Saturday, October 01, 2011

Membebel & perangai Sofie

Sebenarnya, hati dah tak ada mood nak update blog. Ntah la... agaknya, dah nak pencen ke? Alahai.... jangan la lagi. Masih sayangkan blog ini, walaupun bukan ramai sangat yang follow pun. Sejak insiden yang berlaku beberapa hari lepas, memang hati sangat tawar nak update blog. Agaknya bila ye nak ada rezeki dapat ganti yang baru. Sekarang, hari2 dok usha SINI sebab nak survey2 mana2 yang berkenan. Semoga Allah beri rezeki lebih la untuk umisofie dapatkan kamera baru.... huhuhu. Sedih tau!

Nak cerita pasal Sofie sebenarnya ni. Luahan rasa hati.... Saya tak tahulah kenapa sejak dua menjak ni, saya banyak terlepas pandang pada temujanji Sofie di hospital. Bulan Julai lepas, patutnya 27 Julai ada temujanji dengan Occ Therapy, tapi, saya sangat2 terlupa. Awal bulan September baru ni, sepatutnya ada temujanji untuk mengambil darah, dan jumpa doktor pead, juga terlepas. Dan yang terbaru, 21 September untuk berjumpa doktor ENT dan 27 September baru ni, ada temujanji dengan Speech Therapy, pun terlepas.... Ya Allah, betapa lemahnya ingatan umisofie sekarang ini. Kelemahan saya, terlupa nak catatkan pada kalender. Jadi, semuanya saya terlepas pandang. Dan, akhirnya, terpaksa ambil temujanji yang baru untuk semua doktor. Cuai dan alpa! Pengajaran untuk ibu2 yang punya anak seperti Sofie, catatkan di kalender setiap temujanji anak anda..... Kalau tak, jadi macam saya.....

Saya bukan apa, kadang2 bercelaru dengan urusan anak2 lain. Dengan Ikhwan yang sedang bersekolah, dengan nak ajar Amniy di rumah, tu belum lagi melayan karenah Sofie dan Hijaz yang umpama kembar.... Jadi, kadang2 semua itu menyebabkan umisofie terlepas pandang pada tarikh2 penting buat Sofie.

Kamera dah hancussss, amik gambar guna hp, upload kat FB.

Satu lagi hal Sofie yang membuatkan saya runsing ialah perangai dia. Ya Allah, sungguh menguji kesabaran saya. Sofie sekarang sudah pandai buat perangai. Maklumlah, dah besar, ye tak? Sebelum ni, kecik lagi. Jadi tak banyak permintaan. Sekarang ni, pandai je nak minta2 walaupun kadang2 umisofie sendiri tak faham apa yang dimintakannya. Satu hal yang membimbangkan saya, bila tak dapat apa yang diminta, mengamuk sakan.... Bukan sebab Sofie anak istimewa la.... Tapi, sebab saya nampak budak memang begitu gayanya. Anak normal sebaya Sofie pun, kalau kita tak ikut kemahuan mereka, pasti mereka mengamuk jugak, kan. Dan kena ada gaya la untuk pastikan pujukan kita tu menjadi.

Sofie ni perlu dipujuk dengan cara yang betul, baru mengamuk dia akan berhenti. Kalau tak kena gaya, gaya marah dia ke, confirm, lagi dia mengamuk.... Jadi, umisofie perlu ye menjadi ibu yang penyayang dan tegas. Bukan garang umpama singa betina... hahahahaha. Juga bukan menjerit seperti tarzan memanggil biantang2 di hutan, kerana anak2 kita ni bukan binatang. Uhuk.... insap! Lepas ni, kena jadi ibu yang sangat2 penyayang dan lemah lembut, tapi tegas. Eh, tak penyayangkah aku ni??????? Penyayang yer..... :-)

Apapun, sekarang saya dan abisofie sedang menjalankan sessi terapi akhlak mulia untuk memperbaiki perangai Sofie. Bantuan dari abang2 dan adik Sofie amat2 diperlukan. Sofie anak yang sangat mudah meniru... mengikut apa saja orang buat. Kalau abang panjat sofa, dia pun akan panjat. Kalau abang2 bergaduh, Sofie pun akan ikut bergaduh. Yang menjadi mangsa, Hijaz Muhammad ler..... Huhuhuu... sian adik Ijaz. Selalu jadi mangsa kak chik comel tu. Adik Ijaz adik yang redha..... tiap kali kak chik cari pasal, dia hanya menangis dan rela saja apa yang kak chiknya kerjakan. kadang2 saya yang bising suruh Ijaz lari selamatkan diri. Tapi, lepas kak chiknya kerjakan dia, dia akan cari kak chik jugak untuk bermain sekali...  Gitula anak2 saya......

Oooopppsss, sudah terlampau lewat sebenarnya. Saya sebetulnya sedang menanti japanese cheese cake saya masak di dalam oven, juga sedang mengukus kek coklat. Kedua-dua kek ini saya akan membawa ke rumah adik ipar saya esok hari. Tu yang sakan membuat kek tu, sambil2 tu update la blog ini. So, sekarang, kedua2 kek saya tu dah pun masak dengan sempurna. Gambar, memang tak dapat nak tepek la... sebab kamera saya tu..... huwaaaaaa (nangis lagi bila teringat!). Nak guna hp, maleh ler.....

Ok, semuanya sudah selesai, jadi, jumpa lagi di lain entry. Adios!

6 comments:

  1. sabar yer fiza..
    sofie nak membesar tu..
    anak istimewa ni memerlukan kesabaran yg lebih tinggi...
    akak selalu jugak tengok kwn2 akak melayan anak2 pendidikan khas yg mengamuk sakan...siap menjerit-jerit lagi.yg lari dari sekolah pun ada...jenuh kwn akak tu pi kejar.

    ReplyDelete
  2. Sabar ye kak.. Mgkin ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  3. alhamdullilah kak..
    itu menunjukkan pembesaran sofie tidak jauh beza dengan budak lain yang sebaya.
    sofie ni budak cerdik. bertuah sofie ada ibu macam akak.

    ReplyDelete
  4. Bila baca ttg sikap sofie, akak teringatkan hasif.. mmg betul la fiza. makin dia besar makin banyak perangainya.. nnt bila hasif sebaya sofie camne la agaknya... bila diingat2kan..risau rasa..

    Moga dipermudahkan jalan/cara dalam kita membesarkan mereka.. aminn..

    ReplyDelete
  5. sebenarnya,saya da cukup kagum dgn k.fiza tau..
    saya ni k.fiza,kesabaran tak tinggi mana...anak sorang pun,kadang2 aihhh...geram.tengah2 blaja gak ni didik diri..

    be good girl k sofie..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....