Wednesday, October 27, 2010

Membaca awal tak semestinya genius??? (Ini cerita saya)

Saya mengajar anak sulong saya, Ikhwan Hubby membaca seawal usia 3 tahun. Dalam usia 3 tahun setengah, dia sudah boleh membaca suku kata. Alhamdulillah. Dan dalam usia 5 tahun, Ikhwan sudah lancar membaca. Saya hanya masukkan Ikhwan sekolah pada usianya 6 tahun kerana tak mahu dia bosan belajar. Itupun hanya pra sekolah. Niat dihati mahu masukkan dia PASTI, tidak kesampaian.

Kenapa saya bercerita tentang Ikhwan? Saya pernah berbual dengan seseorang, begini asal perbualan:

Puan M : Ikhwan dah pandai membaca ke? (Sebab waktu tu dia mendengar Ikhwan membaca buku cerita, agak lancar bacaannya)

Saya : Bolehlah..... (sambil tersenyum)

Puan M : Mmmm.... tak semestinya budak yang pandai membaca awal ni genius! (Saya tersentak ok! Makcik ni seolah2 nak mematahkan semangat saya!)

Saya : Oh begitu yer....? Sekurang2, kalau dia membaca cepat, dia boleh dapat ilmu lebih sikit. Sebab dia memang suka membaca.

Puan M : Ye la, tapi, tak semestinya bila dia besar nanti dia jadi budak genius. (Sambil tersenyum sinis kepada saya. Saya sekadar membalas senyumannya)

Tiba-tiba, dia ternampak al-Quran milik Ikhwan yang berada di atas rak. 

Puan M : Ikhwan dah habis baca Iqra` ke? Itu Quran Ikhwan?

Saya : Bolehlah.... Iqra` dah habis dah. Sekarang, bolehlah baca Quran sikit2. Alhamdulillah, hampir masuk juzu` 3.

Puan M : Cepatnyalah ajar dia baca Quran.

Saya : Biar hati dia terang, ye la, dia tu, belom tentu genius budaknya. Kalau dia dah boleh baca Quran, insya-Allah, hati terang dan mudah terima ilmu lain. Ilmu Allah ni kan luas.....Kalau dah besar baru nak ajar Kalam Allah ni, susah jugak kita. Nanti bila kita dah tak ada, sekurang2nya, dia boleh sedekah Al-Fatihah pada kita. Seboleh2nya, biarlah dia rajin dan pandai baca Quran.

(Dia sekadar tersenyum mendengar komen dari saya.... dan perbualan berhenti setakat itu sahaja. Topik telah ditukar kepada topik lain.....)

Image dari sini

Saya malas nak bicara lebih panjang dengan Puan M pasal anak boleh membaca cepat ni. Sebab dia punyai anak sebaya Ikhwan, mmmm....agak lasak budaknya, sehinggakan kalau Ikhwan bermain bersama anaknya, Ikhwan jadi lasak semacam. Mungkin sebab sering ditinggalkan ibunya kerana sibuk dengan tugasan. Mujurlah jarang berjumpa.....(sgt geram ok!) Puan M pun bukan jenis calang2 orang, punya degree dalam bidang tertentu. Biarlah saya rahsiakan.....

Bukanlah niat saya mahu berbangga diri sebab anak saya boleh membaca di awal usia muda. Tapi, saya amat kecil hati dengan Puan M, katanya belum tentu budak cepat membaca ni genius! Semua ibu bapa mahukan anak2nya menjadi anak yang bijak, cerdik, pandai, genius. Saya juga ada harapan begitu terhadap anak saya. Saya melihat sejauh mana kemampuan mereka. Saya masih rendah diri sebab saya juga sering merasakan SAYA MASIH BELUM BERJAYA MENDIDIK ANAK2. Anak2 saya bukan Ikhwan seorang. Setiap anak ada cabaran tersendiri dalam mendidik mereka.

