Thursday, July 07, 2011

Doktor dah offkan ubat tau! :-)

Sibuk manjang... beberapa hari ni, susah betul nak curi masa untuk update blog ini. Sebelum tidur malam ni, ambil masa la kejap.Update pasal Sofie la yer. Sofie ada appointment minggu ni. 2 kali dalam seminggu terpaksa pergi HSB. Penat jugak la, suami pun terpaksa ambil half day, maklumlah dah banyak sangat cuti, jadi, kali ni kena ambil half day je la.

Isnin petang, 4hb, kena bawa Sofie ke HSB, ambil darah untuk test TFTnya. Hai, tak habis2 lagi.... tak tahulah sampai bila. Urat Sofie dah la susah dapat, nak ambil darah memang mencabar. Tapi, nak buat macam mana,kan? redah jugak la....

Waktu sampai je HSB, Sofie sedang tidur dalam kereta. Jadi, saya terpaksa dukung Sofie. Beghat woooo anak dara tu. Hehehe... gebu badan budak pompuan ni sekarang. Kalau dukong dia, rasa nak picit2 jer... Tengok pic atas tu, dengan muka mengantuk baru bangun tidonya, sabar menanti giliran dipanggil ke bilik rawatan untuk dicucuk tangan montoknya. Cool tak dia?

Ini bilik no.10, bilik rawatan tempat para nurse klinik kanak-kanak tu cucuk2 tangan anak2 untuk ambil darah. Saya boring tunggu kat depan tu, 1/2jam tunggu Sofie tak keluar2 lagi. Orang pun tak de, jadi, saya amik la gambo.... Dengar2 jugak, kot2 terdengar suara Sofie menangis, tapi.......

45 minit kemudian, nurse panggil, "mama Sofie. Dah siap!". Saya dengan senyum2 kambingnya, pergi ke arah bilik no.10 tu, nak ambil Sofie. "Dah siap? Kejapnya." (Hehehe... sempat perli lagi!) Seorang nurse yang dah biasa dengan Sofie, (ye la, Sofie dari baby kat situ, dah kenal dah), terus jawab, "Biasala mama, tangan gebu Sofie tu, susah betul nak cari urat." Hehehe.... gelak je saya. Tau dah!

Bila saya masuk bilik tu, saya nampak Sofie cool je. Sangat cool! Tak nampak gaya lepas nangis... Kuat anak umi ni yer! Dah besar ye. Lepas ucap terima kasih, terus saya bawa Sofie keluar.

Sampai luar, dudukkan Sofie dulu sebab nak pakaikan dia kasut. Alahai... masa tu mulalah nak mengadu dengan bahasa Jermen dia. Sambil tunjuk2kan tangan dia yang kena tape tu. Nak kata sakit la tu.

Tengok, sambil buat muka simpati..... hahaha. Konon2 umi nak kesian la tu, minta dukung. Tak mo pakai kasut. Ish, tak larat la nak mendukung budak perempuan tu sampai kereta. Akhirnya, pujuk juga kata nak beli air kotak kat kiosk depan... hehehe, seronok bukan main dia.

Esoknya, 5hb, pagi, pergi lagi HSB sebab ada appointment dengan pead doktor. Paling best dan gembira, bila doktor offkan semua ubat Sofie. See.... Sofie dah sihat. Alhamdulillah. Cuma ada satu gas yang perlu Sofie ambil, iaitu gas ventolin. Gunakan bila Sofie batuk sahaja. Untuk ujian darah semalamnya pun, alhamdulillah, normal. Doktor stopkan tiroxin buat Sofie.... Fuh! Lega tau! Budak perempuan tu punya susah makan ubat sekarang!

Bersia-siar di taman hospital...

Sekian update terbaru Sofie...... Daaaaaa...!!!

Monday, July 04, 2011

JANGAN TIRU! BAHAYA!!!!!!


