Thursday, January 17, 2013

Safi Rania Gold ~ Guna 4 tahun lebih rupanya ~

Assalamualaikum.... salam penuh rasa kesyukuran, masih diberi ruang untuk masuk dan update sesuatu dalam blog ini. Umum mengetahui, kan... blog ini hanya blog picisan yang bercerita kisah suka duka kehidupan. Kadang2 ada terfikir macam nak berhenti dari dunia blogging. Tapi..... bila kenangkan tujuan utama saya berblog dahulu, terus pendamkan hasrat nak berhenti.

Sebenarnya, entry kali ni nak kongsi pasal SAFI RANIA GOLD. Meh baca cerita saya....

Baru beli set baru....

Ok, straight to the point...... cerita pasal Safi Rania Gold..... Ada sesapa pembaca yang menggunakan produk ini?. Saya baru 4 tahun lebih jadi penggunanya. Alhamdulillah, banyak2 produk hanya ini yang sesuai dan serasi dengan kulit wajah saya. Sekadar berkongsi, pada saya, SRG sangat best! Pertamanya, usia semakin meningkat, keanjalan kulit semakin berkurang. Jadi penggunaan yang berterusan dapat la meningkatkan keanjalan kulit yang dah tak berapa nak anjal ni, kan.

Senarai yang saya gunakan... eceh... siap senarai lagi tu. Mengada menggedik, kan. Ada ai kisah? Hehehe....:

Pakcik google punya gambar. TQ pakcik!

1. Gel pencuci - Deep Moisturising Facial Cleanser -ahhhh... memang best bau dia. Wangi gituuu..... Paling best, guna je cleanser ni, kulit terasa lembap2 je. Tak kering. Patut pun namanya lembapan mendalam.
2. Toner - best sgt sebab baunya umpama bau2 mawar.
3. Serum - sangat selesa gunakannya. Pantas menyerap dalam kulit dan dapat meningkatkan penghasilan kolagen. Baru la kulit rasa anjal dan berseri. Kedutan pun boleh dikurang. Tona kulit juga sekata. heheh...
4. Krim Pelembap siang pun saya guna, best jugak... cepat meresap. Tak berminyak.
5. Krim kecantikan saya tepek lepas krim pelembap.... dapat tutup tona2 tak sekata kat kulit. Jadi kulit nampak berseri je.

Ihsan pakcik google.... Malas nak amik gambar sendiri.

6.Eye contour cream - tujuan, untuk memperbaiki struktur kulit di sekitar mata, kurangkan pembentukan garis2 halus dan kurangkan masalah mata panda saya ni. Maklum saja... usia meningkat, mcm2 masalah kulit, terutama tang mata tu. Memang nampak dah rupa mata si panda yang cumil itu. Panda tak pe la, cumil. 
7. Facial scrub pun saya guna. Guna seminggu 2,3 kali je. Dapat tanggalkan sel2 kulit mati. Lepas guna rasa lembap je kulit wajah. Kalau guna hari2, kulit cepat kering tau. Seminggu sekali pun dah memadai.

Gambar saya sendiri.

8. BB Cream, Owhhhhhh.... Ni paling terbaru dan paling uuummmppphhhh laaaaa. SERIUSLY, lepas tepek je BB Cream ni kat muka, terus terasa kehalusan kulit muka. Krim pun ringan je.... Muka rasa konfiden je.... ek, muka konfiden? Adui! Diri sendiri la...... Saya guna BB Cream lepas guna Toner dan Serum. So, kalau dah nak letak BB Cream, tak yah tepekkan krim pelembap dan krim kecantikan tu. Banyak sangat tepek benda kat muka pun tak elok. Sian muka kita tu nanti. Bila dah tepek BB Cream, tak perlu dah tepek bedak2 bagai.... Tak berminyak pun. Susah nak kata bila tak cuba..... So, korang cuba je la. Dah cuba baru terasa hasilnya.

Saya tak guna 1 set pun, cuma guna untuk siang hari. Malam hari, saya cuma tepek serum pada muka, juga eye contour cream. Saya memang tak guna krim pelembap malam. Tah la, tak tahu kenapa. Malas kot nak membelinya. Agak2nya macam nak sambar 1 jugak la akan datang.

Gambar pakcik google jugak.....

Satu hal saya memilih untuk terus menggunakan set SRG ni, sebab ia sesuai dengan kulit muka saya. Selain tu, dan ia dibuat ikut piawaian halal yang ketat. Jadi gunakan TANPA WAS-WAS. Tag line Safi.... SAFI SEIRING KEHENDAK SYARAK. Wahhhh... kan main mengempen! SRG terbaik!

