Tuesday, June 22, 2010

Hijaz semakin aktif dan ligat

Assalamualaikum.....
Mesti dah lama semua tak baca celoteh Ijaz,kan? Ijaz rindu nak berceloteh dalam blog umi ni. Umi asyik tak sempat je nak taipkan celoteh Ijaz. Ok.... untuk pengetahuan semua, Ijaz sekarang dah 8 bulan lebih. Baru minggu lepas, umi bawa Ijaz pergi check-up kat KK, berat Ijaz tak naik banyak. Berat Ijaz sekarang cuma 8.7kg je. Tapi yang peliknya nurse tu kata Ijaz dah masuk tahap obes. Umi pun macam pelik je bila nurse tu cakap macam tu. Ijaz bukan makan apa sangat pun. Ijaz cuma banyak minum susu umi yang sedap tu je. Bubur pun Ijaz kurang makan. Kadang2 makan, kdg2 Ijaz luah balik. Ijaz cari susu umi juga. Nurse tu siap cakap dengan umi suruh kurangkan makan Ijaz. Nak kurangkan macam mana,kan? Ijaz cuma minum susu umi.... lastnya, nurse tu kata, tak pe la....yang penting Ijaz aktif.

Ijaz sekarang sangat aktif dan ligat. Hahahaha...sian kat umi. Sampai tak larat dah umi nak berkejar2 dengan Ijaz. Belum kak chik lagi. Selalunya umi mesti tak boleh buat kerja sebab nak pantau Ijaz dan kak chik. Ijaz dan kak chik selalu main sama2. Tempat yang paling Ijaz suka main ialah tangga rumah. Kalau Ijaz tengok kak chik naik tangga, Ijaz mesti kejar kak chik. Lepas tu Ijaz dengan kak chik lumba sapa naik tangga paling cepat. Selalunya Ijaz yang kalah. Huhuhu..... paling kesian dekat umi la....terpaksa tangguhkan kerja sebab melayan Ijaz dan kak chik main kat tangga.

Ijaz juga dah boleh duduk dengan sendiri. Duduk tanpa sokongan dari umi. Senang sikit umi. Tak payah nak risau2.... ijaz pun senang....hehe. Cuba tengok gambar Ijaz yang umi snap malam tadi.... tu gambar baru tau. Umi kata, umi dah lama tak taip celoteh Ijaz dalam blog. Umi amik gambar ni sebab nak tepek gambar Ijaz boleh duduk dalam blog umi ni. Umi nak beritahu kawan2 umi, yang Ijaz dah boleh duduk. Hehehe.... Ijaz juga sekarang tengah belajar berdiri lepas tangan. Tapi Ijaz belum pandai sangat. Dapat la lepas tangan beberapa saat, lepas tu Ijaz cari tempat berpaut semula. Abi kata, tak lama lagi Ijaz boleh jalan pula.

Ijaz seronok sangat.... sebab Ijaz sekarang dah makin besar dan bolat. Kawan2 yang selalu bermain dengan Ijaz ialah adik beradik Ijaz sendiri. Abang2 Ijaz dan kak chik.... seronok sangat kalau main dengan adik beradik sendiri. Cuba tengok gambar kat atas tu, kak chik seronok bila umi nak snap gambar. Kat belakang Ijaz tu abang Amniy. Abang Amniy paling suka main dengan Ijaz, sebab ramai orang kata muka Ijaz dengan muka abang Amniy serupa. Umi pun kata macam tu. Kadang2 umi dan abi panggil Ijaz, Amniy Junior.... umi panggil abang Amniy, Ijaz Senior. Hahaha...... umi selalu cakap, Ijaz jangan jadi ciwek macam abang Amniy tau. Abang Amniy tu ciwek tau...! Alamak, kalau dia tau Ijaz cakap macam tu, mesti dia marah. Sorry ye abang Amniy. Ijaz gurau je....( sebenarnya Ijaz pun ciwek juga ). Masa gambar ni diambil abang Iwan dah tido.....

Ok la...Ijaz tak nak celoteh panjang2. Nanti orang boring pulak nak baca. Jadi, Ijaz berhenti dulu yer. Ada ke orang yang rindu dengan Ijaz ni? Hehehe...Ijaz ni perasan sangat,kan? Jumpa lagi yer....

8 comments:

  1. comel ijaz..asalkan sihat dan cergas oklah..takdelah obes pun aunty tgk..

    ReplyDelete
  2. lorr...mmg tembam btul la...geram tgk pipi nyer.heheheh...suka la tgk kak chik senyum..;)

    ReplyDelete
  3. hehe..tembamnyer..klu peluk Hijaz ni sedap nih..hehe

    ReplyDelete
  4. takpe anak lasak..umie boleh slim..hehehe

    ReplyDelete
  5. tembamnya ijaz..geram untie tgk..semoga sihat selalu yea syg..hehe

    ReplyDelete
  6. kalu 8 bulan,8.7kg mmg semangat.hehe.tapi,bagus lah..susu umi nye sgt berkhasiat.

    bijak pun bijak hijaz nye nti =)

    ReplyDelete
  7. Ala ijaz bam bam comel..
    8.7kg tu utk bby breastfeeding tu ok, yg obese kalo dia on formula milk, so dun worry ye ijaz, isap susu umie byk2 ;)

    ReplyDelete
  8. salam..semangatnye ijaz tu, berisi sangat..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....