Selamat hari Jumaat.... Semoga sentiasa hidup dalam keberkatan.
Sekolah dah nak masuk minggu ke-3. Tapi, saya masih cuba belajar untuk menguruskan masa dengan betul.
Bila Amniy, anak ke-2 sudah masuk Tahun Satu, masa harian turut berubah.
Apapun, nak update tentang isu beg sekolah.
Akhirnya..... kami telah pun jumpa beg sekolah sokongan belakang khas buat Ikhwan.
Tiada lagi masalah beg sekolah berat.
Feedback Ikhwan : Ok, mi. Selesa, tak rasa berat pun beg ni.
Alhamdulillah.......
Harga beg....... Huhuhu.... memang agak mahal berbanding beg sekolah biasa.
2 kali ganda dari beg sekolah biasa. Tapi, disebabkan risau kesihatan tulang Ikhwan, beli jugak la.
Nak tahu harga? RM80.......
Lagipun, Ikhwan gi sekolah naik basikal..... Jadinya, beg sokongan begini mambantu ringankan beban buku sekolah.
Ok, sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain hari.....
mahal xper, jnji berkualiti
ReplyDeletehehehe.... harap2 dia dpt jaga selama mungkin.
Deletesian kan kalau budak2 bawak beg berat2..smp sakit2 belakang
ReplyDeletekak Fiza, beli kat mana beg nie?macam mana kita nak kenal itu beg sokongan belakang?plan nak beli utk anak sebab dia mengadu beg berat.Kesian pulak tengok dia galas beg berat naik tingkat3
ReplyDeletebeg tu ada jual kat kedai2 beg. cer tanya ngn tokey kedai.
Deletebeg sokongan belakang tu, dia ada ... apa ke namanya ye... ala yg utk ikat kat pinggang tu. Haaaa.... support utk perutnya lebar dari beg biasa.