Friday, December 10, 2010

~HAPPY BIRTHDAY, SOFIE~

Mengimbau kembali saat 3 tahun lepas, terasa betapa peritnya kehidupan. Setiap insan pasti akan diuji, tanda kasih sayang Allah pada kita. Kelahiran sang puteri membawa satu rahmat dalam kehidupan kami. Walaupun sering keluar masuk wad hospital akibat kesakitan yang ditanggung, hati makin kuat melawan ujian ini. Ini semua mengajar kami erti hidup yang sebenar.

Sofie ketika 8 bulan

Rumah kedua kami ialah hospital.... hospital, hospital dan hospital. Sehinggakan kami merasakan, bila sengsara ini akan berakhir. Rasa terseksa melihat si puteri berada di hospital, di'kerja'kan dek doktor2 dan nurse. Wad 8C HSB, tempat yang sering kami kunjungi. Keseluruhan staff kenal akan puteri ini. Faham2 saja la bila anak masuk wad, mencari line, masuk antibiotik, drip lagi.....Allahu Akbar!!! Terasa seksa melihatnya.

Kenangan berlalu....

Akhirnya, pada 31 Mac 2010, hari yang kami tunggu-tunggukan...setelah puteri ini berusia 2 tahun 3 bulan, akhirnya diputuskan juga dia menjalani pembedahan paling besar dalam hidupnya. Semua maklum keadaan puteri ini sejak lahir, masalah jantung berlubang (AVDS with Pulmonary Hipertension) yang agak serius, menyebabkan dia sering keluar masuk wad. Syukur pada Allah pembedahan ini berjaya. Saat ini merasakan betapa kasih sayang Allah melimpah ruah buat hambaNya. Allah sering mudahkan jalan hidup kami, walaupun kami merasakan betapa sukarnya menghadapinya. Minta hanya denganNya. Dia tidak pernah melupakan kita, andai kita terus rapat denganNya.

Kenangan di PICU, IJN.

Tinggal kenangan semua kisah penderitaan, tinggal kenangan semua kesakitan.... harapan hanya satu, moga2 puteri ini terus sihat berpanjangan. Tiada harapan setinggi gunung pada puteri nan seorang, hanya mahu melihat dia sihat dan sihat selalu. Tipu kalau saya tidak meletakkan harapan begitu tinggi. Saya juga seperti ibu2 lain diluar sana, mahu melihat anak berjaya di dunia dan akhirat. Namun, segalanya membataskan harapan itu..... jadi, saya cuma boleh berharap agar puteri saya ini mampu melepaskan diri dia sendiri sahaja. Biarlah dia berjaya mendapat syurga Allah kelak...amin.

Sofie hari ini terus ceria dan menghiburkan

Akhirul kalam, Selamat Hari Lahir buat puteri nan seorang.... Hari ini 10 Disember 2010, Sofie genap 3 tahun. Semoga Sofie terus dalam rahmat dan peliharaan Allah Taala. 

Tak salah mengungkit kenangan lalu, supaya kita terus menjadi hamba-Nya yang bersyukur. Syukur atas kurniaan Allah buat kami ini. Dia satu2nya puteri hati kami, dia berbangga dikelilingi abang-abang dan adik Hijaz. Sihat sentiasa ye, sayang!

Terima kasih atas doa kalian buat Sofie. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian......

p/s: tiada sambutan hari lahir yg meriah kerana 2 orang abang Sofie berada di kampung. Mungkin sambutan ditangguhkan.... sambut ikut bajet jer...hehehe.

19 comments:

  1. selamat ulang tahun yg 3 sofie..:)

    auntie doakan semoga sofie sihat selalu & terus ceria..

    ReplyDelete
  2. happy birthday sofie...
    semoga panjang umur dan dimurahkan rezekimu...
    semoga sihat selalu ye...

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir sofie....
    semoga sofie akan terus menjadi insan yang kuat dan tabah....
    auntie saaayang sofie...
    doa auntie sentiasa bersama sofie....

    ReplyDelete
  4. happy birthday sofie...
    semoga sofie membesar dengan sihat dan solehah...

    ReplyDelete
  5. selamat hari lahir sofie..
    acik doakn agar sofie jadi anak solehah..comel la sofie..

    ReplyDelete
  6. hepi besday sofie..moga sihat gembira cergas selalu..

    ReplyDelete
  7. happy 3rd birthday sofie..semoga panjang umur & sihat selalu

    sofie, kite share birth month yang sama tau :-)

    ReplyDelete
  8. epi bday sofir..semuge menjadi anak yg solehah..=)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..berakhir penderitaan, datangnya kegembiraan.

    Selamat Ulangtahun yang ke-3 sofie. Semoga sofie terus sihat dan menjadi anak yang solehah, bijak dan kuat.

    ReplyDelete
  10. sofie dah 3 tahun!!!!happy birthday..keep smiling..

    ReplyDelete
  11. selamat ulang tahun sofie..antie doakan semoga sofie sentiasa dalam lindungan yg Maha Esa..

    maaf ye, auntie lambat wish..

    ReplyDelete
  12. hepi besday sofie..da makin besar ye anak dara k.fiza sorang ni.

    jadi anak solehah ye sofie...hehe

    ReplyDelete
  13. terima kasih semua, atas ucapan dan doa kalian....

    ReplyDelete
  14. 1 hari lbh dari aunty la...happy besdey...

    ReplyDelete
  15. selamat hari ulangtahun sofie..moga sentiasa gembira dan sihat selalu. Amin

    ReplyDelete
  16. happy belated birthday sofie ... rupanyer birthday sofie selang sehari ngan aunty asz ... hehehe

    moga sofie diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segalanyer ... mmuahhh!! :))

    ReplyDelete
  17. sabar dear. Allah swt ada aturanNya. be strong ok.

    ReplyDelete
  18. happy belated birthday soffie, sorry sayang auntie lambat wish....

    auntie doakan sentiasa dlm lindungannya dan sentiasa sihat selalu...amin amin...muaaaaaaaaahh!

    ReplyDelete
  19. happy birthday sofie. insyaAllah semuanya akan dipermudahkan olehNya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....