Monday, October 07, 2013

Sofie, Sofie, Sofie Lagi!!!!!!

Assalamualaikum.... 

Mula2 saya berblog dulu ingin berkongsi kisah suka duka cerita Sofie. Tapi, blog saya ni dah mmg caca marba, cerita bercampur2. Macam2 cerita keluar. Sekarang dah kurang aktif dgn dunia blogging. Macam tiada pembaca nampaknya. Tak mengapalah..... Blog ini untuk saya. Kepada yang masih sudi membaca, Alhamdulillah. Terima kasih kerana masih sudi singgah dan jeling2 blog yang hidup segan mati tak mahu ini.:-)

Saya terima mesej, bertanya berkaitan hal Sofie. Mmmmmm, Sofie hidup seperti kanak2 lain. Alhamdulillah. Siapa sangka, Sofie yang dulu seorang bayi yang longlai, ke hulur kehilir kami mendapatkan rawatan untuknya, sekarang Alhamdulillah wa syukur lillah! Dia umpama kanak2 down syndrome yang normal. Hahahah...... Down syndrome? Normal? Mestilah..... Meskipun dia anak SD, saya layan dia umpama anak2 saya yang normal. Tak nak dia merasa kekurangan pada dirinya. Eh, Sofie tak kurang apapun. Malah Sofie punya kelebihan tersendiri. Paling ketara Sofie ada kelebihan 1 kromosom berbanding anak2 saya yang lain. Kan?

Nak baca tentang rawatan terapi Sofie dulu2? Mari baca DISINI.  Atau berminat mengetahui kisah Sofie ketika melakukan pembedahan jantung? Sila baca DISINI dan sedikit kenangan yang paling tak dapat dilupakan ketika Sofie berada 3 minggu di wad Melur IJN, boleh baca DISINI. Ini semua kenangan buat saya sekeluarga. Dugaan sangan berat, dan Alhamdulillah..... rezeki kami, semuanya dipermudahkan.


Sudah 2 tahun Sofie melangkah ke alam persekolahan. Saya hantar Sofie di PDK. Ye, hanya di PDK! Itu yang terdekat dengan tempat tinggal saya. Kalau jumpa orang, mesti orang tanya dan nak bagi pendapat. Kenapa tak hantar Kiwanis? PDK untuk semua OKU? Kalau Kiwanis, khas untuk anak2 SD. Senyum je la. Kalaulah saya daya menghantar Sofie ke Kiwanis, dah lama saya hantar. Teramat jauh Kiwanis dgn tempat tinggal saya. Biarlah Sofie di PDK sahaja. Bukan tiada anak2 SD di sana. Ramai! Usia sebaya Sofie pun ada. Jadi, tiada masalah apapun sebenarnya. Penyelia dan guru2 PDK tempat Sofie belajar pun suka dengan Sofie. Saya selalu tanya mereka, kot2 Sofie datangkan masalah pada mereka. Mereka kata, Sofie ok sangat. Mudah diurus, dengar kata dan mudah faham. Alhamdulillah! Lega saya! 



Apa yang penting Sofie sekarang tak macam Sofie yang dulu. Sofie sekarang sudah aktif, Alhamdulillah. Sudah mampu berkata2 walau ada kalanya kurang jelas. Sofie pandai menulis dan dia suka menulis, mewarna. Sofie dah pandai tolong umi kemas rumah. Umi ajak je Sofie, dia akan tolong. Dia cukup suka kalau saya libatkan dia dalam setiap aktiviti saya. Saya jemur kain, Sofie pun nak ikut jemur. Bagi je dia sehelai dua kain, minta dia sangkut pada hanger. Seronok dia buat. 

