Thursday, January 17, 2013

Safi Rania Gold ~ Guna 4 tahun lebih rupanya ~

Assalamualaikum.... salam penuh rasa kesyukuran, masih diberi ruang untuk masuk dan update sesuatu dalam blog ini. Umum mengetahui, kan... blog ini hanya blog picisan yang bercerita kisah suka duka kehidupan. Kadang2 ada terfikir macam nak berhenti dari dunia blogging. Tapi..... bila kenangkan tujuan utama saya berblog dahulu, terus pendamkan hasrat nak berhenti.

Sebenarnya, entry kali ni nak kongsi pasal SAFI RANIA GOLD. Meh baca cerita saya....

Baru beli set baru....

Ok, straight to the point...... cerita pasal Safi Rania Gold..... Ada sesapa pembaca yang menggunakan produk ini?. Saya baru 4 tahun lebih jadi penggunanya. Alhamdulillah, banyak2 produk hanya ini yang sesuai dan serasi dengan kulit wajah saya. Sekadar berkongsi, pada saya, SRG sangat best! Pertamanya, usia semakin meningkat, keanjalan kulit semakin berkurang. Jadi penggunaan yang berterusan dapat la meningkatkan keanjalan kulit yang dah tak berapa nak anjal ni, kan.

Senarai yang saya gunakan... eceh... siap senarai lagi tu. Mengada menggedik, kan. Ada ai kisah? Hehehe....:

Pakcik google punya gambar. TQ pakcik!

1. Gel pencuci - Deep Moisturising Facial Cleanser -ahhhh... memang best bau dia. Wangi gituuu..... Paling best, guna je cleanser ni, kulit terasa lembap2 je. Tak kering. Patut pun namanya lembapan mendalam.
2. Toner - best sgt sebab baunya umpama bau2 mawar.
3. Serum - sangat selesa gunakannya. Pantas menyerap dalam kulit dan dapat meningkatkan penghasilan kolagen. Baru la kulit rasa anjal dan berseri. Kedutan pun boleh dikurang. Tona kulit juga sekata. heheh...
4. Krim Pelembap siang pun saya guna, best jugak... cepat meresap. Tak berminyak.
5. Krim kecantikan saya tepek lepas krim pelembap.... dapat tutup tona2 tak sekata kat kulit. Jadi kulit nampak berseri je.

Ihsan pakcik google.... Malas nak amik gambar sendiri.

6.Eye contour cream - tujuan, untuk memperbaiki struktur kulit di sekitar mata, kurangkan pembentukan garis2 halus dan kurangkan masalah mata panda saya ni. Maklum saja... usia meningkat, mcm2 masalah kulit, terutama tang mata tu. Memang nampak dah rupa mata si panda yang cumil itu. Panda tak pe la, cumil. 
7. Facial scrub pun saya guna. Guna seminggu 2,3 kali je. Dapat tanggalkan sel2 kulit mati. Lepas guna rasa lembap je kulit wajah. Kalau guna hari2, kulit cepat kering tau. Seminggu sekali pun dah memadai.

Gambar saya sendiri.

8. BB Cream, Owhhhhhh.... Ni paling terbaru dan paling uuummmppphhhh laaaaa. SERIUSLY, lepas tepek je BB Cream ni kat muka, terus terasa kehalusan kulit muka. Krim pun ringan je.... Muka rasa konfiden je.... ek, muka konfiden? Adui! Diri sendiri la...... Saya guna BB Cream lepas guna Toner dan Serum. So, kalau dah nak letak BB Cream, tak yah tepekkan krim pelembap dan krim kecantikan tu. Banyak sangat tepek benda kat muka pun tak elok. Sian muka kita tu nanti. Bila dah tepek BB Cream, tak perlu dah tepek bedak2 bagai.... Tak berminyak pun. Susah nak kata bila tak cuba..... So, korang cuba je la. Dah cuba baru terasa hasilnya.

Saya tak guna 1 set pun, cuma guna untuk siang hari. Malam hari, saya cuma tepek serum pada muka, juga eye contour cream. Saya memang tak guna krim pelembap malam. Tah la, tak tahu kenapa. Malas kot nak membelinya. Agak2nya macam nak sambar 1 jugak la akan datang.