Amniy Mahfuz, anak saya yang kedua, tidak seperti abang Ikhwan. Usia sudah 4 tahun, tapi, baru belajar membaca. Setakat sambungan suku kata konsonan dan vokal bolehlah. Kalau lebih dari itu, masih belum boleh. Iqra` pun baru nak masuk Iqra` 4. Bila anak dah ramai, kadangkala tumpuan kita terhadap anak yang satu ini sedikti tercalar. Saya ni bukanlah supermom yang boleh handle semua perkara dengan mudah. Tapi, saya cuba mahu menjadi supermom, boleh segala2nya. Ia tetap gagal...dah nama pun makhluk. Mana mungkin sesempurna Al-Khaliq.

Sekalipun Ikhwan cepat membaca, dia juga punyai kelemahan2 lain. Saya tak kata anak saya bijak, saya tak kata anak saya cerdik, saya tak kata anak saya pandai, TAPI, saya cuba sedaya mungkin menjadikan anak saya bijak.... andai dia tak mampu untuk penuhi impian saya, saya tak mahu memaksa dia. Dan saya tak mahu, di akhirat nanti saya akan disoal kenapa saya tidak terapkan ilmu dalam dada anak2 saya pada usia muda. Anak2 boleh dididik di awal usia..... Bila dah besar baru nak didik, mungkin susah. Itu pandangan saya.


Ihsan Google

Apa yang penting, saya berusaha menjadi yang isteri yang terbaik untuk suami saya, dan menjadi ibu yang terbaik untuk anak2 saya. Saya sendiri akan menjadi guru dan ustazah buat anak2 ketika di rumah. Ketika di sekolah, biarlah guru-guru di sekolah ambil alih. 

Saya sendiri yang akan mengajar anak2 saya membaca al-Quran, sungguhpun ilmu al-Quran saya tak banyak mana, saya akan ajar mereka setakat yang saya mampu. Saya bersyukur dikurniakan suami yang bijak dan rajin membantu mendidik anak2. Saya tidak keseorangan. Saya sebenarnya agak tegas dan garang dalam hal ni. Biarlah mereka kena marah sekarang, bila dah besar, susah dah nak marah kalau tak mengaji. Betul tak? 

Anak2 saya agak ramai, 4 orang, jadi cabaran amatlah besar. Bukan mudah menjadi isteri dan ibu yang sempurna. Keluarga yang sakinah dan mahabbah adalah impian setiap makhluk yang ingin berjaya di dunia dan akhirat.

Ihsan Google

Saya minta maaf, entry saya kali ini agak serius! 

28 comments:

  1. alahai..terasa rendah diri ini sbb syahmi dah 3 thn tapi masih lagi belum boleh atau mengeja suku kata cuma boleh baca a-z, no 1-30 & boleh mengenal semua gambar..cuma yg bagus memory dia kuat...

    izwa ibu berkerja kdg2 rase tak sempat nk ajar dia membaca mengeja suku kata....alahai sedih nyerrr...:(

    ReplyDelete
  2. contoh : bu - ku
    dia boelh sebut seketul2 huruf tapi tak tahu sebut mcm mane...:(

    terasa kekurangan diri ini..huwaa...

    ReplyDelete
  3. izwa,
    tak mengapa, jgn rasa rendah diri. anak2 ni ada kebolehan masing2. ambil masa utk cuba mangajar dia. kita sbg ibu ni mmg nak tak nak kena tegas sikit. bukan nak paksa, kalau boleh, biar anak2 tahu budayakan sikap suka membaca dlm diri sejak kecil.

    syahmi dah kenal huruf kira ok la tu. dah kenal nombor, lepas ni bolehlah ajar lebih sikit....tak mo sedih2 ok!

    ReplyDelete
  4. baguslah anak² kak fieza, semuanya dh pandai membaca..sentap jugak dgr ayat² Si M tadi..ntah² anak dia tak pandai membaca lagi kot, tu yg dia cakap macam tu..

