Ini cerita Mahfuz. Pulang dari sekolah, Mahfuz bercerita pada ibunya tentang perihalnya di sekolah.
"Mummy.... kat sekolah tadi kita kena marah dengan cikgu." Mahfuz mulakan bicara. Sambil membasuh pinggan di sinki dapur, ibunya agak terkejut lalu bertanya, "Kenapa awak kena marah? Awak buat cikgu marah ke?"
"Mana ada..... kita kat sekolah budak baik. Mummy.... cikgu tak nak buku yang kita bagi. Cikgu nak buku yang ada lambang sekolah. Buku yang ada tulisan nombor satu."
"Awak bagi cikgu buku apa?" Ibunya menyoal.
"Kita bagi cikgu buku edisi khas hari guru tu. Buku nombor satu dah habis. Semua cikgu lain dah ambik. Kita sorang je cikgu marah, mummy. Semua kawan kita bagi cikgu buku nombor satu." Mahfuz mengadu.
"Alahai siannnya anak mummy... kenapa la sebab buku tu cikgu marah awak. Kan tu buku garis satu jugak. Awak kan nak guna isi buku. Nak tulis dalam buku. Bukan nak guna kulit buku." Ibu merasa sedikit marah sebenarnya. Dalam hati ibu mengatakan cikgu mengada2. Hihihihi........
Ibu bertanya lagi, "Cikgu sapa tu?"
"Cikgu Masjoko, mummy. Cikgu tu ajar Bahasa Malaysia."
"Cikgu tak tahu ke yang buku edisi khas hari guru tu kedai buku yang jual. Masa baba beli buku awak kat kedai buku hari tu, dorang yang bagi buku edisi khas hari guru tu sebab buku nombor satu dah habis. Ish.... cikgu ni."
Ibu Mahfuz mula nak marah sebenarnya, tapi cuba dikawal sebab tak mahu Mahfuz perasan yang ibunya sedang marah. (Ye la tu.... uwek!) Ibu menyambung bicara, "Tak pe la.... nanti kita suruh baba awak belikan buku yang cikgu nak. Tak pun, esok mummy bagi duit, awak beli sendiri kat kedai buku. Boleh?"
"Boleh, mummy. Tapi.... kalau kat kedai buku dah habis buku tu macam mana? Nanti cikgu Masjoko marah kat kita lagi. Kita takut nak pegi sekolah. Cikgu ni.... sikit2 nak marah. Kita kan budak tahun satu." Oh....Mahfuz sudah pandai! Hehehehe......
"Mmmmm, ok. Tak pe.... nanti kita bagitau baba macam mana ye."
Petang itu ibu Mahfuz bercerita perihal Mahfuz pada bapanya. Respon bapa...... "Tak pe, nanti baba kasi buku nombor satu sekolah baba. Nanti bagitau cikgu, baba kirim salam ye." Bapa Mahfuz seorang Guru juga di sekolah lain.
Hehehehehe...... ntah apa reaksi cikgu Masjoko tu ye bila dapat buku nombor satu yang ada lambang sekolah lain?
Komen penulis : Tak faham la kenapa ada guru yang cuba bersifat kurang matang. Buku garis satu punya hal, anak jadi takut nak ke sekolah. Tak faham juga.... kalau buku edisi khas hari guru tu cikgu tak mahu terima, kenapa masih dijual di kedai buku sekolah. Bukan kita nak tulis pada kulit buku. Yang penting kan ia ialah buku garis satu atau buku nombor satu. Kalau si ibu belikan anaknya buku dari kedai luar, pasti anak akan dimarah teruk oleh guru mata pelajaran tersebut. Aduhai cikgu.... janganla berkira sangat!