Kebanyakkan daripada kita hanya mengetahui tarikh lahir dalam kalender Masihi sahaja. Tahukah anda, sekiranya kita mengetahui tarikh lahir kita dalam bulan Hijrah, sebenarnya usia kita lebih tua dari yang kita sangkakan? Macam saya sendiri, saya mengetahui usia saya dalam bulan Masihi ialah 31 tahun, manakala dalam bulan Hijrah usia sebenarnya ialah 32 tahun. Owh... memang terasa usia semakin meningkat.
Semalam nampak surat beranak Amniy Mahfuz dan Amal Mujahid yang baru dikeluarkan dari beg sekolah encik suami. Abi Amal bawa surat beranak Amal sebab nak ambil MyKid hari tu. Sementara surat beranak si Amniy duduk lama dalam beg Abi sebab hari tu Abi Amniy daftarkan Amniy Tahun Satu untuk 2013. Patut pun mencari kat fail surat beranak hilang 2, rupa2nya dok tersorok dalam beg. Belek punya belek, ternampak pulak catatan tulisan tangan saya hari lahir anak 2 orang tu dalam bulan Hijrah. Oh, bukan mereka berdua sahaja saya catat. Semua anak2 saya, di halaman belakang bahagian bawah surat beranak memang saya catatkan tarikh lahir mereka dalam Hijrah, beserta hari kelahiran sekali.
Mungkin terikut2 dengan cara ummi (mak saya). Memang ummi saya buat begitu untuk setiap anak2nya. Anak2 ummi saya ada 10 orang (yang hidup). Jadi, 10 helai surat beranak ummi saya akan catat tarikh lahir anak2nya dalam bulan Hijrah.
Kita terlalu berbangga dengan bulan Masihi, sehingga ada kalanya kita terlupa akan bulan Hijrah. Sebagai umat Islam, patutnya kita berbangga dengan bulan Hijrah, ye tak. Sambutan hari lahir, yang diingat adalah dalam bulan Masihi. Kenapa agaknya kita selalu tidak mengambil kira bulan Hijrah. Adakah kerana usia kita dalam bulan Hijrah lebih tua berbanding bulan Masihi? Hehehehe...... Usia yang meningkat mendekatkan kita pada kematian. Owh, insaf juga saya.... Betapa kurangnya amalan yang perlu dibawa untuk ke sana nanti. Allahuakbar, bimbinglah hati kami!!!!!!
Tarikh lahir anak2 saya dalam bulan Hijrah:
Ikhwan Hubby - 18 Jamadil Akhir 1425H (5 Ogos 2004), Khamis
Amniy Mahfuz - 22 Muharram 1427H (21 Februari 2006), Selasa
Sofie Mariah - 30 Zulkaedah 1428H (10 Disember 2007), Isnin
Hijaz Muhammad - 13 Syawal 1430H (2 Oktober 2009), Jumaat
Amal Mujahid - 2 Ramadhan 1433H (22 Julai 2012), Ahad
Saya sendiri, kalau ikut catatan yang ummi saya tulis di surat beranak saya, 12 Rabiul Awwal 1401H, hari Isnin. Tapi, apabila saya menyemak secara online tarikh lahir saya dalam bulan Hijrah jatuh pada hari Isnin 6 Rabiul Awaal 1401H.
Saya tak jumpa catatan hari lahir suami dalam bulan Hijrah di surat beranaknya. Dan saya cuba menyemak tarikh lahirnya secara online, iaitu hari Selasa, 8 Jamadil Akhir 1398.
Pada anda, anda, anda dan anda yang belum mengetahui tarikh lahir dalam bulan Hijrah, boleh semak DISINI ok! Supaya kita sedar bahawa usia kita sebenarnya lebih tua dari yang kita maklum.......
Itu sahaja untuk entry kali ini.....
sama la kak..izwap un tulis kat belakang surat beranak diaorg..
ReplyDelete