Wednesday, October 05, 2011

Cerita Sofie Hilang!!!!!

Assalamualaikum semua.....

Ni... saya nak cerita sikit. Sofie sekarang anak yang bijak pandai. Aduhai... pening kepala saya. Baru2 ni, dah 2 kali dia hilangkan diri. Buat jantung saya berdegup kencang dan mahu tercabut ok!

Pertama, hari Ahad lepas, saya di dapur, masak untuk sarapan pagi. Sofie dan Hijaz bersama abinya di garaj. Dan abi masuk rumah.... saya tanya, "Anak2 mana?" Abisofie jawab, "Ada kat luar. Ok je." Hehehe.... Saya pun teruskan masak.....

Pastu, tau2 2 beradik tu dah hilang...... kelam kabut dibuatnya. Saya cari dalam rumah, tingkat atas, dalam bilik, dalam bilik air. Abisofie cari kat luar rumah.... keluar pagar. Rupa2nya Sofie dan Hijaz dah laju berjalan dengan berkaki ayam menuju ke taman permainan belakang rumah.

Kali kedua, baru je berlaku..... Abisofie tak ada kat rumah. Macam biasa la, ke sekolah. Hijaz tengah dalam bilik mandi, main air. Saya biar je, sebab tau dah dengan perangai budak kecik sorang ni, bukan nak keluar... suka main air. Jadi saya biarkan je. Amniy pulak kat atas, tengah main game komputer.

Kebetulan Sofie baru bangun tidur .... saya buatkan susu untuk Sofie. Lepas bagi Sofie minum susu, saya keluar rumah untuk buang sampah. Macam biasa la saya ni, lepas buang sampah mesti nak belek2 pokok2 kegemaran saya. Saya buang daun kering, saya merumput, membelek sana sini... sehinggakan saya tak perasan Sofie keluar rumah. 

Tiba2, saya teringatkan Sofie. Saya memanggil Amniy di tingkat atas, "Sofie ada kat atas tak?" Amniy jawab, "Tak de, mi." Saya berlari, tengok kat bilik mandi, hanya Hijaz sorang. Sekali lagi hati saya bagai mahu tercabut. Jantung saya bagai mahu berhenti. Dah la abisofie tak ada kat rumah. Saya sorang2.... Berlari saya keluar rumah , buka pagar, mencari Sofie......

Ikut jalan kiri, Sofie tiada.... Akhir pilihan, terus ikut jalan kanan, bertawakkal... semoga bertemu dengan Sofie. Rupa2nya, Sofie sedang berjalan laju menuju ke taman permainan belakang rumah. Seorang diri dan berkaki ayam! Sudah melepasi 3 ke 4 lorong... agak jauh bagi seorang budak seperti Sofie.

Saya menjerit memanggil nama Sofie. Dia menoleh pada saya, dan nampak saya berlari ke arahnya....
Sofie hanya ketawa riang bila nampak saya berlari. Saya hanya berkain batik dan bert-shirt dah tak peduli dah dengan pakaian saya. Yang penting, Sofie selamat. Cepat2 saya tangkap Sofie dan dukung dia bawa balik ke rumah..... "Sofie ni, buat umi cemas tau. Sofie nak pergi mana?" Sofie hanya tergelak, ketawa riang. Dia faham ke yang saya sedang bersusah hati..... Memang sah tidak faham. Anak istimewa ini memang sentiasa bergembira walau jantung umminya mahu berhenti........

Nak tukar gate otomatik, belum mampu....Tapi, kena gak cari dawai plastik supaya Sofie tak berhasil menyusup keluar melalui celah2 tembok dan pagar tu. Sofie menyusup keluar ikut situ la.......

15 comments:

  1. aduh..memang gugur jantung kalo macam ni kak!!risau...

    ReplyDelete
  2. wina yg baca nie pun dah takut, ni kan pulak kak fiza masa tue

    kena lebih hati² kak lepas nie, tutup ruang antara tembok dgn gate tue..biar selamat & sofie/adik beradik dia xleh keluar

    ReplyDelete
  3. Mau raas nak tercabut jantung, saya dah rasa kak masa anak hilang kejap kat IKEA. Melilau cari, memang menggelabah tak hingat lah. nak nangis pon ada. Cari punya cari jumpa kat bahagian toys...phewwwww...lega.

    Kena cepat² letak dawai kat pagar tu.

    ReplyDelete
  4. berderau juga baca kisah sofie ni ye..moga2 lepas ni kena lagi hati2 la kan..

    ReplyDelete
  5. Astarghfirullahal azim... nanie yang baca ni pun rasa cam nak tercabut jantung jugak.. sofie..sofie... bijak betul dia...
    tapi bila tengok dia ketawa mesti terubat hati sikit kan.. cute je.. :)

    ReplyDelete
  6. sofie ni sdg uji tahap kesabaran ummi ye!!!

    w/pun anak istimewa tp pintar

    ReplyDelete
  7. boleh bayangkan gugur jantung k.fiza kan..
    mesti berderau darah time ni

    syukur,tak jauh sofie pergi..

    ReplyDelete
  8. SLM...

    ALAHAI..MCM NK NANGIS JE BILA BC NI..TAKUTNYA....
    SUNGGUH BIJAK SI SOFIE NI YE...:)

    JGN WAT UMI & ABI TAKUT YE SYG...

    ReplyDelete
  9. Ya Allah.. risaunyaaaa.. Kena buat sesuatu dengan pagar tu. Tapi keciknya dia leh membolosi ruang antara pagar tu ek? hehehhe.

    Hmm playground tu jauh ke?? Dia dok ingat playground tu jer kan. Kena cakap kat dia, nanti petang ke bila leh gi ngan ummi/abi. Tak boleh pergi sendiri. Cakap jer walau dia faham atau tidak. InsyaAllah lama² dia akan faham dan mengerti.

    ReplyDelete
  10. jauhnye dia jalan sorang2 kak! isk..memang berdegu[ jantung la camtu...syukur jumpa n cepat perasan...

    ReplyDelete
  11. Salam UmiSofie.
    Kalau lubang celah besar tu, memang muat budak sebesarSofie tu lalu. Sedangkan saya pun kalau balik rumah ayah emak saya pun duk keluar masuk ikut lubang pagar sebab malas buka pagar.tapi masa pregnant tak muatlah :)

    Kak kena tutup lubang tu risau juga kalau Sofie keluar. Nauzubillah mintak jauhlahkan. Tapi sebenarnya dia keluar tu membuktikan dia cerdik orangnya, dia ingat playground tu.Nampaknya umi kena selalu bawa sofie pergi playgroundlah ye.

    ReplyDelete
  12. wah.. sofie... buat cemas aja eh..
    kena buat sesuatu kat pagar tu kak.
    sekali sofie pandai susup keluar, nanti2 risau dia buat lagi.

    ReplyDelete
  13. bahayanya fiza...lepas nie kena lebih berhati2 la...

    ReplyDelete
  14. mesti sofie ni halus comel jer sbb leh lepas kat celah pagar tu...

    ReplyDelete
  15. Ya Allah kak fiza, tak boleh diyangkanla saat itu mcam mane keadaan akak..klu vill mau nak pengsan..risau dan takut.. kak pintu pagar tu tutup je la pkai besi ke dawai ke yang kuat skit..risau zaman skrg org ambil2 budak nnti...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....