Thursday, October 20, 2011

Huh! Sofie.....

Assalamualaikum....
Bertemu lagi petang hari.... :-) Tetiba mood rajin datang, apa lagi, update la....
Saje nak tayang, walaupun kamera saya sudah musnah saya tetap update blog.
Kamera yang musnah bukan penghalang untuk membiarkan blog ini terus sepi, ye Fiza....
 :-D

Saja nak tepek muka Sofie, sebab nak cerita pasal Sofie....
Ringkas je.....


Sedia maklum la, Sofie anak dara yang sentiasa ceria
Orang sedih pun dia tetap ceria dan gembira..... 
Tengok saja gambar atas tu, kannnnn.... :-)

Setiap waktu tengahari, Sofie punya aktiviti yang sempoi
Kadang2 buat umisofie geram, kadang2 buat umisofie terhibur.
Waktu tengahari, Sofie suka ikut umisofie ke dapur, kunun tolong masak la, kan
Tapi, saya lebih rela dia buat kerja lain dari dia pegang senduk dan sudip di depan dapur gas....
Bahaya Ok!



Kat dapur saya ada almari buruk, dalam almari tu saya letak mangkuk2 dan barang plastik.
Saje la letak situ, sebab tahu anak2 kecil saya suka dengan benda2 tu. 
Jadi, barang plastik ni tak de la bahaya.....
So, keje Sofie, memunggahkan semua barang plastik dari almari itu, dan Sofie masuk dalam tu......
Selalunya, dia suruh tutup pintu almari tu.... Pastu, mulalah nyanyi2 sambil baring2 dalam almari tu.
Lawak sungguh! :-D :-)

Ok, sekian laporan untuk petang ni..... Saja je.... 
Buat hiburan di petang hari.... ( tu pun kalau terhibur la, kalau tak, sila abaikan ye :-))

P/S: Gambar diambil menggunakan kamera handphone saya yang tak semenggah tu ye.... Ambil gambar, terus upload kat FB..... Tu sebab hasil gambar macam kureeeenggggggg sikit!

Minggu peperiksaan!

Assalamualaikum....
Minggu ni, minggu peperiksaan bagi anak teruna saya. Masa sangat2 terhad, sebab sibuk melayan dia. Anak nak periksa, ummi yang sangat lebih2. Macam tu la mak2 kita dulu. Time kita yang periksa, mak2 kita sangat risau dan cemas....


Kesian sangat pada Ikhwan sebenarnya. Tarikh peperiksaan sekolah kebangsaan dan sekolah agama serentak. Saya yang letih tengok dia. Nak cover subjek 2 sekolah tu serentak. Walaupun saya dan cuba membantu Ikhwan buat persiapan sebelum peperiksaan, tapi hati seorang ibu tetap risau dengan keadaan dia. Subjek pulak banyak.... 

Minggu peperiksaan ni, Ikhwan memang di larang sama sekali main di luar. Balik je dari peperiksaan di sekolah kebangsaan, bersiap untuk menghadapi peperiksaan di sekolah agama pulak. Dan apabila balik dari sekolah agama, terus mandi, solat Asar, dan terus suruh dia mengaji. Jadi, di malam hari selepas Maghrib, dia perlu terus buka buku untuk kertas esok harinya. Begitulah rutin harian dari awal minggu hari tu. Masa Ikhwan agak padat. Nampak seolah2 saya tak beri kelonggaran untuk Ikhwan bermain, kan? Sebenarnya, sebelum tu, dia sudah teramat banyak bermain, jadi untuk seminggu ni je saya agak kawal sikit waktu permainan dia. 

Dan... anak teruna itu merungut ok! Merungut sebab saya melarang dia bermain di waktu petang. Saya ni tak mahu dia terlampau penat. Ikhwan ni satu kelemahan dia, kalau dia penat sangat, banyak sangat bermain, dia mudah dapat demam. Jadi, untuk minggu ni, saya perlu jaga kesihatan dia supaya dapat menjawab soalan dengan baik. Sekarang, hari2 hujan, dari tengahari, petang dan malam..... Dan untuk hari ini, nampak dah tanda2 dia mahu demam. Sabar sikit hari lagi. Hari ni, last untuk kertas di sekolah kebangsaan dan esok last paper untuk sekolah agama..... Sikit je lagi!


