Salam Ramadhan,
Tak sangka ye, dah 11 hari kita berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu. Hari-hari kita berpuasa, mencari sebanyak mungkin pahala di bulan penuh mulia ini. Sesungguhnya, semakin hari semakin merasa seronok untuk melakukan ibadah. Semoga Allah terima ibadah kita semua.
Sabtu saya sekadar di rumah, bersama keluarga. Bermesra dengan suami dan anak-anak. Suami pula kebetulan memang free, jadi, menghabiskan masa bersama keluarga memberi makna yang lebih dalam kehidupan. Susah sebenarnya mencari masa yang betul2 berkualiti bersama keluarga. Jadi, masa yang ada telah digunakan sebaik mungkin.
Saya pun sebenarnya tak tahu nak update apa dalam entry kali ni. Nak cerita tentang apa lagi yer....Oh ye, nak cerita pasal Amniy. Hari ni, sungguh-sungguh tak sangka, Amniy berpuasa sampai pukul 6 petang. Syabasssss!!!!! Lagi pun dia puasa secara tak sengaja. Bila dah jam 6 petang, dia betul2 tak boleh tahan diri dah. Lagipun Amniy memang tak sahur. Saya sebenarnya dah larang dia dari berpuasa. Tapi, sebab tengok kawan sebelah rumah pun puasa, dan bermain bersama dari pagi sampai petang, dia jadi lupa pada susu, makanan dan minuman.
Tertungguh-tunggu juga saya, bilalah budak ni minta susu? Dari pagi, sejak bangun tidur langsung tak menyusu. Asyik bermain...maklumlah, abangnya pun bercuti. Apapun, saya sangat bangga dia dapat berpuasa sampai jam 6 petang hari ini. Tak tahulah esok bagaimana.... sama ada dia mahu berpuasa atau tidak. Tengok je la...
Meh tatap gambo budak yang berpuasa sampai jam 6 petang pada Ramadhan ke-11
Ok, itu je update malam ni. Sorry semua, hari ni saya tak sempat nak ziarah blog semua kawan2. Nanti saya cari waktu. Jangan risau,ok!
bila dok main2 tu agaknya leka kan kak fiza tu yang tak terasa sangat lapar.. :)
ReplyDeleteamboi.. bagus betul amniy boleh tahan sampai pukul 6... tak pe, slow, slow ye amniy.... :)
ReplyDeletewah! syabas. esok sampai 6.30 ye amniy!
ReplyDelete