Sunday, July 24, 2011

Cerita malam minggu!

Malam ni, malam minggu.... boringnya saya!

Tadi ada perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Singapura, saya tonton jugak dengan cik suami.
Huh! Kecewa, kan dengan team Malaysia! 
Lepas tu, sambung tonton Majalah 3, dan terus dengan cerekarama, Sumpah Anjasmoro. 
Dan.... masa Sumpah Anjasmoro, cik suami keluar pula. Ngeteh la tu.... huh!
Saya hanya ditemani Sofie, sebab semua anak2 lain dah selamat lena.....

Habis Sumpah Anjasmoro, solat Isyak dan saya on PC, online la kejap sebelum tido, juga bersama Sofie....
Susah betul anak dara saya ni nak tido, dia tido siang tadi bangun agak lewat petang juga.
Kalau saya tido, dan biarkan dia sorang2, tah hapa2 nanti benda yang akan dia buat.
Jadi, saya online, dialah temankan saya....

 Teman umi online... muncung sikit!

 Hehehe... suka dia!

Tak mo tido lagi tu.... Ish! Jam dah 1.30 pagi!

Esok hari minggu..... boring juga seminggu duduk rumah.
Rasa2nya, saya mahu teruskan aktiviti pemanduan saya la.
Jadi, esok, saya nak ajak cik suami berlatih saya memandu. 
Cik suami saya pakar pemanduan untuk saya... Hehhehehe, sebab saya tak de masuk sekolah memandu, jadi, cik suamilah jadi cikgu memandu saya.
Setakat ni, dia ajar saya baik punya! Dia marah saya, marah-marah sayang tau!

Selamat berhari minggu semua....
Hai.... bila la anak dara saya ni nak tido!

3 comments:

  1. amboi!!!lewatnya tidur anak dara sorang ni..

    bab bercakap..nabila pun sama.tak pandai cakap lg.satu2 perkataan tu bolehla tapi bila dia bercerita entah bahasa apa dia guna pun tak tau la.
    diapers?still on.akak kata takyah pakai, dia marah.

    ReplyDelete
  2. hahahah, sofie berjaga nak temankan umi online kot :P

    ReplyDelete
  3. alahai..izwa pun dh lame tak pegang setering kete!hikhikhik...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....