Thursday, January 17, 2013

Mendidik Anak Soleh Solehah

Saya blogwalking pagi ini. Sampai ke satu tempat.... jumpa satu artikel menarik.... berkaitan didik anak2.... dah tentu saya suka, sebab saya seorang ibu yang punya 5 orang cahayamata HEBAT! In Sha ALLAH, saya akan terus berkongsi.

Orang kata, melahirkan anak mudah. Alhamdulillah, saya diberi kemudahan itu sama ada melahirkan anak secara normal atau pembedahan (c-zer). 4 kali melahirkan anak secara normal, sekali secara c-zer, Sofie la.... sebab dia anak istimewa, terlalu istimewa. Tapi..... untuk mendidik anak2 sehingga mereka menjadi manusia yang taat pada agama, bukan mudah. Serius saya katakan, bukan mudah!!!! Kalau ibu bapa  di luar sana berpendapat mendidik anak2 supaya taat pada agama, taat pada ALLAH dan RASUL itu mudah, Allahuakbar! Saya kagum! Tolonglah ajari saya. Saya betul2 perlukannya. 



Masa anak2 kecil, ada cabaran menjaga mereka. Dan ketika meningkat usia, lain pula cabarannya. Memang betul pun. Bila saya sudah mempunyai 5 cahayamata ini, yang kecil akan membesar dan yang besar akan terus membesar lebih lagi. Emosi ibu teruatamanya harus sentiasa mahmudah. Rentetan itu diturunkan tip-tip mendidik anak2 menjadi anak2 soleh dan solehah, dan anak yang sentiasa mendoakan ibubapanya. Tips ini ditujukan khas buat diri saya sendiri, juga pada semua ibubapa lain. 

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu waiyakanastain - yang ertinya hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.


2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.



5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER... kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh .



8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat.     
                             
          رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَلۡدُعَآء

[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan  "Ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia..... untuk faham agamanya ", (kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka).  Sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. Basuh beras lawan jam (macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai .... dan ingat kepada Allah sentiasa.


Terima kasih kepada mereka yang menyebarkan tips ini..... Semoga Allah membalas segalanya dengan kehidupan yang lebih baik, In Sha Allah.

20 comments:

  1. good info. memang tercari2 info camni sebab anak makin mmbesar makin byk ragam

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu amirah.....
      anak2 makin membesar, mcm2 ragam.... kita pun kena cari mcm2 ilmu utk didik dorg.

      Delete
  2. thnx for sharing fiza... :)
    in sha Allah akk akan cuba usaha kan utk anak.. :)

    ReplyDelete
  3. Thanks k.fiza.
    sayu nye hati saya baca.insyaallah saya cuba amalkan.

    mudahan saya juga mampu memberi pendidikan agama yang sempurna meskipun saya bukanlah dari kalangan arif dan sempurna.tapi akan saya usahakan..

    sebab,saya selalu ingat,inilah anak2 yang akan doakan kita bila di kubur nanti....insyaalah

    ReplyDelete
  4. tq fiza...mmg berguna sgt! inshaAllah...dan hepy belated besday ye fiza...smoga sntiasa berada dbwh lindunganNya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome.... n tq .... dah lepas dah besday. umur meningkat, harap2 iman2 pun meningkat. hehehe

      Delete
  5. Subhanallah bagusnya tips ni.nak mintak izin tempek kat blog cikgu yer.. ummi sofie,bertuahnya memiliki anak penghuni syurga. Semoga kesabaran umisofie membesarkan anak istimewa ni syurga balasannya. Saya hanya cikgu yg mendidik anak2 istimewa, walau pun cabarannya hebat, tp saya dan cikgu2 lain cukup bahagia bersama anak2 istimewa ni. Mereka penghibur hati kami dunia akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak CeqGu,...
      terima kasih atas semangat akak beri.
      silakan sebarkan ilmu ini kak.... semoga bermanfaat buat kita semua.

      Delete
  6. kak fiza, nak share kat blog boleh..??

    ReplyDelete
  7. Salam...lama tak singgah..akk copy n share jugak ye...thanks

    ReplyDelete
  8. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. tips anak soleht

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....