Thursday, October 04, 2012

Shihab & Dijah - Akhirnya bersatu!

Assalamualaikum....
Sebenarnya nak update pasal berita ni dah lama dah. Berita pun dah basi, tapi saya update jugak la sebab ia amat penting buat keluarga saya. Saja la nak beritahu, Aidilfitri baru2 ni, saya dapat seorang lagi adik ipar. Seronok sebab dengan bertambahnya ahli baru dalam keluarga kami ini, maka bertambah meriahlah hidup kami sekeluarga... Moga2 bertambah2 rezeki dari-Nya. Amin.....

Nak dikatakan hampir tiap tahun Aidilfitri, ummi dan abi saya terima menantu. Aidilfitri tahun lepas, dapat sorang. Kalau ada yang masih ingat la kan, saya pernah updatekan kat SINI dulu. Dan.... sekali lagi untuk tahun ini, dapat lagi seorang adik ipar.

Tak perlu bebel panjang2.... Lihat2 saja gambar2 menarik mereka..... Tapi ni semua gambar dari rumah pengantin perempuan. Belah lelaki, dorang pakai baju kaler hijau, tapi.... jenuh saya tunggu adik saya tu email kat saya. Sampai ke sudah tidak dihantarnya...... Nanti2 la.....

 Selepas akad nikah
8 September 2012

 Batalkan air sembahyang.....

 Khatam al-Quran bersama

 Esoknya..... Majlis Resepsi belah perempuan.

Selamat berbahagia yer...

Oh ye... lupa nak beritahu, adik saya si pengantin lelaki. Shihabuddin namanya, dan si isteri bernama Siti Khadijah. Anak2 saya dapat makcik baru, panggilnya Cik Dijah. Mereka ni bercinta sejak zaman sekolah lagi, dan akhirnya bersatu sebagai suami isteri.

Apapun, diucapkan selamat berbahagia hingga ke akhir hayat hendaknya buat kedua2 mempelai. Semoga hidup kalian sentiasa diberkati Allah Taala. Cepat2 la bagi cucu2 yang soleh solehah untuk abi dan ummi yer.  :-)

Sekian laporan kali ini. Laporan ini dah hampir basi sebenarnya.... hikhikhik.

9 comments:

  1. selamat pengantin baru & semoga berkekalan sehingga bile² ;-)

    tahniah kak fiza dpt adik ipar baru..

    ReplyDelete
  2. comel kecik molek je pngantin perempuan tu..slmt pengantin baru ye

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum fiza.... terima kasih kerana datang menjenguk blog saya. sayapun lama dah tak ber BW..busy dengan tugas seharian...saya update blog pun dengan hp ajer sekarangni..hehehhe...malas nk buka pc. jadi kalu fiza tgk banyak yg slaah eja tu...mintak maafla,hihihi,,sbb pakai hp cikai ajer,,,tpuch screenbya comel sgt...xpadan jari saya nak tekan..hihihh

    salam sayang buat fiza sekeluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w salam kak shafida....
      terima kasih berbalas kunjungan....:-)

      Delete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....