Sunday, July 11, 2010

Majlis resepsi sepupu

Minggu ini sangat penat. Saya berhasrat mengemaskini blog ini malam tadi, tapi disebabkan melayan kehendak badan dan otak, saya abaikan dulu. Petang ahad yang hening ini baru berkesempatan. 

Menghadiri majlis perkahwinan sepupu tersayang di Hulu Langat, pada 10 Julai.... Hampir terlupa akan tarikh keramat ini. Mujur ibu pengantin menelefon saya mengingatkan akan majlis tersebut. Pergi dalam keadaan kelam kabut dan tidak bersedia apa-apa. Yang penting saya datang..... Dia makcik kesayangan saya, mana mungkin saya abaikan jemputannya. Apa pun rancangan saya untuk minggu ini, saya telah batalkan. Salah saya kerana kurang teliti akan tarikh tersebut. Saya sangkakan majlis minggu depan, rupanya minggu ini. Apa pun majlis telah selamat berlangsung. Sempat menyaksikan majlis pernikahan pada malam sebelum itu, dan sempat menyertai majlis resepsi sepupu saya itu.....

Pelamin pengantin dihias cantik dan ringkas. Warna tema yang menarik. 

Selepas selesai menjadi seorang isteri, waktu ini sedang menanti kedatangan pengantin lelaki. Berdebar menanti di bilik pengantin. Cool, okey!

Setelah kedatangan pengantin lelaki, pengantin berarak menuju ke singgahsana.

Sewaktu makan beradab....selera lagi ke nak makan tu? Cool kak....hehe

Alolo.....manja2 pengantin! Suap si isteri apa tu yer.... Sebelah sana tu adik perempuan pengantin yang cool...Lepas ni giliran dia pula naik pelamin.


Antara anak-anak kecil yang sibuk memeriahkan majlis perkahwinan ini. Nombor 3 dan 4 dari kiri itu ialah anak bujang saya yer...sgt2 suka interprem muka.

Ini saya... sempat bergambar dengan pengantin perempuan sebelum balik, dan sebelum pengantin tukar baju.

SELAMAT PENGANTIN BARU buat HUDA UNAIZAH DAN KAMARUZZAMAN. SEMOGA TABAH MELALUI LIKU KEHIDUPAN PENUH BERMAKNA. SEMOGA DILIMPAHI KASIH SAYANG ALLAH. Akan datang pelbagai dugaan, cabaran dalam melayari bahtera rumahtangga, tabahlah hadapinya. 

Saya pulang ke Rawang dengan gembira petang semalam, dalam keadaan hujan lebat-selebatnya. Melalui highway DUKE, walaupun hujan lebat, kenderaan di jalan tidak pernah lengang. Tetap seperti hari2 biasa. Mungkin mahu membawa keluarga ke destinasi terpilih.

Untuk entry ini, saya tak perlu bercerita panjang2. Lihat saja gambar2 yang saya persembahkan..... Dan hari ini, sepatutnya saya perlu membawa Sofie terapi ke Gedangsa, tapi....saya amat penat. Sofie pun kelihatan amat penat. Jadi, saya perlu rehatkan Sofie. Saya tak mahu Sofie stress. Minggu depan je ye Sofie...kita pergi jumpa Cik Raw!

4 comments:

  1. selamat pengantin baru pada sepupu kak fiza..semoga berkekalan hingga akhir hayat..Amin..

    ReplyDelete
  2. selamat pengantin baru kepada kedua mempelai..sgt cantik.suka lah pelamin tu =)

    dan saya pun suka tgk..
    k.fiza ceria skali...senyum lebar nmpk?hehe

    ReplyDelete
  3. selamat pengantin baru pada keduanya.. semoga bahagia ke anak cucu.. lady suka header blog akak pakai skrg ni.. sebab bunga matahari.. maklum la lady pun tengah bela pokok bunga matahari skrg..
    :)

    ReplyDelete
  4. atun,
    nanti kita sampaikan kat dia ucapan atun tu yer...
    tq.

    **************************************************************************
    ashra,
    ceria ke? hehehe...lebar je senyum,kan?
    ntah la nape la tersenyum lebar gitu.

    ***************************************************************************
    ye ke lady....
    tq. cantik kan bunga matahari

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....