Seperti yang dijanjikan, saya akan kongsikan sedikit gambar-gambar Sofie sepanjang Sofie menetap selama 17 hari di wad Melur, IJN. Saya seronok merakam semua aksi-aksi Sofie untuk tatapan semua. Saya bangga menjadi umisofie kerana Sofie yang kuat dan tabah!!!!
Keadaan Sofie yang masih lemah selepas keluar dari PICU. Sofie hanya mampu terbaring.
Nak senyum pun susah bagi Sofie. Hanya mampu memandang, merengek bila minta sesuatu. Umi tahu, Sofie pasti menahan kesakitan....
Selepas beberapa hari, Sofie sudah mampu duduk. Keadaan Sofie pun makin pulih. Seronok bermain dengan kipas comel pemberian seorang rakan.
"Sofie geli la, umi." Heartrob Biri pemberian seorang rakan.... Sofie geli dengan bulu biri-biri.
Hati ibu mana yang tak gembira apabila melihat anaknya yang baru sahaja selesai pembedahan, tapi mampu tersenyum seperti ini. Saat ini, tiub yang mengeluarkan air dari paru-paru Sofie masih lagi belum ditanggalkan, tapi Sofie mampu tersenyum gembira bila tahu gambarnya akan diambil oleh umi.
Seronok membaca buku kegemaran. Mujurlah saya terfikir nak bawakan buku kegemaran Sofie.
Masih leka dengan buku kegemaran, sampai tak sedar yang umisofie sedang mengambil gambar. Hamboi, anak umi ni....
La la la la....umi yang belikan belon ni untuk saya....
Gambar-gambar dibawah ini merupakan gambar Sofie ketika sedang mengambil nebulizer. Sofie memang anak yang baik dan sering beri kerjasama. Sofie tak pernah meragam bila waktu mengambil nebulizer.
Tunggu lagi la....sikit je lagi.
Ini kegembiraan Sofie selepas mengambil nebulizer. Seronok betul bila neb dah selesai. Siap la, tunggu sessi neb akan datang....
Dan 3 gambar dibawah ini ialah ketika menunggu ubat dan surat discharge. Lambat sangat tunggu, baik Sofie main buaian dulu. Buaian ini memang ada dalam wad. So, Sofie main la....
Wah! Bestnya, macam nak terbang jer....
Buai laju laju, sambil makan buah, apa dalam baju, ada kesan bedah. Hahahaha.....
Harap-harap Sofie tak kan datang wad ini lagi yer..... Sofie gembira sangat nak balik rumah sendiri. Seronoknya!
Selepas nurse panggil nama Sofie untuk beri segala macam ubat dan surat discharge, umisofie mengucapkan terima kasih kepada nurse kerana menjaga Sofie sepanjang Sofie di wad Melur. Selamat tinggal wad Melur. Sofie harap, Sofie tak kan ke sini lagi!
Semoga anda semua gembira menatap wajah-wajah manis anak dara saya. Dan saya mohon kemaafan kerana masih belum sempat untuk menziarahi blog rakan-rakan semua. Masa saya amat terbatas. Saya update entri kali ni pun sebab Sofie dan Hijaz masih tidur. Insya-Allah, ada kelapangan waktu, saya akan melawat blog anda semua, akan saya sertai FB dan forum RH juga, insya-Allah!
wah...gembira dia..berat di berapa fiza?mcm besar aisyah je
ReplyDeleteyang bestnya, 2 minggu lebih Sofie duduk wad, berat Sofie naik 800gm. sebelum operation, berat Sofie cuma 8 kg jer. sebelum discharge, naik 8.8kg. hehe....
ReplyDeleteseronoknya sofie main buaian... :)
ReplyDeleteSofie memang good girl!
kuat nye cik sofie... dah lincah.. banyak aksi sofie mencuit hati aunty ni... mule2 tgk gamba sofie awal2 tu, sebak jugak hati.. tapi sofie memang kuat... comel!!! suke wat aksi kiut!!! sayang sofie... moge sofie sekeluarga sentiasa dalam Rahmat yang Esa dan diberikan kesihatan....
ReplyDeletewaaaa..bukan main seronok sofie yer...cam xder apa2 jer...ummi sofie kuat...mestilaa sofie pun kuat jgk kan....aunty nuyue kagum dgn semangat ummisofie& sofie...
ReplyDeletetabahnya wahai anak ini... moga sofie membesar sihat dan bahagia...