Gambar pakcik google jugak.....

Satu hal saya memilih untuk terus menggunakan set SRG ni, sebab ia sesuai dengan kulit muka saya. Selain tu, dan ia dibuat ikut piawaian halal yang ketat. Jadi gunakan TANPA WAS-WAS. Tag line Safi.... SAFI SEIRING KEHENDAK SYARAK. Wahhhh... kan main mengempen! SRG terbaik!

Minta royalti ye.... heheheh.
Sekian kempen saya ini!

24 comments:

  1. akak..izwa pakai safi rania ni jugak :) tapi tak pernah try lagi bb cream nie...so harus la beli next week nie :)

    ReplyDelete
  2. ye ke best? tercarik2 produk yg sesuai lagi ni...

    ReplyDelete
  3. guna jugak.tp xguna full set pun

    ReplyDelete
  4. hurmmmm saya tak pernah pakai ape² produk muka seumur hidup..caya dak? uhuhhuu...malas punya pasal

    mesti kak fiza makin berseri² kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wina, kulit ok tak pe....
      kalau kusam je cam akak ni, kena gak tepek benda kasi berseri sikit. heheheh....

      Delete
  5. dulu kayrul guna nie gak, bila pregnant terus tak pakai sampai la sekarang..hehhehe...sebab anak dah bertambah mamanya tak sempat2 nak berdandan

    ReplyDelete
  6. nak thu la akk guna brp lm ye br nmpk effect nye?
    sy pun msh tercri2 produk yg ssuai.igt nk try SRG gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. depend pada kulit kita. mcm saya 2 minggu dah nampak hasil yg oenting nak kena rajin. saya kurang rajin sebenarnya. hehehe.... time nak keluar rumah je pakai.

      Delete
  7. Hi dear..akk mmg pengguna setia safi rania.skrg kan dah ada keluran baru.saper dh try pakai.nk pakai masa bila tue yer sbb lps cuci..pakai toner..pastu serum..pastu pelembam..pastu...apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluaran baru? produk apa? safi rania diamond yg model ziana zain tu ke? belum cuba lagi.
      kalau nak pakai, cuci dulu, pastu, sapu toner, sapu serum dan saya terus sapu bb krim.
      tapi kalau tak pakai bb krim, lepas sapu serum terus sapu krim siang dan krim kecantikan.

      Delete
  8. Mmg baik ke srg ni.... baru cuba...harap kulit x sekata ni akn bertambah umphhhhhh:-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni, mmg ni je saya guna. tak tukar lain dah. hehehe.... lagipun harga mampu milik. cer guna bb krim dia. mmg best!

      Delete
  9. Kak..klau tak guna serum,terus guna krim pelembab siang je blh tak? Saya bru nk beli nk try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam umie,
      sebelum ada serum mmg akak terus guna pelembap siang lepas tepek penyegar....

      Delete
  10. Nak dptkan Safi Rania Gold secara online boleh singgah FB: Srg Rania Gold
    pelbagai free gift menarik menanti anda. dan anda boleh bandingkan hargaa kami.
    :)
    :

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serum boleh sapu di sekitar mata ke?

      Delete
  11. Ada effect x? Putih ke? Kulit gebu ke? Klaw remaja sesuai pkai yg mne?

    ReplyDelete
  12. muka saya teruk sbb sebelum ni saya tak tahu pencuci apa yg sesuai then saya baru try gel pembersih , tone , dh krim siang. rasa rasa ada kesan apa apa tak pada jerawat yg teruk ni?

    ReplyDelete
  13. SRG mmg awesome.mcm2 produk mahal,murah dh try..lpas try SRG br rasa sgt sesuai.upgradekn kecerahan,kedut2,moist,white head.paling best scrub,serum n night cream.pas BC psl bb cream ni..interested nk try.tq

    ReplyDelete
  14. SRG mmg awesome.mcm2 produk mahal,murah dh try..lpas try SRG br rasa sgt sesuai.upgradekn kecerahan,kedut2,moist,white head.paling best scrub,serum n night cream.pas BC psl bb cream ni..interested nk try.tq

    ReplyDelete
  15. minuman wajah sesuai pkai bila plak ye? sy try pkai mlm je..minuman wajah SRG pn best...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....