi saya. Sepanjang menjadi umisofie, saya berbangga Sofie mudah diurus.


Saya menerima respon yang baik dari guru2 dan penyelia PDK tempat Sofie belajar. Mereka memberitahu saya Sofie antara pelatih yang sangat2 senang dijaga dan mendengar kata. Alhamdulillah. Walau Sofie nampak agak aktif, tapi sebenarnya Sofie memiliki jiwa yang sangat lembut. Bila kita berlembut dengannya lagi mudah dia mendengar kata. Antara ramai2 anak2 pelatih di PDK Sofie pernah dipilih oleh gurunya untuk mengikuti rombongan ke Temerloh Pahang. Bukan mudah saya sebagai ibu bapa untuk melepaskan Sofie di bawah jagaan orang lain. Sebagai ibubapa Sofie kami memikirkan takut2 Sofie tidak memberi kerjasama yang baik sepanjang rombongan itu. Kebetulan waktunya agak panjang. Sehari suntuk.


Namun demikian, saya percaya pada guru2 PDK yang telah lama melatih Sofie menjadi insan yang baik. Saya percaya kenapa mereka memilih Sofie untuk dibawa bersama. Saya beri izin akhirnya untuk beri peluang kepada Sofie mempelajari kehidupan alam haiwan dan tumbuhan bersama guru-gurunya. Dia pulang dari rombongan dengan gembira pada hari itu.

Saya sentiasa berharap Sofie dapat membesar dengan sifat2  terpuji. Memory dia sangat kuat merakam sesuatu yang kurang elok. Doakan Sofie ye. Sekian buat waktu ini.....

Terima kasih kepada yang masih sudi membaca cerita Sofie.

Umisofie Kembali!

Assalamualaikum.....Salam Ramadhan Kareem...
Lama saya menyepi kan? Lama sangat2. Hampir2 setahun juga saya biarkan halaman ini. Kadang2 rasa mahu menutup halaman ini. Tapi, bila difikirkan semula.... ah, sayang pula. Banyak kisah2 pahit manis Sofie saya lakarkan di sini. Saya agak sibuk sejak kebelakangan ini. Menguruskan 5 orang anak bukan satu tugas mudah. Ini masanya saya membesarkan anak2 saya dengan penuh rasa kasih sayang. Mereka amanah dari Yang Maha Esa. 

Insya Allah....saya cuba tekadkan dalam hati mahu aktifkan kembali halaman ini dengan pelbagai cerita. Saya suka mengomel sebenarnya. Jadi ini tempat terbaik untuk saya mengomel. Mungkin halaman ini sudah tiada pengikut. Bagi yang masih mengikuti kisah saya di FB terima kasih saya ucapkan. Saya aktif di FB. Aktif dengan pelbagai aktiviti harian di rumah. Rumahtangga, anak2, kek dan roti. Itu dunia saya. :-)

Anak sulong dan anak kedua saya masing2 sudah 10 dan 8 tahun. Ingat tak Ikhwan dan Amniy? Mereka semakin membesar. Cabaran hidup mereka semakin berliku. Mudah2an mereka tabah dan kuat utk membesar menjadi insan yang soleh. (Mereka tidak suka bergambar. Lain kali saya tepek gambar mereka)

Pasti Sofie tidak dilupakan kan. Sebenarnya Sofie sudah banyak perkembangan. Lagi2 sejak bertahun2 dia di PDK. Alhamdulillah....sedikit sebanyak nampak sangat perkembangannya. Sudah hampir2 pandai urus diri juga. Hijaz sudah bersekolah tau. Bulan 10 nanti akan berusia 5 tahun. Syukur.... sejak Hijaz sekolah mcm2 perkara baik dia dapat. Alhamdulillah..... Nampakkan betapa mereka sudah besar....


Anak bongsu saya dah besar tau. 2 tahun lepas saya melahirkan dia. Dalam bulan Ramadhan. 2 Ramadhan kelmarin adalah hari ulangtahun Amal Mujahid yang ke 2 mengikut kalendar Hijrah. Kalendar Masihi masih ada dalam lebih kurang 20 hari lagi. Alhamdulillah, ligat dan cergas sangat dia. Tak menang tangan sebenarnya saya. Banyak keletah. Kadang saya bertanya pada dia, "kenapa Amal cepat sangat besar?" Hihihih.... Rasa belum puas tengok dia sekarang. 


Ok.... itu cerita anak2 saya sekarang..... Lain kali saya cerita lain. 

Saya dan Bisnes Kecil
Ini antara sebab kenapa saya agak sibuk. Alhamdulillah.... saya dipinjamkan oleh Allah sedikit kemahiran membuat roti dan kek. Kemahiran itu saya cari dan gali sendiri kerana minat. Mungkin ditakdirkan darah membuat kek dan roti dari ibubapa saya telah mengalir ke dalam badan saya. Antara ramai adik beradik saya terpilih untuk mengikut jejak langkah ibu saya. 

Saya cuma mengambil tempahan kecil2an sahaja. Belum mampu nak ambil yang besar sebab keluarga adalah keutamaan saya. Lagipun peralatan masih kecil. Namun, saya bersyukur atas rezeki ini. Alhamdulillah. Boleh la sikit untuk menambah pendapatan keluarga. Tak banyak pun tapi boleh lah.... hehehe. Mudah2an Allah izinkan saya teruskan minat ini.

Nak tengok hasil roti2 dan kek saya boleh tengok FB saya ye https://www.facebook.com/naimatul.norrodin
Insya Allah, pelbagai roti dan kek saya hasilkan. Nak buat tempahan pun boleh. ( Amboiii.... kan main mempromosi)

Kita di dalam bulan Ramadhan yang mulia. Semoga kita semua dapat memanfaatkan bulan penuh barakah ini sebaiknya. Ambil peluang ini sebab Allah telah turunkan rahmatNya yang melimpah ruah dalam bulan ini. Rugi kalau kita sia2kan. Oleh sebab itu juga saya tidak buka tempahan untuk bulan ini. Saya sekadar mengambil tempahan kecil2 sahaja. Sebelum berpisah seketika saya tinggalkan halaman ini dengan lagu kegemaran saya ketika tibanya bulan Ramadhan. Lagu yang cukup nostalgia buat saya.

   

Assalamualaikum...Insya Allah jumpa lagi.