Friday, September 09, 2011

Stage baru untuk persembahan!

Assalamualaikum.....

Pepagi Jumaat ni, 2 anak kecik saya buat saya geram dan pening. Nak dimarah, memang dah kena marah. Tapi, tau2 je la.... marah je masing2 senyum kambing. Tak jadi nak marah.... Pagi ni, mari lihat apa mereka buat.
:
:
:

 Buka laci meja solek, panjat dan teruskan memanjat......
Ini idea Sofie. Cerdik tak cerdik anak gadis saya tu?
Adik tengok je apa kak chik buat....

Lagi.....
:
:
:

 Bila kak chik dah berjaya panjat meja solek tu, adik pun mengikut.
Paling tak tahan tengok laci tu la.... lama2 kalau dorang terus memanjat, mau patah jugak laci tu.
Sofie seronok tengok muka dia kat cermin. 
Umisofie nampak, menjerit bagai tarzan dalam hutan.......

Dan lagi....
:
:
:

Tau ummi marah, tutup laci, dorang ambil kerusi pulak.
Cerdik amat anak2 ummi ni......
Mula memanjat semula..... Kak chik dah beraksi depan cermin.

Huwaaaaaa..... mana saya tak pening! Tapi, selalunya aksi memeningkan kepala mereka adalah hiburan bagi kita. Kat meja solek saya tu , sekarang tak pernah saya letakkan alat mekap. Tau dah bahana yang akan diterima...... Bila ada anak2 aktif dan kreatif, semua benda harus disorokkan. Keluarkan yang mana perlu jer......

Salam Jumaat ye semua..... Jumpa lagi!

7 comments:

  1. hahahahah tergelak tgk gelagat dorang nie, kak fiza :-)

    bijak...bijakkkk

    ReplyDelete
  2. hikhikhikhik..comel comel comel..bijak bijak bijak :)

    ReplyDelete
  3. Sabor jela fiza, Ada Anak Kecik mmg Umah tak bleh nk cantik2, hihi... Nk2 sofie yg aktif tu, sy Ada anak sedara SD juga...;)

    ReplyDelete
  4. alahai..memanjat tu rupanya nak tgk cermin ye...hehe..

    ReplyDelete
  5. hadoi..manjat meja solek tu..
    mujurla x tgolek..

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya fiza...
    bahaya tu...jgn bg panjat.boleh terbalik meja tu nanti..

    ReplyDelete
  7. hehehe.tergelak saya tgk gelagat anak2 k.fiza..
    ingatkan stage pe..rupanya stage bermain ye.....baik2..jatuh tu =p

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....