Selamat hari Isnin, hari yang selalunya mood masih belum menjadi.... Apapun kena hadapi dengan pebuh rasa kesyukuran kerana kita masih dipanjangkan usia.... Pagi-pAgi, mood macam swing2 sikit... hehe. Belek2 album dalam PC, terjumpa beberapa gambar.... hohohoh. Idea update blog sampai.

Diberi peringatan pada anda semua, "JANGAN LAKUKAN AKSI INI KETIKA MEMANDU!"

Kejadian berlaku ketikan kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dari kampung. Sofie buat hal dalam kereta, Sofie nak duduk depan bersama umi dan adik Hijaz. Kebetulan masa tu, kami menumpangkan seorang adik untuk pulang ke asrama. Sekolah adik saya tu berdekatan dengan rumah saya, jadi, kalau balik dari kampung, kamilah yang bertanggungjawab membawanya. Jadi, mungkin Sofie berasa kurang selesa.... mengada sungguh Sofie tu.

Sofie pun mengamuk sepanjang jalan, berkeras mahu juga duduk di depan. Dan kebetulan Hijaz sedang lena di pangkuan saya sambil ngempeng. Mana boleh bertolak ansur dah kalau Hijaz bergayut. Jadi, nak tak nak abi terpaksa main peranan. Sambil memandu, sambil memangku anak gadis nan seorang.

 Paling kelakar boleh dia tertidur disisi abinya. Geram pun ada masa ni, dah la tengah memandu. tak pasal2 bapak polisi nampak.... kan ke naya! Ampun ye bapak polisi.... aksi ini tak kan berlaku lagi!

Memandu dengan amat perlahan ..... nak membelok pun payah sebab ada budak perempuan tu..... Lepas ni, harap sangat, Sofie jangan buat hal!

Tengok kereta dah penuh macam tu, macam mana nak letak car seat untuk Sofie? Kereta dah la kurang besar....Sofie semakin besar dan bijak, pandai dah keluar dari car seat dan berpindah tempat duduk. Gambar ni diambil ketika di trafic light.

Jadi, kesimpulannya... aksi bahaya ni jangan ditiru ketika memandu. Cik suami saya seorang pemandu profesional.... hahahhaha! Tu sebab dia berani ambil risiko!!!!!!! 

Sunday, July 03, 2011

Gelagat mereka di malam hari!

Sunyi je blog ni beberapa hari ni. Sibuk sikit la.... Nak update lagi pasal karenah anak2, boleh? Haaaa.... tak boleh? Apa kisah? Inikan blog saya, saya nak cerita apa pun, saya punya suka la... kan, kan,..... Hehehe....

Ini perangai 3 anak lelaki saya sekarang. Si abang buat bola menggunakan surat khabar, dan bazirkan seletip. Maka terhasillah sebijik bola yang boleh disepak2. Masalahnya, tak puas main kat luar rumah, nak jugak sambung main sepak bola di dalam rumah. Jadi, si adik kecik tu pun ikut la serta....

 Amniy gaya ala Christiano Ronaldonya.... hahaha, tengok Hijaz, dok terkejar2 si abang...

 Turn Hijaz pulak nak baling bola.... Abang2, sila tengok je yer...

 Tergamam seketika sebab tak tahu nak baling ke mana.... Bola dah jadi hak miliknya. Tak de sapa boleh amik....

 Mahu ikut serta perbincangan abang... abang ada strategi ni!

 Buat muka cute!

Sofie bersama umi, tak syok la main bola... sibuk nak bergaya depan kamera. Hasil comel Sofie......

Anak2 lelaki saya main bola tu waktu malam. Lepas mengaji, selepas buat kerja sekolah, dorang melantak main bola pulak. Masa tu, keadaan rumah jangan kata la. Memang sangat bersepah. Dah la saya bentang tot depan TV. Anak2 pulak ribut bermain.... Hahahhaa... tu la gayanya bila anak sedang membesar!