Monday, October 25, 2010

Kisah hujung minggu

Hujung minggu lepas, sangat2 sibuk. Tak tahu nak gambarkan betapa penatnya saya. Hari Sabtu, suami saya ada Multaqa Guru-guru Agama Seluruh Daerah Gombak. Wajib hadir! Tidak boleh tidak..... Terpaksa batalkan program mahu bawa Sofie pergi terapi di Gedangsa seperti biasa. Sudah lama benar Sofie tidak bertemu Kak Raw. Insya Allah, minggu depan, saya perlu wajibkan diri membawa Sofie ke Gedangsa.

Ikhwan juga menunjukkan taringnya, bila hari Jumaat dia bawa balik 3 buah buku yang perlu disiapkan di rumah. Bising juga saya, kenapa kerja sekolah perlu bawa balik ke rumah. Rupa2nya, banyak kerja2 yang sepatutnya disiapkan di sekolah, dia tak siapkan. Akhirnya, cikgu minta Ikhwan bawa balik buku, dan siapkan kerja di rumah. Bila teringat balik, Ikhwan tak dapat habiskan semua kerja sebab Ikhwan banyak tak hadi ke sekolah tahun ini. 

Siapkan kerja yer...jangan main2.

Paling lama, 2 minggu Ikhwan tak kesekolah. Sewaktu Sofie menjalani pembedahan jantung April lepas, 2 minggu Ikhwan tidak ke sekolah kerana berada di kampung. Dan dalam bulan Ramadhan lalu, 10 hari Ikhwan tidak ke sekolah kerana demam teruk. Jadi, cuti 2 hari minggu ni, Ikhwan berhempas pulas menghabiskan semua kerja sekolah yang cikgu minta. 

Pulang ke kampung, menghadiri kenduri kahwin sepupu pun, Ikhwan terpaksa bawa buku2. Nenek Ikhwan pun tolong Ikhwan membuat kerja2 sekolahnya. Akhir..... siap juga. Tahniah ye anakku! Umi janji nak belanja Ikhwan,kan? Nanti umi belanja ok!

Pengantin sedang makan. Tahniah Ain dan suami...

Menghadirkan diri ke kenduri kahwin sepupu.... saya datang agak lewat sebab anak2 kecil saya ini. Bila saya datang, penganting lelaki sudah pun sampai, dan mereka sedang makan. Sangat2 lambat ok! Minta maaf ye pada pihak penganting dan keluarga. :-) 

Apapun, saya mengucapkan tahniah buat sepupu saya, Ain dan suami (nama suami dia saya tak tahu...Dahsyat sangat saya ni!) Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. 

6 comments:

  1. kesian ikhwan, kene siapkan kerja skolah dalam masa singkat..tape, umi ade untuk tolong ikhwan kan..

    ReplyDelete
  2. hehehe...takpe2 janji keja sekolah siap ye..jap lagi dah cuti sekolah...

    ReplyDelete
  3. hehehe...sejibik macam my 3rd..irsyad...kena cover 13 buah buku homework after 4 days at hospital. terpaksa rasuah satu buku 1 ringgit. hehehe....

    dear, if you have time, drop by my blog..read the latest entry and especially the link about Irfan. may the entries help to boost up your morale. take care.

    ReplyDelete
  4. tak pe fiza, biarlah ikhwan siapkan kerja2 sek dia..mudah2an lepas ni dia tak sakit2 lagi n tinggalkan sek dah kan..

    ReplyDelete
  5. rina,
    mmg kesian, lagi2 bila kena marah dgn uminya ini.

    ***********************************************************************************
    kak risa,
    heheh...mmg siap. tu pun kena kata umi nak belanja. hahah.....

    **********************************************************************************
    ComeyBelako,
    terima kasih ye kak.
    saya dah singgah blog akak, Irfan terlalu istimewa. saya kagum dgn akak... :-)

    **************************************************************************************
    ayu,
    betul tu ayu. kena paksa juga dia tu...kalau tak byk berangan dari siapkan kerja... :-D

    **************************************************************************************
    JMY,
    terima kasih ye kak sudi jengah sini.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....