Tuesday, February 16, 2010

Nasi Ayam Umisofie

Assalamualaikum semua....
wah! hari ni masih dalam mood cuti Tahun Baharu Cina. my lovely hubby pun masih bercuti. so, hari ni niatnya nak buat nasi ayam la. lama dah tak buat. kalau beli, rasa macam tak puas pulak. setelah pakat-pakat dengan my lovely hubby, saya pun terus jalankan tugas bersama hubby. ok apa nama menu? NASI AYAM UMISOFIE.....hehehe!



jom kita tengok bahan-bahan untuk membuat nasi ayam umisofie ni...

bahan untuk nasi:
  • 4 pot beras (basuh beras hingga bersih)
  • air rebusan ayam
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan
  • sesudu butter (untuk menumis) nak gunakan margerin pun boleh. minyak pun boleh.
caranya:
  • tumis bawang merah, bawang putih, halia dan kulit kayu manis bersama butter hingga naik bau.
  • masukkan air rebusan ayam sebanyak mana yang diperlukan (mengikut kuantiti pot beras anda).
  • masukkan beras. kacau....
  • kemudian, masukkan susu pekat, garam dan daun pandan. kacau seketika, dan tutup periuk nasi. biarkan sehingga nasi masak dengan sendirinya. yang gunakan periuk nasi biasa, kena jaga2, takut nasi hangit pula!

ini ialah nasi yang baru dimasak. maaf, kamera berasap sikit...panas lagi. bau dia.....perggghhh! tok sah kata la.....hehe

bahan untuk ayam :
  • seekor ayam (sederhana kecil-tak besar sangat, tak kecil sangat) - ayam direbus dulu. kemudian toskan airnya. air rebusan ayam ni digunakan untuk masak nasi tadi.
  • sos tiram
  • kicap pekat
  • madu
caranya:
  • selepas ayam ditoskan airnya, lumurkan ayam tadi dengan sos tiram, sedikit kicap pekat dan sedikit madu. kemudian, ayam tadi dibakar dalam oven.


ini proses pembakaran ayam di oven


dan ini ialah ayam yang telah siap dibakar.... nampak sedap,kan? hehe.... memang sedap pun!


sup ayam sediakan seperti mana yang anda biasa sediakan.

ok, sekarang mari kita lihat bahan-bahan untuk membuat cili dan kicap.

bahan untuk membuat cili:
  • 5-6 tangkai cili merah - dibuang biji tau!
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar sos ikan
caranya:
  • cili merah, bawang putih, gula dan halia dikisar halus bersama sedikit air. kemudian, tuangkan hasil kisaran dalam sebuah mangkuk, dan campurkan cuka dan sos ikan. kacau rata.
bahan untuk membuat kicap:
  • seulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • kicap pekat
  • sos tiram
  • sedikit sup
  • tepung jagung-untuk pekatkan kicap
caranya:
  • masukkan sesenduk air sup ayam ke dalam periuk kecil. bila dah mendidih, masukkan bawang putih yang telah diketuk. masukkan halia sekali. biarkan ia mendidih. kemudian, masukkan sos tiram anggaran dalam 5-6 sudu besar, dan kicap pekat juga dalam 5-6 sudu besar. kacau rata. pekatkan dengan sedikit bancuhan tepung jagung. siap....
ok, setelah semuanya selesai, bolehlah dihidangkan sepertimana gambar pertama di atas tadi. hiaskan denga salad, timun dan tomato.

sesiapa yang rajin ingin mencuba resepi ini, silakan....... nampak agak rumit sebab banyak sangat benda nak disediakan. tapi, kepuasan menyediakan makanan untuk keluarga itulah kunci kebahagiaan sebenar. cewah...!

5 comments:

  1. wahhh rajin betul kak fiza ni memasak.. lady tak rajin sangat buat nasi ayam sebab banyak step kan.. lepas ni boleh la lady try resepi akak.. nampak menyelerakan..
    :)

    ReplyDelete
  2. memang leceh sikit nak buat nasi ayam ni, lady...
    tapi, puas bila buat sendiri.

    ReplyDelete
  3. rajinnya akak..waduh..banyak nye step..ermm..ni kalau rajin yg amat baru bleh buat..tapi nampak sodap la :)

    ReplyDelete
  4. sha,
    mmg kena rajin, sebab banyak stepnya. kalau susah sangat beli je la sebungkus sorg...hehe.
    ni sebab akak terlebih rajin la ni....huhuhu!

    ReplyDelete
  5. waahh sedap nya..lama x buat nsi ayam ni..yum yum

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....