    ReplyDelete
  5. Bestnya ikhwan dh bleh mmbaca umur 3 thun? harap anak saya pun mcm tu. Tapi kalo mengharap je tanpa usaha, takde maknanya..tanggungjawab kita berikan yg terbaik untuk anak2..yang selebihnya berdoa dan serahkan pada Allah..sebab Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk anak kita.nanti boleh tnya2 kak fiza cara yg pling baik nk ajar mengaji dgn mmbaca.. :P

    ReplyDelete
  6. tq fiza..ntry yg sgt bermnfaat:).. teruskan pkongsian

    ReplyDelete
  7. seronok jadi mcm fiza..boleh duduk rumah ajar anak2..
    akak mmg lepas kat cikgu saja bab2 mengajar ni...akak mmg tak boleh nak ajar..bukan tak reti tp tak sabar.budak2 ni plk bila kita up sikit suara depa terus senyap sepi.lagilah hangin..
    nabila nanti tak taulah cemana...sekarang ni kita ajar dia dua tiga huruf, pastu dia yg nak ajar kita balik..

    ReplyDelete
  8. fiza,sebenarnya fiza blum lg gagal..masing2 punyai cara masing2 tuk didik anak2 sbb setiap anak2 mmg berbeza..mcm ijan anak hyperaktif pun ade cabarannya sbb tumpuan sgt singkat..ijan mmg xmampu nk disiplinkn..kalo bc iqra kene pandai cr waktu2 yg die beri tumpuan..walaupun xpandai lg bc kalam Allah..tp sudah hafal surah al-fatihah..sejuk hati..rupenyer anak yg sulung kene cara begitu bc setiap hari, die ikut dan ingat..asalkan anak2 minat nk blajar..

    ReplyDelete
  9. ala..biasala k.fiza...manusia ni penuh ngan hasad dengki..tak leh tengok orang lebih..atun pun penah kena..dah anak kita pandai sikit dari anak dia,nak buat macamana kan??ada jugak benda lain anak dia lebih..biasala tu...nama pun budak2..atun pedulikan je..

    ReplyDelete
  10. manusia....lumrah la fiza..tak semestinya org bijak pandai ni tahu menjaga hati org..hatta kalo ade PhD sekali pun...apalah sgt dgn degree yg puan M ade tu..kalo dia ade PhD pun..belum tentu dia menjaga hati org bila bercakap..sbb semua2 tu ade lah ilmu duniawi...buruk baik perangai bukan diukur dari tahap pendidikan..semua dtg dari hati..kena ingat tu

    ReplyDelete
  11. suka entri ni. syabas krn berjaya ajar anak membaca awal. sy masih mencari cara mcm mana nak ajar sendiri,anak mengaji. setakat ni mcm x blh duduk diam, mcm perlukan guru lain mengajarnya. blhlah share cara2 berkesan nak ajar anak2 ni sendiri.

    ReplyDelete
  12. perkembangan setiap anak adelah berbeza...memang kita akan mahukan yang terbaik untuk anak kita...tapi cara Pn.M tu tak betul sepatutnya sebagai ibu kita perlu berkongsi pendapatan dan ilmu bagi meningkatkan pengetahuan untuk anak2 kita

    ReplyDelete
  13. Geram juga baca entry k.fiza ni..Saya sangat tak setuju dengan ibu2 yg suka nak condem anak org lain. Sape kita yang nak menentukan anak org genius atau tak? Tak perlu nak jeles. Yang penting usaha.

    Salam kenal k.fiza ;)

    ReplyDelete
  14. fiza, ayu pun dalam proses ajar hariz sedikit demi sedikit..tu pun, ada gak yg kata terlalu awal kenalkan ABC & 123 pada dia..nampak hariz macam berminat, sbb tu kenalkan pada dia awal..ni pun dalam proses nak kenalkan Iqra' pada dia....kagum ngan usaha fiza..

