Thursday, October 20, 2011

Minggu peperiksaan!

Assalamualaikum....
Minggu ni, minggu peperiksaan bagi anak teruna saya. Masa sangat2 terhad, sebab sibuk melayan dia. Anak nak periksa, ummi yang sangat lebih2. Macam tu la mak2 kita dulu. Time kita yang periksa, mak2 kita sangat risau dan cemas....


Kesian sangat pada Ikhwan sebenarnya. Tarikh peperiksaan sekolah kebangsaan dan sekolah agama serentak. Saya yang letih tengok dia. Nak cover subjek 2 sekolah tu serentak. Walaupun saya dan cuba membantu Ikhwan buat persiapan sebelum peperiksaan, tapi hati seorang ibu tetap risau dengan keadaan dia. Subjek pulak banyak.... 

Minggu peperiksaan ni, Ikhwan memang di larang sama sekali main di luar. Balik je dari peperiksaan di sekolah kebangsaan, bersiap untuk menghadapi peperiksaan di sekolah agama pulak. Dan apabila balik dari sekolah agama, terus mandi, solat Asar, dan terus suruh dia mengaji. Jadi, di malam hari selepas Maghrib, dia perlu terus buka buku untuk kertas esok harinya. Begitulah rutin harian dari awal minggu hari tu. Masa Ikhwan agak padat. Nampak seolah2 saya tak beri kelonggaran untuk Ikhwan bermain, kan? Sebenarnya, sebelum tu, dia sudah teramat banyak bermain, jadi untuk seminggu ni je saya agak kawal sikit waktu permainan dia. 

Dan... anak teruna itu merungut ok! Merungut sebab saya melarang dia bermain di waktu petang. Saya ni tak mahu dia terlampau penat. Ikhwan ni satu kelemahan dia, kalau dia penat sangat, banyak sangat bermain, dia mudah dapat demam. Jadi, untuk minggu ni, saya perlu jaga kesihatan dia supaya dapat menjawab soalan dengan baik. Sekarang, hari2 hujan, dari tengahari, petang dan malam..... Dan untuk hari ini, nampak dah tanda2 dia mahu demam. Sabar sikit hari lagi. Hari ni, last untuk kertas di sekolah kebangsaan dan esok last paper untuk sekolah agama..... Sikit je lagi!


Harapan saya pada Ikhwan tidak terlalu tinggi. Sebagai ibu pasti ada sedikit harapan dari si anak, kan? Harapan saya cukuplah kalau Ikhwan dapat kekalkan kelas sekarang. Sekarang Ikhwan berada di 1B, saya tak mahu Ikhwan turun kelas ke C, D, E, F atau G... Aduhai.... teruk la kalau dia turun kelas. Tapi, kalau dia dapat naik ke kelas 2A untuk tahun depan, sangat2 bersyukur dan Alhamdulillah!

So, tahu la ye kenapa saya agak keberatan update blog ini kebelakangan ini. (kalau anak tak exam pun, malas update gak :-))

Ok, sekian laporan kali ini..... :-)

10 comments:

  1. anak2 yg exam, mesti si mak yg risau gak kan..kalau mak mizah dulukan tiap kali anak2 nak exam, mesti dia puasa sunat tiap isnin khamis tu...

    ReplyDelete
  2. semoga ikhwan dipermudahkan utk memjawab..amin!

    ReplyDelete
  3. Walaupun anak yana masih dalam kindergarten, tapi perasaan teruja tiap kali anak nak exam tu tetap ada. Yana pun 'kuarantin' dania untuk minggu ni dan minggu depan.After exam baru boleh main-main semula

    ReplyDelete
  4. teringat zaman sekolah dulu huhuhhuuuu

    dan x lama lagi, wina pun akan jadi macam Kak Fiza jugak..risau kan?

    all the best to abg ikhwan!

    ReplyDelete
  5. gud luck ye ikhwan..
    insyaallah,dua sekolah pun leh buat yang terbaikkan..

    hehe..mmg anak nak exam,mak susah hati.turn saya je belum tiba..

    ReplyDelete
  6. semoga Ikhwan dapat memenuhi impian dan harapan Ummi...;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....