Tuesday, March 30, 2010

Degilkah Saya?

Saya tak boleh nak lelapkan mata malam ni. Saya ambil kesempatan ini untuk mengemaskini blog ini. Pagi semalam, kala saya menaip entri untuk dikemaskinikan dalam blog ini, telefon saya berbunyi... (bunyi ring tone yang tak reti saya nak ungkapkan disini...hehe). Dari pakcik saya yang menetap di Rawang. Lebih kurang begini...."Fiza nak pegi IJN tak? Boleh tumpang cik sekali", bagai orang mengantuk di sorong bantal. Saya terus setuju. Secepat mungkin saya bersiap. Bawa apa yang patut, niat dihati ingin menetap di IJN. Sebab saya fikir, susahnya saya nak dapat peluang ini. Dalam perjalanan ke IJN, saya sms suami yang saya dalam perjalanan ke sana. Suami kata, dia kena fikirkan tentang saya dan Hijaz lepas saya sampai sana....

Saya sampai IJN jam 11.30 pagi. Suami saya bawa Sofie turun bawah, sebab saya bawa Hijaz. Hijaz tak boleh naik wad. Nasib baik Sofie boleh turun bawah. Perasaan saya? Jangan katalah.....saya gembira, rindu dendam saya pada Sofie terubat. Saya peluk Sofie. Saya cium pipi Sofie. Sofie pun agaknya terkejut tengok umi ada kat situ. Sofie nampak sangat gembira, dan sememangnya Sofie seorang yang gembira.... Sebenarnya, Sofie duduk di wad tu, dia ok je. Sebab dia pun tak tahu kenapa dia berada di situ. Sian Sofie....

Kesimpulannya, sepanjang saya berada di IJN semalam, waktu melawat, saya banyak habiskan bersama Sofie....

Niat dihati ingin bermalam di IJN. Saya dah bawa siap keperluan supaya saya dapat bermalam di sana. Ada insiden berlaku.... Hijaz langsung tak boleh tidur sepanjang di IJN. Agak meragam sedikit. Mungkin tempat baru bagi dia. Cuba bayangkan, sepanjang masa saya terpaksa mendukung Hijaz yang debab tu. Masukkan dalam "stroller" langsung tak mahu. Menjerit.... akhirnya, saya terpaksa dukung Hijaz.

Hijaz menangis..... saya masih lagi bertahan. Saya cuba mencari tempat-tempat yang sesuai. Dah banyak kali beralih tempat. Tetap tidak serasi dengan Hijaz. Sebenarnya, salah satu sebab suami melarang saya menetap di IJN ialah Hijaz. Tapi, saya berdegil. Tetap nak bermalam di situ, nak dekat dengan Sofie. Suami saya tahu Hijaz bagaimana..... Saya masih bertahan. Tapi, jam 11 malam, saya cuba hubungi adik saya supaya dia mengambil saya di IJN untuk dibawa pulang ke Rawang. Tapi, suami saya melarang saya. Menyusahkan katanya...yer...memang saya menyusahkan orang. Masa tu saya tak fikir apa dah. Yang saya fikir dapat tenteramkan Hijaz.

Akhirnya, jam 11.20 malam, suami turun ke bawah. Sofie pula dah tidur. Suami saya terpaksa bergegas menghantar saya pulang ke Rawang. Saya tahu suami agak tidak senang hati waktu itu. Mana taknya, memikirkan Sofie yang ditinggalkan sedang tidur, memikirkan Hijaz yang tak selesa, huh! Fiza memang menyusahkan! Dalam perjalanan malam tadi, suami membisu seribu bahasa. Saya cuma dengar dia berzikir. Mungkin untuk tenteramkan hatinya yang sedikit kecewa dengan sikap saya. Kesian dia.... Saya yang salah. Semuanya memang salah saya. Saya hanya fikirkan rindu saya pada Sofie. Tapi, saya tak fikirkan pun bagaimana risaunya suami saya bila saya menetap dan bermalam di IJN. Saya juga tak fikirkan akan ketidakselesaan Hijaz bermalam di IJN. Bodohnya saya..... (rasa nak ketuk kepala sendiri)

Sampai di rumah, Hijaz dapat tidur dengan lena sekali. Kesian Hijaz. Umi Hijaz ni pentingkan diri sendiri. Maafkan umi yer. Suami saya pula, terus meluru balik ke IJN, kerana Sofie tidur di wad. Mujurlah masa suami sampai wad, Sofie masih tidur.....

