Salam 1 Ramadhan 1431H..... Sudah bermula Ramadhan hari ini. Sangat pantas masa berlalu. Ramadhan tahun lepas, saya sedang sarat mengandungkan Hijaz Muhammad, tup...tup..., Ramadhan tahun ini saya punyai 4 orang anak, Hijaz pun sudah 10 bulan. Alhamdulillah. Rezeki Allah masih ada buat keluarga kami.
Ramadhan kami sekeluarga tahun ini tanpa TV. Erk...TV? Penting sangat ke TV dalam kehidupan? Penting juga sebenanrnya. Banyak pengetahuan yang boleh kita perolehi dari TV. Sudah hampir 3 bulan rumah kami tanpa TV. Huhuhuuhuhu......amatlah bosan! Hidup dari kecik sampai la ke besar TV sentiasa ada. Tiba2 tahun ini kami tak berTV. Sebabnya, TV kami yang besar dabak berbentuk kotak tu dah rosak. Dah hantar 2 kedai, tapi mereka tak mampu nak betulkan TV kami. Alasan yang sama kedua-dua kedai, "spare part TV ni dah tak de sekarang". Akhirnya, kami terpaksa akur yang TV kami tu sudah ketinggalan zaman. Zaman sekarang orang pakai TV nipis2 tu la...mana ada lagi TV berbentuk kotak tu. Tengokla nanti, kiranya ada rezeki, akan kami sambar sebijik TV nipis..... :)
Bila dah tiba Ramadhan ni, hidup tanpa TV terpaksa kami teruskan.... Macamla bila tak ada TV Ramadhan tak boleh nak teruskan. Ikhwan dah bising... "umi, macam mana nak buka puasa. TV tak ada." Adeh anak aku itu....macam la kita ni nak berbuka dengan TV. Sebab dia cakap macam tu, petunjuk dia waktu berbuka hampir tiba ialah iklan2 berbuka kat TV. Kalau ada iklan Celcom ke, iklan air2 yang mengiurkan ke, atau ada pengumuman masuknya berbuka puasa, itulah saat yang dia tunggu2kan. Jadi, buat anak umi, Ikhwan....tahun ini, petunjuk berbuka puasa kita ialah azan di surau. Faham!
Untuk akhir kata hari ini, saja saya papar gambar2 Ikhwan ketikan bersahur pagi tadi. Gambar pertama tu, muncung je dia sebab kejut dia bangun tido. Biasa la moody bangun tido ni. Kita masa kecik2 dulu pun cam tu jugak, ye tak? Hehehe..... Hari ni Ikhwan bersahur makan roti sandwich telur je. Itu permintaan dia. Tak mahu makan nasi. Tengoklah, berselera sungguh dia makan roti tu,kan.... selamat berpuasa ye Ikhwan. Sebelum Ikhwan pergi sekolah tadi, macam2 pesanan umi untuk Ikhwan.....ntah Ikhwan ingat, ntah tidak.
Ok, that`s all 4 today. See u all in the next entry....... SALAM RAMADHAN PENUH BARAKAH. SEMOGA KITA BERJAYA MENGHARUNGI RAMADHAN HARI INI DENGAN PENUH RASA KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH. AMINNNNN!!!!!!!
SALAM FIZA JELITA,
ReplyDeleteselamat menyambut ramadan..alhamdulillah, berjaya juga kejutkan anak bangun sahur ya..TAHNIAH
terima kasih sbb bg idea nk sahur ape esok!hehehehee...:D
ReplyDeletehehe..tetiba rasa nk buat sandwich sahur nnti..ahaksss
ReplyDeleteselamat berpuasa ye kak fieza..
ReplyDeleterina pon kat rumah dah jarang on tv..sejak2 jarang on tv nilah bil turun rm7 bulan ni tau, jimatt..
selamat berpuasa ye kak fieza..
ReplyDeleterina pon kat rumah dah jarang on tv..sejak2 jarang on tv nilah bil turun rm7 bulan ni tau, jimatt..
selamat berpuasa! takde tv ? takpelah, nnti dpt duit raya, pakat anak beranak kumpul duit raya beli tv ye..hehe
ReplyDeletehehe.btul2.masa kita kecik2 dulu pun gtu..
ReplyDeletekejut sahur,muka ala malas nak makan je..
selamat berpuasa tuk k.fiza sekeluarga ye..
salam ramadhan untuk kak fiza sekeluarga
ReplyDeleteboleh pulak ikhwan puasa dgn sahur sandwich jer...jgn sakit perut dah ler yerr..
ReplyDeletekat rumah akak ni asal ada org dlm rumah tv mesti on..kdg2 rimas jg.
teringat zaman kecik2 dulu bila tgk ikhwan dok letak kepala atas meja..huhuh..fiza bru fara sedar yg fiza muda dari fara bila tgk batch FB tu..kuikui..sewenag2 je mgelarkan fiza sblum nie kak fiza..
ReplyDeletep/s:perasan muda sungguh aku nih..
salam ramadhan...bagusnya ikhwan bangun sahur. Kalau anak buah saya, mkn bersuaplah jawabnya!!! huhuhu..
ReplyDeletepsl Tv tu, ada beberapa kedai yang mmg xnk baiki TV jenis kotak tu, alsan dia, bila orang anta baiki, lps tu x dtg amik sebab dah beli Tv baru (flat skrin), tu yg derang rugi.
salam ramadhan...bagusnya ikhwan bangun sahur. Kalau anak buah saya, mkn bersuaplah jawabnya!!! huhuhu..
ReplyDeletepsl Tv tu, ada beberapa kedai yang mmg xnk baiki TV jenis kotak tu, alsan dia, bila orang anta baiki, lps tu x dtg amik sebab dah beli Tv baru (flat skrin), tu yg derang rugi.