Lama saya menyepi kan? Lama sangat2. Hampir2 setahun juga saya biarkan halaman ini. Kadang2 rasa mahu menutup halaman ini. Tapi, bila difikirkan semula.... ah, sayang pula. Banyak kisah2 pahit manis Sofie saya lakarkan di sini. Saya agak sibuk sejak kebelakangan ini. Menguruskan 5 orang anak bukan satu tugas mudah. Ini masanya saya membesarkan anak2 saya dengan penuh rasa kasih sayang. Mereka amanah dari Yang Maha Esa.
Insya Allah....saya cuba tekadkan dalam hati mahu aktifkan kembali halaman ini dengan pelbagai cerita. Saya suka mengomel sebenarnya. Jadi ini tempat terbaik untuk saya mengomel. Mungkin halaman ini sudah tiada pengikut. Bagi yang masih mengikuti kisah saya di FB terima kasih saya ucapkan. Saya aktif di FB. Aktif dengan pelbagai aktiviti harian di rumah. Rumahtangga, anak2, kek dan roti. Itu dunia saya. :-)
Anak sulong dan anak kedua saya masing2 sudah 10 dan 8 tahun. Ingat tak Ikhwan dan Amniy? Mereka semakin membesar. Cabaran hidup mereka semakin berliku. Mudah2an mereka tabah dan kuat utk membesar menjadi insan yang soleh. (Mereka tidak suka bergambar. Lain kali saya tepek gambar mereka)
Pasti Sofie tidak dilupakan kan. Sebenarnya Sofie sudah banyak perkembangan. Lagi2 sejak bertahun2 dia di PDK. Alhamdulillah....sedikit sebanyak nampak sangat perkembangannya. Sudah hampir2 pandai urus diri juga. Hijaz sudah bersekolah tau. Bulan 10 nanti akan berusia 5 tahun. Syukur.... sejak Hijaz sekolah mcm2 perkara baik dia dapat. Alhamdulillah..... Nampakkan betapa mereka sudah besar....
Anak bongsu saya dah besar tau. 2 tahun lepas saya melahirkan dia. Dalam bulan Ramadhan. 2 Ramadhan kelmarin adalah hari ulangtahun Amal Mujahid yang ke 2 mengikut kalendar Hijrah. Kalendar Masihi masih ada dalam lebih kurang 20 hari lagi. Alhamdulillah, ligat dan cergas sangat dia. Tak menang tangan sebenarnya saya. Banyak keletah. Kadang saya bertanya pada dia, "kenapa Amal cepat sangat besar?" Hihihih.... Rasa belum puas tengok dia sekarang.
Ok.... itu cerita anak2 saya sekarang..... Lain kali saya cerita lain.
Saya dan Bisnes Kecil
Ini antara sebab kenapa saya agak sibuk. Alhamdulillah.... saya dipinjamkan oleh Allah sedikit kemahiran membuat roti dan kek. Kemahiran itu saya cari dan gali sendiri kerana minat. Mungkin ditakdirkan darah membuat kek dan roti dari ibubapa saya telah mengalir ke dalam badan saya. Antara ramai adik beradik saya terpilih untuk mengikut jejak langkah ibu saya.
Saya cuma mengambil tempahan kecil2an sahaja. Belum mampu nak ambil yang besar sebab keluarga adalah keutamaan saya. Lagipun peralatan masih kecil. Namun, saya bersyukur atas rezeki ini. Alhamdulillah. Boleh la sikit untuk menambah pendapatan keluarga. Tak banyak pun tapi boleh lah.... hehehe. Mudah2an Allah izinkan saya teruskan minat ini.
Nak tengok hasil roti2 dan kek saya boleh tengok FB saya ye https://www.facebook.com/naimatul.norrodin
Insya Allah, pelbagai roti dan kek saya hasilkan. Nak buat tempahan pun boleh. ( Amboiii.... kan main mempromosi)
Kita di dalam bulan Ramadhan yang mulia. Semoga kita semua dapat memanfaatkan bulan penuh barakah ini sebaiknya. Ambil peluang ini sebab Allah telah turunkan rahmatNya yang melimpah ruah dalam bulan ini. Rugi kalau kita sia2kan. Oleh sebab itu juga saya tidak buka tempahan untuk bulan ini. Saya sekadar mengambil tempahan kecil2 sahaja. Sebelum berpisah seketika saya tinggalkan halaman ini dengan lagu kegemaran saya ketika tibanya bulan Ramadhan. Lagu yang cukup nostalgia buat saya.
Assalamualaikum...Insya Allah jumpa lagi.
Assalamualaikum
ReplyDeleteSelamat berpuasa
Lama betul tak baca coretan fiza. Ada jugak saya bukak blog ni. Tapi faham mungkin puan tanah kedaung sibuk.
:)
Waalaikumussalam zarra zuyyin,
DeleteSelamat berpuasa :-)
Alahmdulillah, diberi kesempatan ruang dan waktu utk update blog ini. Sayang utk tinggalkan terus. Memang agak sibuk sejak kebelakangan ini. Terima kasih ye zarra sudi jengah ke sini.