Saya menjadi seorang yang degil kerana rindu saya pada Sofie.
Saya menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri kerana rindu saya pada Sofie.
Saya melanggar perintah suami kerana rindu saya pada Sofie.
Siapa yang mengerti betapa saya rindukan Sofie?
Setiap hari, setiap malam, hati saya menangis, air mata saya jatuh kerana rindu saya pada Sofie.
Saya seolah-olah hilang kawalan kerana rindu saya yang teramat dengan Sofie.

Selepas ini, saya berjanji...saya akan hapuskan kerinduan saya pada Sofie. Biar hati saya saja yang tahu. Saya tak nak menyusahkan suami saya lagi. Kesian dia, terpaksa memikirkan tentang saya.... maafkan Fiza. Fiza bersalah.

Saya harap suami saya tak baca coretan ini. Andai dia terbaca....saya pasrah!

Monday, March 29, 2010

Saya Masih Berharap....

Harapan saya setinggi gunung ini untuk berjumpa dengan Sofie
image dari sini. gambar cuma hiasan yer.....

Pagi ini, dengan harapan yang menggunung tinggi, saya masih berharap dapat bertemu dengan Sofie dan abi Sofie di IJN. Ya Allah...semoga ada jalannya. Petang semalam, MIL saya telefon memberitahu satu rancangan, saya perlu ke Bangi, rumah BIL. Menetap di sana untuk beberapa hari. Jadi, kalau saya berhasrat ingin melawat Sofie, BIL saya akan hantarkan. Jarak dari Bangi ke IJN tidaklah lama sangat. Katanya, 1/2 jam dah sampai. Bincang-bincang dengan suami, suami tak setuju. Suami kata, nanti kita menyusahkan dia. Lagipun BIL saya tu bertugas sebagai guru sessi petang. Saya ikut je....kalau suami tak bagi, apa lagi yang boleh saya katakan.

Malam tadi suami merangka, saya akan ke IJN pada hari pembedahan Sofie. Suami saya baru teringat yang dia mempunyai seorang kawan (geng tonton bola) yang bertugas sebagai pemandu teksi. Merangka-rangka supaya saya menaiki teksinya pagi-pagi buta kerana kawan tersebut bertugas di KL. Ntah rancangan ini jadi atau tidak...saya harap ianya menjadi. Tapi, pagi ini saya terasa begitu lambat sekali untuk menunggu hari pembedahan Sofie. Hati saya bagai dihiris sembilu rindukan Sofie. Rasanya, hari ini juga saya ingin bertemu puteri hati saya itu.

Malam tadi, saya dengar suara Sofie ketawa gembira. Riang sekali. Suami saya kata, nak tido je, mulalah Sofie buat hal. Gelaklah....menjeritlah....masa tu la dia nak main. Nak dibacakan buku. Saya ada bekalkan Sofie dengan 2 buah buku kegemaran Sofie. Suami saya kata, asyik nak baca buku. Siap tarik-tarik jari si abi supaya abi bacakan untuknya. Suami saya kata lagi, kalau nampak gambar buah-buahan siap buat aksi konon-kononnya tengah makan buah. Ya Allah, rindunya saya dengan gelagat Sofie itu. Memang itulah gelagat Sofie sewaktu di rumah.

Mulalah saya terbayangkan aksi Sofie memanjat sofa, memanjat kabinet TV, duduk ditepi sofa seolah-olah sedang memandu kereta.... aduhai. Aksi-aksi ini meruntun jiwa saya. Saya membaca dan melihat foto dalam entri saya yang lepas. Air mata berguguran lagi. Saya masih lagi mencari peluang untuk menjadi seorang cengeng....cewek! Hentikanlah Fiza!!!!

