Selamat hari Isnin, hari yang selalunya mood masih belum menjadi.... Apapun kena hadapi dengan pebuh rasa kesyukuran kerana kita masih dipanjangkan usia.... Pagi-pAgi, mood macam swing2 sikit... hehe. Belek2 album dalam PC, terjumpa beberapa gambar.... hohohoh. Idea update blog sampai.
Diberi peringatan pada anda semua, "JANGAN LAKUKAN AKSI INI KETIKA MEMANDU!"
Kejadian berlaku ketikan kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dari kampung. Sofie buat hal dalam kereta, Sofie nak duduk depan bersama umi dan adik Hijaz. Kebetulan masa tu, kami menumpangkan seorang adik untuk pulang ke asrama. Sekolah adik saya tu berdekatan dengan rumah saya, jadi, kalau balik dari kampung, kamilah yang bertanggungjawab membawanya. Jadi, mungkin Sofie berasa kurang selesa.... mengada sungguh Sofie tu.
Sofie pun mengamuk sepanjang jalan, berkeras mahu juga duduk di depan. Dan kebetulan Hijaz sedang lena di pangkuan saya sambil ngempeng. Mana boleh bertolak ansur dah kalau Hijaz bergayut. Jadi, nak tak nak abi terpaksa main peranan. Sambil memandu, sambil memangku anak gadis nan seorang.
Memandu dengan amat perlahan ..... nak membelok pun payah sebab ada budak perempuan tu..... Lepas ni, harap sangat, Sofie jangan buat hal!
Tengok kereta dah penuh macam tu, macam mana nak letak car seat untuk Sofie? Kereta dah la kurang besar....Sofie semakin besar dan bijak, pandai dah keluar dari car seat dan berpindah tempat duduk. Gambar ni diambil ketika di trafic light.
Jadi, kesimpulannya... aksi bahaya ni jangan ditiru ketika memandu. Cik suami saya seorang pemandu profesional.... hahahhaha! Tu sebab dia berani ambil risiko!!!!!!!
cik abe syg ngn sofie x kisah tgn tu lenguh..hikhihihkikk...
ReplyDeletedugaan kan kak.. hanya yg mengalami ja yg tahu..
ReplyDeleteizwa,
ReplyDeletedemi anak... sanggup lenguh tangan tu. heheheh
kemboja,
ReplyDeletehehehe.... skrg susah nak latak sofie dlm car seat. bijak dah...
salam fiza...
ReplyDeletealahai puteri ummi yg sorang tu!!! manja sungguh dgn abinya...
anak akak pun dah buat perangai jugak sekrg ni,tak mau dok kat baby seat tu....
Adik fiza sekolah di SEMESTI ke?
ReplyDeletekasihnya ayah kan.aleesya pun pernah tapi jarak dekat la.hehe..
ReplyDeletehati2 ye.... =)
kak mazz,
ReplyDeletesalam kak... hehe, tu la dianya. perangai anak dara sorang. kdg layan, kdg, malas nak layan. mengada sungguh!
shila,
ReplyDeleteSEMESTI tu bukan kat perak tu ke? adik fiza sek SBPI Rawang.
ashra,
ReplyDeleteni bukan jarak dekat ni... jarak jauh... hehe. tak buat dah. bahaya!
huhu..bahaya..bahaya kan....hati2 tau..
ReplyDeleteKasihnya ayah, sambil drive pon bley pangku anak lagi ☺☺☺
ReplyDelete