    ReplyDelete
  15. MasyaAllah..cerdiklah anak kak fiza...blh membaca dlm umur 3 tahun...Abdul rahman dah 4 tahun , baru boleh baca sikit2...

    Mula2 baca tajuk entry tu rasa lemah smgt jugak...

    tp bg pendapat saya ttg apa yg puan m tu kata; anak2 tu bila dia dah boleh membaca, bermakna byk ilmu yg dia dapat dan otak dia semakin aktif membaca..agaknya puan M tu jeles dgn anak kak fiza ke? ada ke ibu yg x suka anak dia genius..mmg satu tanggungjawab utk memberikan pendidikan utk anak2...klu mereka boleh membaca di awal usia muda, itu satu bonus kepada ibu bapa..Alhamdulillah...klu x boleh, mereka ada kebolehan lain yg tersendiri....betul x?

    ReplyDelete
  16. mulut manusia ni ade jek kan..
    kalo cepat membaca kata tak tentu genius..
    kalo lambat membaca kata anak tak pandai..
    patut berdoalah supaya anak2 kita ni sama2 berjaya..
    ini,ayat macam perli org jek..
    doa ibu tu main peranan,jgnlah main lepas ckp saja..

    ReplyDelete
  17. salam umisofie
    tahniah ya umiesofie
    alhamdulillah sejuk saya membaca entry Fiza ni
    Fiza,pengalaman saya, adik saya pandai membaca umur 3 tahun dan alhamdulillah dia memang cerdik.cuma bila budak cerdik ni adik saya cepat bosan bila di sekolah sebab dia tahu.Mujur masa tu cikgu kelasnya prihatin dengan keadaan dirinya.

    ReplyDelete
  18. macam2 la pe'el org ni..bab mengomen anak org laju je..hehe

    k.fiza,nak tips la.rajin email sy ek.hehe.k.fiza ajar anak2 iqra umo brape,abc umo bp ek?cane nak mulakan?sy kalu le nak jadi ibu yang duk umah ni,anak2 bijak baca quran n ilmu dunia.saya la org plg rugi kalu anak lmbt kenal quran,sy bercita2 nak ajar sendiri iqra..wpun quran nti,nak anto berguru.

    ReplyDelete
  19. salam.

    Saja nak kongsi. Saya ibu kepada 8 anak. Sekarang 4 kat IPT . Macam macam ragam anak ader. yang sulong dan no 2 -6 tahun dah boleh membaca.
    Yang ketiga masuk darjah satu pun belum boleh membaca tapi yang no. 3 ni sdg tahun 4 medic. Itulah hakikat. Anak bongsu sy umur 5 tahun dah boleh baca buku cerita. Tapi gitulah sebenarnya anak-anak ada kelebihan dan kekurangan masing2. Cuma satu untuk ingatan bersama . Anak bijak jgn dijdkan modal utk cari publisiti sbb ramai dh kecundang, Contoh Hadafi yg famous tahun 90 an dulu end up no where sbb byk sgt publisiti dan mcm2 lg.Apa-apa pun syukurlah dgn kurniaan Allah. Yg penting bkn bijak saja tp muslim mukmin sbb ramai anak bijak sekarang menderhaka pada Allah.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum semua,
    terima kasih krn baca celoteh saya yg tak seberapa ni....
    dan terima kasih atas semua doa2 kalian. semoga kita sama2 berjaya menjadikan anak2 kita insan2 berjaya dunia dan akhirat.