Sebenarnya, sikap saya ini telah memberi kesan pada Hijaz. Kesian Hijaz. Semalam Hijaz meragam. Nak menyusu, tapi, menolak pulak. Saya juga akui, susu saya agak merudum. Mungkin akibat daripada tekanan yang saya hadapi. Saya bertekad, malam tadi tak semena-mena saya makan nasi waktu malam. Aktiviti yang telah lama saya tinggalkan demi menurunkan berat badan. Saya minum horlick....2 mug sekali. Alhamdulillah, 1 jam lepas tu, baru terasa susu saya makin banyak. Saya kejutkan Hijaz dari tidurnya, lahap sekali Hijaz minum susu. Kesiannya, anak umi. Maafkan umi ye, sayang. Umi terabaikan Hijaz seketika. Betul kata ibufarish aka Hana Seman dalam forum di RH. Susu saya akan merudum kalau saya terus bersedih. Terima kasih, Hana......

Lepas ni, saya cuba ingin menjadi ibu yang lebih kuat. Suami kata, saya "supermom"....super sangat la tu....ok, jumpa lagi nanti....

Sunday, March 28, 2010

Mudahnya Air Mata Gugur

image from here

Susahnya nak bicara tentang hati dan perasaan. Semuanya sebab terlalu memikirkan hal Sofie. Macam-macam bermain difikiran. Pagi ni, bangun tidur, rasa rindu yang teramat dengan Sofie. Mula merancang ingin melawat Sofie di IJN. Tapi, siapakah yang sudi membantu, terasa betapa diri ini kekurangan dan ada kelemahan. Nama pun manusia,kan? Sehebat mana pun kita, pasti ada kelemahan tersendiri.

Semalam, saat Sofie telah berjauhan dengan saya, terasa hati dan jiwa saya amat lemah. Sensitif betul.... Berfikir tentang Sofie membuatkan hati saya rapuh. Air mata amat mudah jatuh. Melihat gambar-gambar Sofie, hati dan perasaan saya bagai ditusuk sembilu. Sakit dan pedih... sakit dan pedih kerana rindukan Sofie. Ya Allah! Kuatkan hati dan berikan aku kesabaran yang kuat. Doa saya untuk keselamatan dan kesihatan Sofie tak pernah putus. Seusai solat saya panjangkan doa supaya Sofie diberi keselamatan dan kesihatan yang baik, air mata saya jatuh di pipi. Saya biarkan ia terus jatuh....terasa tenangnya diri bila memohon dari Yang Maha Mendengar.

Petang semalam, saya bersembang dengan seorang jiran sebelah rumah. Bercerita tentang Sofie lagi. Hati saya sedih bila nama Sofie disebut-sebut. Air mata bergenang di kelopak mata, saya tahan jangan benarkan ia jatuh. Ber'sms' dengan sahabat tentang Sofie juga, membuatkan air mata saya jatuh. Membaca semula tulisan saya diblog tentang Sofie juga membuatkan hati saya sangat lemah. Meluahkan rasa hati pada teman-teman facebook, hati saya semakin parah. Mengapa ni? Saya seolah-olah mencari peluang untuk menjadi seorang yang cengeng. Saya sememangnya cengeng, cewek, mudah menangis, mudah terasa hati..... Mengapa ni Fiza? Bagaimana Sofie akan mendapatkan kekuatannya kalau umisofie terus begini? Tolong la.....demi Sofie.

Tadi, ber'sms' bersama suami bertanyakan hal Sofie dan merangka-rangka untuk melawat Sofie, sekali lagi hati saya digugat dengan kata-kata suami. Suami saya kata "sabarlah...banyak ingat pada Allah, banyakkan baca Quran. Sofiekan Allah punya. Kita tolong jaga..." Lepas dari itu, air mata saya tak henti-henti jatuh. Sayu sangat rasa hati ini. Ya, betul abang kata, Sofie Allah punya!