Harapan saya pada Ikhwan tidak terlalu tinggi. Sebagai ibu pasti ada sedikit harapan dari si anak, kan? Harapan saya cukuplah kalau Ikhwan dapat kekalkan kelas sekarang. Sekarang Ikhwan berada di 1B, saya tak mahu Ikhwan turun kelas ke C, D, E, F atau G... Aduhai.... teruk la kalau dia turun kelas. Tapi, kalau dia dapat naik ke kelas 2A untuk tahun depan, sangat2 bersyukur dan Alhamdulillah!

So, tahu la ye kenapa saya agak keberatan update blog ini kebelakangan ini. (kalau anak tak exam pun, malas update gak :-))

Ok, sekian laporan kali ini..... :-)

Thursday, October 13, 2011

Untuk Spesis SUAMI :-)

Assalamualaikum semua.....
Lama menyepi, macam biasa, sibuk. Hahahah... Mesti dah jemu dengan alasan saya, kan? Sorry semua nak berBW pun, mmg belum sempat.... Lagi2 anak nak periksa akhir tahun ni, lagi lag sibuk amat. Aduhai. Rasa tak menang tangan dan mata.

So, kali ni tak de apa sangat nak cerita. Cuma nak share satu cerita yang saya dapat dari wall FB saya. Aduh! Sangat terkesan. Ok..... Kelako pun ada...... Meh baca meh!



*Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah
dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi
kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia
mahu isterinya tahu betapa penat danletihnya dia bekerja setiap hari untuk
menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku
hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa
letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan
isteriku.
Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat
merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di
rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi
besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja
dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur
menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan
mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu
menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju
anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak
bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah.
Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang
lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang
dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip
kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur.
Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas
ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum
mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula
kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.
Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri
rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang
baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar,
waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya
Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri.
Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat,
minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai
suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama
ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku
terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu
belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah
menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
....Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk... !!!

~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus
memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang
yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah
abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu
isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab
pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu
seharian melihat gelagat suaminya.... .....

Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang
tidak ternilai.. so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam
sini..hargai la isteri anda..

Jumpa lagi....... Heheheheh.... :-)

Wednesday, October 05, 2011

Cerita Sofie Hilang!!!!!

Assalamualaikum semua.....

Ni... saya nak cerita sikit. Sofie sekarang anak yang bijak pandai. Aduhai... pening kepala saya. Baru2 ni, dah 2 kali dia hilangkan diri. Buat jantung saya berdegup kencang dan mahu tercabut ok!

Pertama, hari Ahad lepas, saya di dapur, masak untuk sarapan pagi. Sofie dan Hijaz bersama abinya di garaj. Dan abi masuk rumah.... saya tanya, "Anak2 mana?" Abisofie jawab, "Ada kat luar. Ok je." Hehehe.... Saya pun teruskan masak.....

Pastu, tau2 2 beradik tu dah hilang...... kelam kabut dibuatnya. Saya cari dalam rumah, tingkat atas, dalam bilik, dalam bilik air. Abisofie cari kat luar rumah.... keluar pagar. Rupa2nya Sofie dan Hijaz dah laju berjalan dengan berkaki ayam menuju ke taman permainan belakang rumah.

Kali kedua, baru je berlaku..... Abisofie tak ada kat rumah. Macam biasa la, ke sekolah. Hijaz tengah dalam bilik mandi, main air. Saya biar je, sebab tau dah dengan perangai budak kecik sorang ni, bukan nak keluar... suka main air. Jadi saya biarkan je. Amniy pulak kat atas, tengah main game komputer.

Kebetulan Sofie baru bangun tidur .... saya buatkan susu untuk Sofie. Lepas bagi Sofie minum susu, saya keluar rumah untuk buang sampah. Macam biasa la saya ni, lepas buang sampah mesti nak belek2 pokok2 kegemaran saya. Saya buang daun kering, saya merumput, membelek sana sini... sehinggakan saya tak perasan Sofie keluar rumah. 

Tiba2, saya teringatkan Sofie. Saya memanggil Amniy di tingkat atas, "Sofie ada kat atas tak?" Amniy jawab, "Tak de, mi." Saya berlari, tengok kat bilik mandi, hanya Hijaz sorang. Sekali lagi hati saya bagai mahu tercabut. Jantung saya bagai mahu berhenti. Dah la abisofie tak ada kat rumah. Saya sorang2.... Berlari saya keluar rumah , buka pagar, mencari Sofie......

Ikut jalan kiri, Sofie tiada.... Akhir pilihan, terus ikut jalan kanan, bertawakkal... semoga bertemu dengan Sofie. Rupa2nya, Sofie sedang berjalan laju menuju ke taman permainan belakang rumah. Seorang diri dan berkaki ayam! Sudah melepasi 3 ke 4 lorong... agak jauh bagi seorang budak seperti Sofie.