 
Bila saya melipat kain, dia pun nak ikut serta. Walaupun kadang2 saya marah dia punggahkan semula kain yang saya lipat, nanti dia marah saya balik sebab dia pun nak lipat. :) Sweet, kan? Time dia marah yang sweet tu. Rasa nak cubit2 je pipi dia yang tak berapa nak tembam :-)


Sofie juga sebenarnya ada ragam sendiri. Terutama ketika makan. Geram je rasanya. Sofie suka buat hal ketika makan. Nak suaplah, bila dah suap nak makan sendiri, dah tu, nak suap lagi. OK, umi suap. Tapi, bila nak ambil makanan dari pinggan tu, kalau tak kena tempat yang dia nak, mesti merengek. Adoi! Pening juga. Selalu saya  terpaksa tinggikan suara sikit, dengar saya macam nak marah baru nak makan dengan betul. Kadang2 terpaksa pura2 stopkan makan. "Dah la Fie, umi simpan je nasi ni. Sofie tak yah makan. " Baru dia tau, masa tu tau pulak nak makan elok2. Hehehe..... Semua tu cabaran buat saya. Allah nak uji saya ni sebenarnya sabar atau tidak. Setakat saya boleh sabar, go on. Tapi, kadang2 hilang juga sabarnya. Biasa la.... Ibu, kan? Huhuhuhu....... Selalu juga saya berdoa moga2 Allah beri tahap sabar yang tinggi melayan karenah anak2. 


Apapun, Sofie sangat menceriakan kami sekeluarga. Perginya Sofie ke sekolah, tak sabar menanti kepulangannya. Sofie tak boleh tinggal dengan orang lain. Saya takut orang lain tak memahami Sofie, dan mereka menganggap Sofie membebankan mereka. Sofie yang punya tabiat buat kerja diam2 boleh menyebabkan orang terperanjat dengan apa yang dia lakukan. Jadinya, selagi hayat dikandung badan, biar umi dan abi yang jaga Sofie. Semoga Allah berkan kesihatan yang baik pada saya dan suami untuk terus mendidik anak2 terutamanya Sofie!

Oh ye, sekarang saya sedang mengajar Sofie untuk biasakan dengan tudung. Ke sekolah pun saya sudah mula pakaikan dia tudung. Alhamdulillah..... Sofie serasi. Saya cuba2 bertanya dengan penyelia PDK tentang Sofie yang bertudung itu. Penyelia kata, Alhamdulillah, sejak hari pertama pakai tudung, Sofie tak pernah tanggalkan tudung dia. Pernah kawan lelaki tarik tudung Sofie, Sofie marah! Cepat2 dia rampas balik tudung dan pakai kembali. Lucu pulak, kan? Tak sangka, pejam celik, pejam celik, dah hampir setahun Sofie bertudung bila ke sekolah dan berjalan2. Memang dia sangat2 selesa. Pantang nak berjalan, lepas siap berbaju, pasti dia akan cari tudung. Dan umi abi pun kena belikan Sofie tudung lebih lagi dari yang sekarang. Ala, tudung Sofie bukan mahal pun. Setakat 5 ringgit, 10 ringgit. Boleh je nak belikan. :-)

ok, itu saja tentang Sofie untuk waktu ini. Kalau nak diceritakan semua perihal Sofie, mau muntah kunign orang membacanya. Tak larat! Huhuhuhu..... Lain kali kita cerita lagi.

Sekian....... Wassalam!

8 comments:

  1. sofie oh sofie...comel sofie pakai tudung

    ReplyDelete
    Replies
    1. hheheeh.... terima kasih amirah
      mmg comel pun kan....heheeh

      Delete
  2. lama tak baca cerita sofie..dah besar anak dara ni.sofie dah pandai menulis?baguslah sofie..nabila tak pandai tulis lagi...conteng2 ja.

    ReplyDelete
  3. dia anak istimewa anugerah Allah swt....
    blogwalking....feel free to visit blog saya pulak dan be my followers ya..http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. stp dugaan pasti ada hikmah kak.
    besarnya pahala dapat layan dan jaga anak syurga. :)

    http://suriscarfdheart.blogspot.com - i follow you. hee~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....