ReplyDeleteboleh bayang budak kena neb. mesti meronta. tapi sofie sangat baik la.... sayang kat dia
ReplyDeleteseronok aunty tengok sofie happy :)
ReplyDeleteFiza, sy tak boleh nak tinggalkan msg kat shoutbox, kalau sudi jemput singgah blog saya, ambil award ye.
alhamdulillah....lega tngok wajah2 sofie yang sentiasa happy...seronok sangat...sayangggg gud girl sofie...
ReplyDeletecepat jer sofie sembuh...dah aktif...alhamdulillah..
ReplyDeletealhamdulillah, sofie is a fighter,,,
ReplyDeleteseronoknya tengok dia dah pulih semula..
ReplyDeletekuat semangatnya...
alhamdulillah~
Comellah sofie ni...
ReplyDeletebaik sangat...
semoga semakin sihat dan ceria ye...
sayangggg sofie, muaaaahs..
IDAZS,
ReplyDeletememang sofie suka sgt main buaian tu. sofie mmg anak yang selalu beri kerjasama....mudahkan kerja abi, umi, doktor dan nurse.
****************************************
MiuMiu,
Sofie mmg suka buat aksi yg comel. terima kasih yer....
****************************************
nuyue,
bila anak kita menghadapi semua kesukaran utk terus hidup, ibu kena sentiasa kuat dan positif. kekuatan anak datang dari kekuatan ibu. doa dari rakan2 juga penyumbang kpd kekuatan ibu dan anak. terima kasih, nuyue....
*****************************************
kak asniza,
terima kasih ye kak....semoga sofie dapat hidup gembira atas doa sahabat semua.
*******************************************
kak sue aleen,
mungkin sebab sofie dah terbiasa sgt dengan neb. asal masuk HSB je kena neb...mula2 nak kenalkan sofie dgn benda alah tu, mmg mencabar juga! sekarang, dah pandai dah. siap pegang sendiri lagi.
*****************************************
pertmuffin,
terima kasih yer,dear....
atas doa yang anda kirimkan....
*****************************************
kak fisa,
sofie mmg good girl....tq.
****************************************
kak ieda,
ye kak....sofie cepat sembuh. alhamdulillah. semua urusan Allah permudahkan.
****************************************
mama Zahin,
terima kasih atas doamu. Allah akan membalasnya.
****************************************
Bonda Mawar,
sofie anak yg kuat semangat, krsty. skrg makin sembuh...harapnya tiada lagi masalah.
****************************************
kak sueriani ali,
terima kasih atas segalanya.
Adui..tgk luka pembedahan tu..buat ina rasa seram sejuk.. Good girl sofie.. kamu sangat kuat! Tak semua boleh cam sofie tau.. :)
ReplyDeleteTo kak Fiza.. ina kagum ngan semangat akak.. Kuat semangat. Betul..klu ina mau pengsan jap la tgk luka kat dada sofie.. Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar.. Syukur sangat..
p/s : bilalah nak jumpe sofie ni yek.. :) slalu gi gedangsa..langsung tak kesempatan nak gi.. :)
Rasa sedbak melihat penderitaan adik sofie..
ReplyDeletedia mmg kuat semangat!
http://my.mustaffa.org
tumpang gembira bila tengok sofie semakin sihat.... :)
ReplyDeleteHarapan Mieza semoga sofie cepat sembuh dan semakin sihat..Amin..
ReplyDeletenoina,
ReplyDeletemula2 tgk kesan bedah tu, akak pun seriau jugak. tapi kena gak harung...sian tgk dada puteriku dah 'burok'....
ye la....selalu gi gedangsa, tapi belum ada rezeki nak jumpa,kan? mungkin satu hari nanti kot.
************************************
mutaffa,
terima kasih atas kunjungan anda ...datang lagi yer.
***********************************
lady,
alhamdulillah, semuanya berkat doa semua. terima kasih ye,lady!
***********************************
MIEZA,
semoga doa mieza dimakbul Allah. terima kasih!
mungkin kita tidak mengenali tapi setiap entry di blog ini mengenai pembedahan sofie saya ikuti...tahniah saya ucapkan kepada fiza kerana tabah menghadapi segala dugaan dr Allah...byk juga air mata saya berderai setiap kali membaca entry2 ini...sofie mmg anak yg kuat dan tabah...semoga anda sekeluarga bahagia...amin...
ReplyDelete