Minta royalti ye.... heheheh.
Sekian kempen saya ini!

Tuesday, January 15, 2013

Anak Sindrom Down Yang Aktif & Penyayang

Semoga semuanya baik2 aje....
Musim persekolahan telah pun bermula seperti biasa. Agak sibuk sebenarnya dengan aneka ragam anak2 yang bersekolah. Jadual harian saya juga turut berubah apabila Amniy Mahfuz telah pun masuk Tahun Satu. Alhamdulillah..... Masih rasa nikmat kelam kabut menjadi ibu pada anak2 yang bersekolah. Pejam celik, pejam celik, sudah 3 orang anak saya bersekolah termasuk Sofie.

Owh Sofie, agak lasak sejak akhir2 ni. Macam2 dia dapat dari sekolah. Maklum saja, jumpa kawan yang aneka ragam. Memori peniruan sangat kuat. Paling risau, Sofie mudah terima perkara yang agak negatif. Terbaru...... pandai dah buat lagak seperti seorang gangster. Aduhai anak dara! Bayangkan...... sambil cekak pinggang ...... memanggil orang "hoi"..... dan dicuitnya sebelah hidung dengan ibu jarinya, atau kadang kala dengan jari telunjuknya. Huh! Nampak sangat gaya seorang gangster. Memang lucu lagaknya. Tapi..... risau hati seorang ibu tetap ada. Kenapa perkara negatif mudah amat lekat dalam kepalanya?


Anak SD seperti Sofie punya sifat penyayang dalam diri. Agak rajin melayan adik, tapi.... caranya masih belum betul dan saya tak boleh percayakan Sofie lagi. Suka minta Amal untuk didukung. Kadang, tanpa saya melihatnya, Sofie cuba mahu mendukung Amal. Menjerit saya dari jauh..... Bila ibu ini sudah punya anak ramai begini, suara bukan lagi rahsia. 


Baru2 ni, ada insiden berlaku pada Sofie. Tak la besar mana, tapi sudah cukup membuatkan hati seorang ibu risau. Ketika sedang seronok bermain dengan kawan setaman, pipi Sofie dipukul oleh kawan dgn objek yang agak tajam. Saya tak pasti apakah objek itu. Tapi, kesan calar dipipi Sofie telah menyebabkan luka agak dalam. Saya cuma sapukan dengan minyak habbatus sauda`. Biasa la, tangan anak gatal, Sofie suka kopek2 keruping yang dah kering. Luka bertambah la jawabnya. Kesian sangat... bila saya sapukan minyak, dia mengadu sakit.

Saya sangat berharap luka di pipi Sofie cepat sembuh dan Sofie boleh sekolah seperti biasa. Sengaja saya cutikan Sofie dari sekolah sebab nak luka tu betul2 kering.

Inilah kisah Sofie sejak akhir2 ini....... Semoga anak ini terus hidup sihat, itu harapan saya.

Sekian.

Sunday, January 13, 2013

Alhamdulillah..... 32 tahun!


Assalamualaikum.......
Sebenarnya, keterlewatan membuat entry.
Semalam hari lahir saya, 12 Januari..... Tapi, hari ini sudah pun 13 Januari.
Sibuk sangat sampai tak sempat nak buat entry sempena birthday sendiri.

Usia...... alahai, semakin pendek umur manusia ni sebenarnya.
Amalan untuk dibawa ke sana, masih belum cukup. Allahu akbar!!!!!

Tiada harapan setinggi gunung.....
Sekadar berharap hidup saya sentiasa dalam lindungan Allah Taala.
Diberi kesihatan yang baik supaya saya mampu menjaga amanah2 Allah pada saya.
Semoga dengan bertambahnya usia, maka bertambah juga keimanan dan ketaqwaan saya pada Allah, In Sha Allah.......

Oh Allah..... Terima kasih atas segala kurniaan-Mu pada hamba-Mu ini.
Jadikan aku hamba-Mu yang bertaqwa.
Jadikan aku isteri yang solehah, yang sentiasa ikhlas dalam segala perbuatan.
Jadikan aku ibu yang penyayang dan sabar dalam mendidik anak2ku..... Semoga aku mampu mendidik amanah2-Mu mengikut landasan syariat-Mu.

Terima kasih buat ummi kerana melahirkan saya 32 tahun lepas.
Ya Allah...... rahmatilah ummi dan abi, berikan balasan yang baik buat mereka kerana tanpa mereka, aku bukanlah aku yang sekarang.