Tuesday, March 16, 2010

~Buku Ajar Anak Membaca~

Seminggu saya tak berinternet, aktiviti saya banyak saya habiskan bersama anak-anak. Salah satu aktiviti yang saya lakukan adalah mengajar anak kedua saya, Amniy membaca. Sebenarnya, saya ingin melarikan sedikit fikiran saya dari terus berfikir berkaitan pembedahan Sofie. Seringkali saya menghitung hari....tinggal lebih kurang 2 minggu saja lagi Sofie akan dibedah. Demi menjaga minda yang sihat saya penuhi aktiviti saya dengan menjadi guru yang garang kepada anak teruna saya yang berumur 4 tahun. Hehe...garang? Ya....sudah pasti, saya ni guru yang garang kepada anak saya, garang berkasih sayang.

Buku yang saya gunakan untuk mengajar anak saya membaca adalah....


Semasa anak sulong saya, Iwan berumur 3 tahun, buku inilah yang saya gunakan untuk mengajar dia membaca. Iwan dah kenal huruf ketika itu. Jadi, mudah bagi saya untuk mengajarnya, dan alhamdulillah, umur 3 tahun setengah Iwan dah boleh membaca...sekarang umur Iwan dah 6 tahun. Lancar sangat bacaannya. Malah, surat khabar tulisan kecil pun dia boleh baca. Tapi saya tak galakkan, sebab surat khabar tulisannya kecil sangat. Tak elok untuk matanya......

Sistem dalam buku tersebut adalah sistem sukukata. Kenalkan bunyi vokal dahulu, baru gabungkan antara bunyi konsonan dan bunyi vokal. Masa di universiti, ini adalah bidang saya. Jadi, alhamdulillah, saya tiada masalah untuk mengajar anak. Malang sekali bagi anak kedua saya, Amniy. Amniy tak berminat dengan buku ini. Mungkin juga buku ini sudah agak lusuh, jadi saya agak mencabar sedikit mengajar Amniy menggunakan buku ini.

Sebagai penggantinya, my lovely hubby telah membeli satu set buku yang lain untuk Amniy. Sistem buku ini agak bagus juga, cuma sedikit lambat kerana buku Kalam 1 merupakan pengenalan kepada abjad dan mengajar anak kuasai abjad tersebut. Memandangkan Amniy dah pun kuasai abjad, saya berhasrat ingin melangkah ke buku Kalam 2. Tapi, Amniy tak nak. Nak juga mulakan dengan buku Kalam 1. Umi ni memang dah tak sabar.... akhirnya, saya turutkan juga kehendak Amniy. Bacalah Amniy buku Kalam 1...walaupun dia dah kuasai sepenuhnya. Dan hasil kesabaran saya dengan pe`el Amniy, sehari saja Amniy dah tamatkan buku Kalam 1.

Sekarang Amniy sedang menguasai buku Kalam 2, iaitu menggabungan bunyi konsonan dan bunyi vokal.... Amniy, bit lazy....hehe. Jadi, sekarang dia baru kuasai bunyi "a". Aduhai....lambatnya la.... lain anak, lain caranya. Sebagai ibu, tahap kesabaran nak kena tahap paaaaling maksima. Kadang-kala, angin puting beliung saya berbunyi juga...hehe..... bukan saja puting beliung,malah gunung berapi akan meletup dengan sendirinya.....wakakaka...!!!!!!


Kadang kala, anak-anak ingin mengubah selera. Cuba baca buku lain...dan ajar juga menggunakan set buku ini. Sebenarnya, buku ini bukan kami beli, tapi telah diberi oleh seorang jiran yang baik hati. Terima kasih, kak na. Mungkin dia tengok anak saya ramai dan perlukannya, jadi dia berikan set buku ini. Set ini pun ok juga.... gunakan kaedah fonetik. Saya gunakan juga set ini supaya anak-anak tak boring. Tapi, jangan bagi anak keliru dengan sistemnya....sistem mungkin sama, cara persembahannya saja berbeza. Boleh terangkan supaya anak faham.


Dan set ini adalah set untuk mengajar Iwan mahir membaca dalam bahasa Inggeris. Alhamdulillah, usia Iwan 4 tahun, Iwan dah boleh baca tulisan berbahasa Inggeris. Dan sekarang dalam proses mengajar adiknya, Amniy pula. Set ini juga menggunakan kaedah fonetik. Sebenarnya dengan menggunakan kaedah fonetik anak-anak lebih mudah memahami dan mudah belajar. Sekarang, untuk Iwan, saya sedang mengajar dia memahami ayat dalam bahasa Inggeris. Pandai baca, tapi tak faham apa yang dibacakan, tak guna juga,kan? Dan itulah Iwan...pandai baca, tapi, tak faham apa yang dibacanya.....

Itulah serba sedikit buku yang saya gunakan untuk mengajar anak-anak saya mahir membaca. Saya pun masih dalam proses pembelajaran mendidik anak-anak. Kita boleh kongsi resepi didik anak berjaya, kan? Apa yang penting, kesabaran mesti paling tinggi.... dan mesti ikut mood anak. Tak boleh nak paksa. Anak-anak ni, makin dipaksa, makin dia tak nak belajar.... Dan, hidupkan suasana belajar dirumah kita. Suasana membaca pun penting. Wajib tanamkan dalam diri anak-anak sikap suka membaca sejak kecil lagi. Eceh, macam la kita ni pandai sangat..... tak pe la, kongsi-kongsi,kan? Sharing is caring.......

8 comments:

  1. saya suka tengok org boleh mengajar anak2 kt rumah sebab saya mmg tak boleh..tahap kesabaran saya sgtlah rendah..sb tu tak boleh jd cikgu.

    ReplyDelete
  2. fiza nak tanya laa...fiza mula perkenalkan huruf waktu bila..??irfan fisa dh ajar flash card p die cam tak kisah jer...ehehehe flash card tu d gigit adalah..spai lunyai dah card tu...

    ReplyDelete
  3. bagus2.. gud info..
    miera takat nie zai x beli pon buku lg..
    buku mengaler adalah.. tu p0n dia mintak.. tp miera dah bleh sebut abc sampai abis cume bile tunjuk setiap huruf tu x tahu lg huruf ape.. buku2 yg ko beli tu keluaran ape eh..

    ReplyDelete
  4. thanks for the idea kak..
    lepas2 ni boleh gunakan kaedah yg akak terangkan ni kat anak2..
    tu lah, kita yg tak tahu kaedah yg betul, selalu frust kalau hasil tak mcm diharapkan..

    *sape tak nak yg terbaik untk anak2 kan

    ReplyDelete
  5. ieda,
    tahap kesabaran saya pun agak rendah jugak sebenarnya. tapi terpaksa tinggikan. jeles sebenarnya tgk org boleh ajar anak di rumah. orang boleh, saya pun kena boleh gak....

    ReplyDelete
  6. kak fisa,
    fiza tak de la pandai mana. tapi kenalkan huruf secara tak langsung dlm umo kurang dari setahun. memula tu mmg asik digeget je la flash card tu. lelama budak boleh terima...

    ReplyDelete
  7. zai...
    nak kena tgk balik la keluaran apa... tak hengat la pulak. hehe..

    ReplyDelete
  8. babyshop
    tq ye sebab sudi singgah blog saya dan membaca cerita saya ni.....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....