Saya menjerit memanggil nama Sofie. Dia menoleh pada saya, dan nampak saya berlari ke arahnya....
Sofie hanya ketawa riang bila nampak saya berlari. Saya hanya berkain batik dan bert-shirt dah tak peduli dah dengan pakaian saya. Yang penting, Sofie selamat. Cepat2 saya tangkap Sofie dan dukung dia bawa balik ke rumah..... "Sofie ni, buat umi cemas tau. Sofie nak pergi mana?" Sofie hanya tergelak, ketawa riang. Dia faham ke yang saya sedang bersusah hati..... Memang sah tidak faham. Anak istimewa ini memang sentiasa bergembira walau jantung umminya mahu berhenti........

Nak tukar gate otomatik, belum mampu....Tapi, kena gak cari dawai plastik supaya Sofie tak berhasil menyusup keluar melalui celah2 tembok dan pagar tu. Sofie menyusup keluar ikut situ la.......

Sunday, October 02, 2011

2 tahun berlalu.... Hijaz semakin matang.

Assalamualaikum.....
Sudah malam baru berkesempatan mencatatkan satu entry khas untuk anak bongsu (setakat ini :-)) saya.
Hari ini, 2 Oktober 2011, genap usia Hijaz 2 tahun...Cepatnya masa berlalu, pejam celik, pejam celik, sudah 2 tahun anak kecil itu. Anak yang sentiasa kuat dan tabah..... Belajar dari dalam kandungan tentang kehidupan yang penuh berliku....Bila mengenangkan saat2 mengandungkan Hijaz, hati memang sangat pilu dan terharu.Saya pernah bercerita tentang saat melahirkan Hijaz setahun yang lepas. 
Rupa2nya, hari ini sudah 2 tahun.......


Usia Hijaz 2 tahun banyak mematangkan dirinya sendiri, juga membantu mematangkan Sofie.Ada hikmahnya kenapa Allah anugerahkan Hijaz buat kami. Dahulu, saya menyangkakan Sofielah anak bongsu kami, cukup2lah dengan Sofie sebagai anak istimewa kami. Risau saya andai dikurniakan anak selepas Sofie, kasih sayang kami pada Sofie akan berkurang.  Rupa-rupanya, Allah telah mengatur perjalanan hidup kami. Allah kurniakan Hijaz sebagai jalan untuk kami mematangkan Sofie.....

Alhamdulillah, adanya Hijaz bersama kami, banyak sangat memberi kerjasama dengan perkembangan sosial Sofie. Sofie banyak mengikut apa yang Hijaz buat, jadi, peranan kita memberi bimbingan terbaik amat perlu. Setakat ini, Alhamdulillah, pertuturan Hijaz banyak mempengaruhi Sofie. Banyak butir2 bicara Sofie dibantu oleh tutur kata Hijaz. 


Harapan saya kepada Hijaz untuk waktu ini, biarlah Hijaz membesar sihat sejahtera. Supaya Hijaz mampu memberi peranan dalam perkembangan mental kakaknya, Sofie. Sebenarnya, dalam diam dan dalam kita tak perasan, Hijazlah yang menjadi guru kepada Sofie. Alhamdulillah..... Terima kasih ya Allah!


SELAMAT ULANGTAHUN KE-2 BUAT ANAK UMMI, HIJAZ. 
SEMOGA MENJADI ANAK SOLEH YANG MEMBERI KEBAHAGIAAN BUAT ABI DAN UMMI.

Sekian buat waktu ini......

Saturday, October 01, 2011

Membebel & perangai Sofie

Sebenarnya, hati dah tak ada mood nak update blog. Ntah la... agaknya, dah nak pencen ke? Alahai.... jangan la lagi. Masih sayangkan blog ini, walaupun bukan ramai sangat yang follow pun. Sejak insiden yang berlaku beberapa hari lepas, memang hati sangat tawar nak update blog. Agaknya bila ye nak ada rezeki dapat ganti yang baru. Sekarang, hari2 dok usha SINI sebab nak survey2 mana2 yang berkenan. Semoga Allah beri rezeki lebih la untuk umisofie dapatkan kamera baru.... huhuhu. Sedih tau!

