Wednesday, February 10, 2010

Bubur Tepung Caca Marba!

petang tadi teringin sangat nak makan bubur. ku luahkan rasa teringin tu pada my lovely hubby. hubby kata, " nanti abang buatkan ye" wah seronoknya. then, lepas hubby balik dari surau solat asar, hubby pun terus masuk dapar bancuh tepung. dan inilah hasil air tangan my lovely hubby.



p/s: maaf, gambar kurang memuaskan...

yang bestnya, caca tu bukan beli kat kedai tau. hubby yang bancuh sendiri. nak tahu mcm mana nak buat bubur ni. ala...macam biasa gak. tapi, boleh la nak share resepi my lovely hubby ni....

bahan2nya:
untuk tepung caca
- tepung gandum
- pewarna merah dan hijau
- sedikit air
  • bancuh tepung dengan pewarna. buat 3 bancuhan tepung, tepung warna merah, hijau dan warna asal.
  • bila dah dapat doh yang korang rasa sesuai kelembutannya, gelekkan macam kita nak buat lempeng tu....pastu, bakar kejap atas kuali leper. jgn lama2 tau! nanti hangit pulak.
  • bila dah angkat, gunting2kan adunan tu macam nak buat kuih gunting. biarkan.
untuk bubur
- santan
- sedikit air
- daun pandan
- gula, ikut korang suka manis macam mana.
- secubit garam

  • panaskan sedikit air dalam periuk. jangan banyak sangat sebab nanti kita nak masuk santan. bila air dah mendidih, masukkan guntingan tepung tadi.
  • masukkan daun pandan sekali, gula dan secubit garam pun boleh masukan.
  • bila dah mendidih, baru masukan santan, kacau2 jgn sampai pecah minyak.
  • bila korang rasa dah masak, tutup api.
  • siap utk dihidang....
senang je,kan?

9 comments:

  1. ehe comelnya bubur ni kak fiza.. mesti sedap kalau makan sejuk2 kan..

    ReplyDelete
  2. rajin nyer hubby akak...
    nampak cam sdp jer kak fiza..
    xpernah ku mkan bubur ni..
    ada masa nk try buat laa

    ReplyDelete
  3. lady,
    sofie pun suka makan bubur yang abi dia buat ni...hehe

    ReplyDelete
  4. nuyue,
    hubby kak fiza tu mmg gemar memasak. sekali dia masak.....akak la yg tukang menghabiskannya. tapi, siap la...dapur, jgn kata. hehe....teruk ku kerjakan.

    ReplyDelete
  5. beruntung betul kak fiza...
    dapat husband suka memasak....
    ;) mesti seronok kan..hehe..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah,ann.
    mmg husband kak fiza tu suka beno memasak. kak fiza tak risau kalau kak fiza tak de kat rumah ke, atau kak fiza tak sihat ke....dia ada utk uruskan makan minum keluarga. hehehe

    ReplyDelete
  7. waaduh..kalo le hubby ku serajin mu..hubby ku cuma tau masak air..meggi ngan buat susu ank ;p

    ReplyDelete
  8. ok la tu, sha...
    daripada tahu langsung.
    hunny akak ni, mmg kegemaran dia masak. tapi, kalau datang malas dia tu, jgn cakap la...hehehe....

    ReplyDelete
  9. sedap nasi ayam tu...pandai buat..saya xpenah jadi buat heehe. bekenan plk dgn pembakar ayam tu, name aper, beli di mane yer....mahal tak...hehhe 6 taun kawin, xjadi2 lagi nak beli pembaakar,, oven, microve dan seahli dengannya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....