Friday, October 05, 2012

Amal demam kerana hadiah KK :-)

Salam Jumaat yang penuh barakah
Hari Jumaat, sayyidul ayyam... hari yang penuh dengan keberkatan dimana banyak sangat kelebihan yang boleh kita peroleh. 

Nak cerita tentang baby kecik saya, Amal. Amal demam malam tadi.... huhuhu... sian dia. Pertama kali demam dalam hidupnya. Petang semalam Amal dapat hadiah dari nurse KK. Amal diberi imunisasi kerana umurnya sudah 2 bulan. Kali ni, cucuk agak berat, 5 serangkai. Jadinya, balik dari KK, petang tu Amal terus demam. Saya tak bagi ubat pun. Dasar ummi degil, kan.... Saya cuma lap dengan kain dan letak cool fever.


Walaupun demam, Amal tetap happy ok! :-) Dia riang macam biasa. Ada la jugak rengekan sikit... itu biasa bagi budak demam. Tak pe, ummi tak kisah pun, sebab Amal demam nak kuat. Nak kuat, kena dapat hadiah macam tu.


Malam tadi, Amal cuma dapat tido dengan hanya bergayut dengan ummi. Bila ummi bangun nak solat Isya`, Amal pun bangun sekali, sebab dia tahu, ummi hilang. Dengan adanya abi yang baik hati menolong jaga Amal, maka ummi dapat tunaikan solat Isya`. Amal ni pandai betul, sangat suka bila dipegang, didukung... Aduhai.... Padahal ummi tak pernah nak ajar Amal macam tu. Ummi tahu, kalau diajar sejak kecil, susah ummi nak buat kerja.
(Apa la yang saya repekkan ni? Entry ni cuma nak cerita pasal Amal demam je pun. Suka bebel panjang2... betul2 syok sendiri! )


Oh, Amal kan ada kakak yang sangat penyayang, jadinya bila Amal demam ni, kak Sofie pun suka nak melayan Amal. Pening kepala ummi sebab kakak Sofie nak tunjukkan kemahirannya membelai Amal. Apapun..... SENYUM! :-)


Dengan adanya mereka yang sangat prihatin dan penyayang ini, Amal cepat baik dari demam. Itu semua sebagai terapi penyembuhan buat si Amal.....

Lupa nak beritahu, pada usia Amal 2 bulan ni, berat Amal sudah pun 5.3kg. Bulan lepas 4.3kg..... Alhamdulillah, Amal ummi membesar bagai juara..... Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buat si Amal yang makin bam-bam!

Nota Umisofie: Petang semalam pergi KK untuk cucuk Amal, dan dalam masa yang sama dapat tempahan roti yang agak banyak. Geng KK tempah..... Alhamdulillah, rezeki anak2. :-)

Thursday, October 04, 2012

Shihab & Dijah - Akhirnya bersatu!

Assalamualaikum....
Sebenarnya nak update pasal berita ni dah lama dah. Berita pun dah basi, tapi saya update jugak la sebab ia amat penting buat keluarga saya. Saja la nak beritahu, Aidilfitri baru2 ni, saya dapat seorang lagi adik ipar. Seronok sebab dengan bertambahnya ahli baru dalam keluarga kami ini, maka bertambah meriahlah hidup kami sekeluarga... Moga2 bertambah2 rezeki dari-Nya. Amin.....

Nak dikatakan hampir tiap tahun Aidilfitri, ummi dan abi saya terima menantu. Aidilfitri tahun lepas, dapat sorang. Kalau ada yang masih ingat la kan, saya pernah updatekan kat SINI dulu. Dan.... sekali lagi untuk tahun ini, dapat lagi seorang adik ipar.

Tak perlu bebel panjang2.... Lihat2 saja gambar2 menarik mereka..... Tapi ni semua gambar dari rumah pengantin perempuan. Belah lelaki, dorang pakai baju kaler hijau, tapi.... jenuh saya tunggu adik saya tu email kat saya. Sampai ke sudah tidak dihantarnya...... Nanti2 la.....

 Selepas akad nikah
8 September 2012

 Batalkan air sembahyang.....

 Khatam al-Quran bersama

 Esoknya..... Majlis Resepsi belah perempuan.

Selamat berbahagia yer...

Oh ye... lupa nak beritahu, adik saya si pengantin lelaki. Shihabuddin namanya, dan si isteri bernama Siti Khadijah. Anak2 saya dapat makcik baru, panggilnya Cik Dijah. Mereka ni bercinta sejak zaman sekolah lagi, dan akhirnya bersatu sebagai suami isteri.

Apapun, diucapkan selamat berbahagia hingga ke akhir hayat hendaknya buat kedua2 mempelai. Semoga hidup kalian sentiasa diberkati Allah Taala. Cepat2 la bagi cucu2 yang soleh solehah untuk abi dan ummi yer.  :-)

Sekian laporan kali ini. Laporan ini dah hampir basi sebenarnya.... hikhikhik.

Tuesday, October 02, 2012

3 tahun - Hijaz Muhammad!

Salam penuh rasa syukur....
Alhamdulillah, hari ini, 2 Oktober.... merupakan hari ulangtahun kelahiran Hijaz yang ke-3.
Selamat hari ulang tahun ye anak ummi :-)


Hijaz anak yang cerdik, anak yang baik, anak yang tidak pernah susahkan ummi dan abi
Hijaz banyak membantu saat kak Sofie perlukan ummi dan abi
Hijaz tak banyak ragam..... Saat kak Sofie menjalani pembedahan jantung di IJN 2 tahun lepas, Hijaz banyak membantu ummi.
Saat kak Sofie perlu menjalani segala macam terapi, Hijaz tetap terus membantu.... demi melihat kak Sofie terus sihat.

Saat ummi melahirkan baby Amal pun.... Hijaz tak banyak ragam, seolah2 Hijaz mengerti dia seorang abang sekarang. Terima kasih, sayang!
Maafkan ummi kalau2 ummi tak mampu menjadi ummi yang terbaik buat Hijaz, tapi ummi cuba sedaya upaya menjadi yang terbaik.

Hijaz sayang, ummi sentiasa doakan Hijaz diberi perlindungan oleh Allah Taala
Ummi berharap Hijaz sentiasa diberi kesihatan yang baik
Ummi berharap Hijaz menjadi anak soleh buat ummi dan abi
Ummi berharap Hijaz mampu menjadi abang yang soleh buat adik Amal, juga menjadi adik yang soleh buat abang Iwan dan abang Amniy serta kak Sofie.......
Semoga Allah sentiasa merahmati hidupmu, sayang.... sentiasa berada dalam keberkatan Allah Taala.

Kami semua sayang kamu!!!!!!

HAPPY BIRTHDAY HIJAZ MUHAMMAD - 3 YEARS OLD!