Monday, May 09, 2011

Cerita pasal buku & Amniy

Assalamualaikum.....

Semalam berjalan2 di Tesco sambil mencari beberapa barang keperluan rumah dan anak2. Biasalah, kalau ke Tesco, wajib ambil beberapa buah buku untuk tambahkan bahan bacaan anak2. Memang dah jadi satu kebiasaan membeli buku cerita anak2 setiap bulan. 1 bulan 1 buah buku sudah cukup. 

2 buah bacaan tambahan untuk Ikhwan dan Amniy
Macam biasa, buku pilihan saya adalah keluaran Ladybug, koleksi 16 buah cerita dalam satu buku. Harga yang sangat berpatutan dan munasabah. Ada juga anak2 memilih buku cerita seram, tapi... sorry. Saya tak benarkan. Biarlah di usia kecil ini mereka biasa membaca buku cerita moral dan pengajaran, daripada cerita2 yang tiada faedah. Kannnn.... :-)

Buku latihan Matematik Amniy
Amniy sudah bosan membuat kerja2 Matematik yang melibatkan tiru garis putus2, mengira 1, 2, 3, 4, hingga 100. Dia mahu belajar Matematik dengan subjek yang sedikit mencabar. Jadi, saya belikan buku Addition and Subtraction for Beginners. Emmmm... ok juga buku ni. Pengenalan kepada kaedah tambah dan tolak untuk anak saya yang tidak bersekolah itu. Dah mula pun membuat latihan dalam buku itu. Sedikit mencabar juga minda si Amniy.... tapi, saya tetap bersama dia untuk memberi tunjuk ajar. 

Leka membaca buku cerita
Satu hal lagi, si Amniy sangat bersemangat membaca buku cerita baru. Baru beli semalam, hari ini dah habis 5 buah cerita dia tamatkan. Suka betul dia membaca buku cerita. Saya nampak, anak saya ni, sangat suka mengisi masa terluang dengan membaca. Tapi, biasa la.... bermain masih no.1. Dan hari ini, saya sendiri pelik, saya tanya dia, "Amniy tak nak main games?" Dia jawab, "Nanti la mi, nak habiskan buku ni." Eh, selalunya, pagi2 je, kalau saya buat kerja rumah pasti komputer menjadi menu utama dia. Mentang2lah buku baru..... Saya pun syok je la online tanpa gangguan si Amniy. Kalau tak, asal saya online je, dia pun sibuk la.... nak tgk youtube boboiboy la, nak tgk hantu mak limah la..... aduhai!

Chaiya la Amniy! Harap2 Amniy dapat jadikan amalan membaca sebagai ruang untuk mengisi masa lapang. :-)

9 comments:

  1. bagus..bagus...syahmi ngn sufiya pun izwa tgh terapkan suka baca buku dr main game..hihi..

    ReplyDelete
  2. seronok tgk kalau anak dh pandai membaca....seronok belikan dia buku :)

    ReplyDelete
  3. izwa,
    dari kecik cuba biasakan anak dgn buku, insya Allah, dah besar nanti dia mmg sukakan buku dari menan.

    *********************************************************************************************
    ramizah,
    kalau belom pandai membaca pun boleh belikan buku. belikan buku bergambar...

    ReplyDelete
  4. wahhh, bagusnye amniy..moga2 bile besar menjad ilmuwan y berjaya.. :)
    insyaALLAH..hehehe..

    ReplyDelete
  5. conangirl,
    aminnnnn.... semoga doa awak dimakbulkan.

    ReplyDelete
  6. teringat mbca buku ni masa zaman kecik2...
    suke amik buku tu bau..huhu..

    ReplyDelete
  7. bagus2. Zarin pun suka membaca juga, cumanya dia suka beli magazine, ben10, toy story, aduhaiiiii

    ReplyDelete
  8. bagusnya..rajin membaca..alya kalau beli..diconteng2nya..hukhuk

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....