Thursday, July 07, 2011

Doktor dah offkan ubat tau! :-)

Sibuk manjang... beberapa hari ni, susah betul nak curi masa untuk update blog ini. Sebelum tidur malam ni, ambil masa la kejap.Update pasal Sofie la yer. Sofie ada appointment minggu ni. 2 kali dalam seminggu terpaksa pergi HSB. Penat jugak la, suami pun terpaksa ambil half day, maklumlah dah banyak sangat cuti, jadi, kali ni kena ambil half day je la.

Isnin petang, 4hb, kena bawa Sofie ke HSB, ambil darah untuk test TFTnya. Hai, tak habis2 lagi.... tak tahulah sampai bila. Urat Sofie dah la susah dapat, nak ambil darah memang mencabar. Tapi, nak buat macam mana,kan? redah jugak la....

Waktu sampai je HSB, Sofie sedang tidur dalam kereta. Jadi, saya terpaksa dukung Sofie. Beghat woooo anak dara tu. Hehehe... gebu badan budak pompuan ni sekarang. Kalau dukong dia, rasa nak picit2 jer... Tengok pic atas tu, dengan muka mengantuk baru bangun tidonya, sabar menanti giliran dipanggil ke bilik rawatan untuk dicucuk tangan montoknya. Cool tak dia?

Ini bilik no.10, bilik rawatan tempat para nurse klinik kanak-kanak tu cucuk2 tangan anak2 untuk ambil darah. Saya boring tunggu kat depan tu, 1/2jam tunggu Sofie tak keluar2 lagi. Orang pun tak de, jadi, saya amik la gambo.... Dengar2 jugak, kot2 terdengar suara Sofie menangis, tapi.......

45 minit kemudian, nurse panggil, "mama Sofie. Dah siap!". Saya dengan senyum2 kambingnya, pergi ke arah bilik no.10 tu, nak ambil Sofie. "Dah siap? Kejapnya." (Hehehe... sempat perli lagi!) Seorang nurse yang dah biasa dengan Sofie, (ye la, Sofie dari baby kat situ, dah kenal dah), terus jawab, "Biasala mama, tangan gebu Sofie tu, susah betul nak cari urat." Hehehe.... gelak je saya. Tau dah!

Bila saya masuk bilik tu, saya nampak Sofie cool je. Sangat cool! Tak nampak gaya lepas nangis... Kuat anak umi ni yer! Dah besar ye. Lepas ucap terima kasih, terus saya bawa Sofie keluar.

Sampai luar, dudukkan Sofie dulu sebab nak pakaikan dia kasut. Alahai... masa tu mulalah nak mengadu dengan bahasa Jermen dia. Sambil tunjuk2kan tangan dia yang kena tape tu. Nak kata sakit la tu.

Tengok, sambil buat muka simpati..... hahaha. Konon2 umi nak kesian la tu, minta dukung. Tak mo pakai kasut. Ish, tak larat la nak mendukung budak perempuan tu sampai kereta. Akhirnya, pujuk juga kata nak beli air kotak kat kiosk depan... hehehe, seronok bukan main dia.

Esoknya, 5hb, pagi, pergi lagi HSB sebab ada appointment dengan pead doktor. Paling best dan gembira, bila doktor offkan semua ubat Sofie. See.... Sofie dah sihat. Alhamdulillah. Cuma ada satu gas yang perlu Sofie ambil, iaitu gas ventolin. Gunakan bila Sofie batuk sahaja. Untuk ujian darah semalamnya pun, alhamdulillah, normal. Doktor stopkan tiroxin buat Sofie.... Fuh! Lega tau! Budak perempuan tu punya susah makan ubat sekarang!

Bersia-siar di taman hospital...

Sekian update terbaru Sofie...... Daaaaaa...!!!

14 comments:

  1. mmg berani lah sofie tak nangis,...harap2 sofie bertambah2 sihat selepas ini

    ReplyDelete
  2. sofie dah besar!
    alhamdulillah dah tak payah mkn ubat ye....semoga sofie bertambah-tambah sihat hendaknya :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah semoga sofie terus sihat.....nangis tak kena cucuk tangan n montot...

    ReplyDelete
  4. slm.. cian nyer sofie kena gi hospital je...s'moga sofie sihat selalu yer...:)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...dah makin besar msti la dia dh makin kuat kan sofie kan...:)

    ReplyDelete
  6. alhamdullilah smoga sofie shat seperti biasa..
    comel sofie..

    ReplyDelete
  7. alahmdulillah..
    berkat jagaan ummi dan abi nya,sofie sihat hendaknya..

    be good girl k?

    ReplyDelete
  8. yeay!

    alhamdulilah..Sofie dh sehat! Sofie kuat!

    ReplyDelete
  9. Kuat nye sofie... :) dah bpe ye umo die skrg kak?

    aini haritu kne amek drh sikit pn dah xtahan

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah mg sofie sihat sentiasa

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, sofie makin cerdik, comel lagi

    ReplyDelete
  12. hebat sofie...dah besar dan tak perlu nangis lagi....dah pandai posing ye

    ReplyDelete
  13. salam ..

    dah besar dah sofie..:)

    ReplyDelete
  14. huwaaaa.... sorry semua. sekali lagi saya tak dapat balas satu2 komen. sibuk betul saya sekarang. masa online terbatas. apapun terima kasih drop sini, baca sini... sayang korang laaa.....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....