    buat diari ibu,
    terima kasih ye puan krn kongsi pengalaman dlm komen ini. sgt2 bermakna buat saya, yang baru terkial2 dlm membesarkan anak. masih terkial2 dalm mendidik anak supaya mereka cerdik dan soleh. yang penting soleh, kan?
    utk mencari publisiti, jauh sekali....saya bukanlah bertujuan utk mencari publisiti, ini sekadar berkongsi cerita dgn kwn2, impian ibu utk melihat anak2nya berjaya...
    tahniah pada puan krn berjaya mendidik anak2 sehingga mrk mampu memberi sedikit keselesaan di hati puan. saya kagum dgn puan. saya juga dtg dari adik beradik yg ramai, yg mana sebahagiannya sudah berjaya, dan ada yg masih terkial2 belajar utk mencari erti hidup.
    jgnlah puan beranggapan yg coretan saya ini utk mencari publisiti, nauzubillah, tidak sama sekali.
    apapun, terima kasih sekali lagi krn sudi berkongsi pengalaman puan, dan meninggalkan komen di ruangan ini. :-)

    ReplyDelete
  21. alalalala...tak kire genius ke idak..yg penting tugas dan amanah seorg ibu kite dah laksanakan betul tak fizah..apelah org tu..kite didik anak ni seawal dalam kandungan lagi ok..ish ish ish lantak le fizah..buatlah yg terbaik utk anak2 ye..

    ReplyDelete
  22. kak risa, betul tu...
    nampaknya entry ni telah menimbul byk kontroversi.
    hahahaha...nak gelak pun ada....

    ReplyDelete
  23. Ramai yang dah komen ye Fiza. akk baru sempat bc ari ni. tgk tajuk dari ari tu lagi. akk mcm fiza juga dulu, anak sulung perhatian kita lebih sebab tak da nak ajar yg lain. bila anak k2&k3 slow sikit nak ajar. yg k4 pulak bila dah besar sikit akk mula bekerja. ye la kos sara hidup meningkat. mereka semakin membesar. bukan tak percaya pd rezki yg Allah dah tentukan, tapi sekadar berusaha. anak yg k4 memang akk tak ajar langsung, cuma akk belikan buku gambar² yang dia suka. dia belajar sambil bermain dgn anak ibunya(panggilan utk pengasuh dia)yg masa tu tadika. htr dia ke tadika kemas umur 5thn, kira ok la. bila dah pandai bc, belikan buku² cerita pendek yang muka belakang ade soalan. buku macam ni boleh menguji sejauh mana dia faham dengan apa yg dia bc. pjg pula akk membebel. apa pun nak share dgn dairi ibu camne dia didik anak²nya sehingga berjaya. bila anak orang berjaya kita patut share tips bukan nak kondem@memberi pandangan negetif kan.

    ReplyDelete
  24. terima kasih kak misza,
    suka komen akak...buat fiza bersemangat semula... :-)

    ReplyDelete
  25. Tahniah kak fiza sebab berjaya ajar ikhwan membaca diusia yg sgt muda.sy pun bercita2 mendidik humayraa supaya dapat belajar membaca dan mengaji diusia muda mcm anak akak.dulu idola sy wardina sebab anknya diusia 4thn sudah boleh membaca.harap2 walaupun sy bekerja, sy masih boleh mencuri masa untuk mengajar ank..

    ReplyDelete
  26. fiza ... maaf lah nk gak luahkan, x sker ngan statement Pn M tu ... tp apa2 pon saya respek ngan fiza coz berjaya ajar anak2 sendiri membaca, saya ni kurang kesabaran bila mengajar ... pasal tu x jadi cikgu kot ... hehehe

    teruskan ngan apa yg fiza fikir baik utk anak2 ... jgn biar kata2 org mematahkan semangat kita ye ... salam sayang buat fiza & anak2 ... :))

    ReplyDelete
  27. shilafaizz,
    terima kasih, apapun, masih byk kekurangan dan kelemahan dalam mendidik anak2 ni. samalah kita mantapkan ilmu pendidikan anak2 kita.
    semoga shila berjaya juga yer...

    *****************************************************************************************
    asz,
    saya ni pun bukan jenis sabar sgt...hehe. hangen jugak bila anak tak dengar kata. cabaran sikit bila anak dah pandai membantah.
    terima kasih ye asz.

    ReplyDelete
  28. alahai manusia... ade je yg tak kena

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....