Nak cerita pasal Sofie sebenarnya ni. Luahan rasa hati.... Saya tak tahulah kenapa sejak dua menjak ni, saya banyak terlepas pandang pada temujanji Sofie di hospital. Bulan Julai lepas, patutnya 27 Julai ada temujanji dengan Occ Therapy, tapi, saya sangat2 terlupa. Awal bulan September baru ni, sepatutnya ada temujanji untuk mengambil darah, dan jumpa doktor pead, juga terlepas. Dan yang terbaru, 21 September untuk berjumpa doktor ENT dan 27 September baru ni, ada temujanji dengan Speech Therapy, pun terlepas.... Ya Allah, betapa lemahnya ingatan umisofie sekarang ini. Kelemahan saya, terlupa nak catatkan pada kalender. Jadi, semuanya saya terlepas pandang. Dan, akhirnya, terpaksa ambil temujanji yang baru untuk semua doktor. Cuai dan alpa! Pengajaran untuk ibu2 yang punya anak seperti Sofie, catatkan di kalender setiap temujanji anak anda..... Kalau tak, jadi macam saya.....

Saya bukan apa, kadang2 bercelaru dengan urusan anak2 lain. Dengan Ikhwan yang sedang bersekolah, dengan nak ajar Amniy di rumah, tu belum lagi melayan karenah Sofie dan Hijaz yang umpama kembar.... Jadi, kadang2 semua itu menyebabkan umisofie terlepas pandang pada tarikh2 penting buat Sofie.

Kamera dah hancussss, amik gambar guna hp, upload kat FB.

Satu lagi hal Sofie yang membuatkan saya runsing ialah perangai dia. Ya Allah, sungguh menguji kesabaran saya. Sofie sekarang sudah pandai buat perangai. Maklumlah, dah besar, ye tak? Sebelum ni, kecik lagi. Jadi tak banyak permintaan. Sekarang ni, pandai je nak minta2 walaupun kadang2 umisofie sendiri tak faham apa yang dimintakannya. Satu hal yang membimbangkan saya, bila tak dapat apa yang diminta, mengamuk sakan.... Bukan sebab Sofie anak istimewa la.... Tapi, sebab saya nampak budak memang begitu gayanya. Anak normal sebaya Sofie pun, kalau kita tak ikut kemahuan mereka, pasti mereka mengamuk jugak, kan. Dan kena ada gaya la untuk pastikan pujukan kita tu menjadi.

Sofie ni perlu dipujuk dengan cara yang betul, baru mengamuk dia akan berhenti. Kalau tak kena gaya, gaya marah dia ke, confirm, lagi dia mengamuk.... Jadi, umisofie perlu ye menjadi ibu yang penyayang dan tegas. Bukan garang umpama singa betina... hahahahaha. Juga bukan menjerit seperti tarzan memanggil biantang2 di hutan, kerana anak2 kita ni bukan binatang. Uhuk.... insap! Lepas ni, kena jadi ibu yang sangat2 penyayang dan lemah lembut, tapi tegas. Eh, tak penyayangkah aku ni??????? Penyayang yer..... :-)

Apapun, sekarang saya dan abisofie sedang menjalankan sessi terapi akhlak mulia untuk memperbaiki perangai Sofie. Bantuan dari abang2 dan adik Sofie amat2 diperlukan. Sofie anak yang sangat mudah meniru... mengikut apa saja orang buat. Kalau abang panjat sofa, dia pun akan panjat. Kalau abang2 bergaduh, Sofie pun akan ikut bergaduh. Yang menjadi mangsa, Hijaz Muhammad ler..... Huhuhuu... sian adik Ijaz. Selalu jadi mangsa kak chik comel tu. Adik Ijaz adik yang redha..... tiap kali kak chik cari pasal, dia hanya menangis dan rela saja apa yang kak chiknya kerjakan. kadang2 saya yang bising suruh Ijaz lari selamatkan diri. Tapi, lepas kak chiknya kerjakan dia, dia akan cari kak chik jugak untuk bermain sekali...  Gitula anak2 saya......

Oooopppsss, sudah terlampau lewat sebenarnya. Saya sebetulnya sedang menanti japanese cheese cake saya masak di dalam oven, juga sedang mengukus kek coklat. Kedua-dua kek ini saya akan membawa ke rumah adik ipar saya esok hari. Tu yang sakan membuat kek tu, sambil2 tu update la blog ini. So, sekarang, kedua2 kek saya tu dah pun masak dengan sempurna. Gambar, memang tak dapat nak tepek la... sebab kamera saya tu..... huwaaaaaa (nangis lagi bila teringat!). Nak guna hp, maleh ler.....

Ok, semuanya sudah selesai, jadi, jumpa lagi di lain entry. Adios!