Malam tadi saya buka profil facebook suami saya, saya terbaca status yang suami saya kemaskinikan sebelum berangkat ke IJN. Tulisannya berbunyi begini.....

"Today......admitting IJN..... Urusan manusia meneruskan ikhtiar menjejaki Sunnatullah. Terserah pada Pemilik roh dan jasad..kuasaNya menentukan sakit dan sihat.. kita hanya pemilih cara......Dia pemutus kata.. Doakan agar berita gembira ....... teman dan saudara.. Hati sudah bersedia....menerima jawapan Yang Maha Kuasa... Allahu Akbar..!!!!!!!!!!!!!!!"


Dan saya membaca ramai juga kawan-kawan suami yang mendoakan keselamatan buat Sofie. Sekali lagi air mata ini gugur bersebab. Saya tahu, kekuatan ibubapa merupakan semangat untuk anak pulih. Namun, saya belum bersedia menerima sebarang kemungkinan yang negatif. Walau mulut saya sering berkata, "aku redha", berat sangat rasa di hati. Terasa dada ini sesak yang amat. Saya belum bersedia. Orang sekeliling melihat kekuatan dan ketabahan diri saya, adakah saya benar-banar insan tabah dan kuat? Saya sendiri keliru..... Saya mohon, semoga Allah kuatkan hati dan jiwa saya menempuh sebarang kemungkinan kesudahannya.

Namun, saya masih terus berharap, semoga ada sinar kehidupan yang lebih baik buat si comel saya, Sofie. Abang-abang Sofie juga berharap Sofie akan terus bersama kami sehingga akhir hayat kami. Begitu juga dengan adik Sofie,Hijaz. Saya tahu itu... kerana saya ibu mereka. Saya sering berdoa, "Ya Allah, Kau panjangkan umur Sofie, Kau panjangkan umur kami supaya kami dapat memelihara Sofie dan kesemua anak-anak kami berlandaskan kalimah syahadahMu." Saya masih berharap.....

Dan sebenarnya, saya juga berdoa semoga suami saya sihat, supaya suami saya boleh menjaga Sofie dengan baik tanpa umisofie disisi......

Sofie, umi rindu...... abang, Fiza lemah sangat.....!!!!!!

Saturday, March 27, 2010

Sofie dah pergi IJN!

Assalamualaikum....
Masih ada yang ingin mengetahui tentang Sofie? Tentu ada, bukan? Malam tadi, sewaktu membuka FB, saya sangat terkejut dengan kehadiran post berkaitan Sofie, anak saya. Post tersebut daripada facebook Ratuhati. Ya Allah! Sungguh ramai yang mengambil berat tentang Sofie. Terima kasih semua sahabat RH. Saya sangat-sangat menghargainya. Tiada apa yang saya harapkan selain doa dari kalian buat Sofie.

Saat ini Sofie telah pun selamat sampai ke IJN bersama abi Sofie. Sebelum Sofie pergi, sungguh, hati saya sangat2 pilu... Sewaktu memandikan Sofie, Sofie gembira je. Saya yang sedih. Saya sebenarnya, cuba mengawal perasaan, buat2 gembira depan Sofie. Tiba-tiba, masa saya sabunkan badan Sofie, Sofie menyentuh pipi saya. Hati saya bertambah sayu dan sedih. Langsung airmata saya gugur....saya tak dapat mengawal perasaan bila Sofie menyentuh pipi saya. Selesai mandi, saya memeluk erat Sofie, dan berkata "umi sayang Sofie. Umi harap Sofie balik rumah lagi". tapi, Sofie tetap gembira, gelak je dia. Sofie anak yang kuat.

Bila Sofie nak pergi pagi tadi, Sofie cepat je meluru pada abi sofie. Sofie menganggap dirinya akan pergi berjalan-jalan. Saya dah pakaikan Sofie baju cantik. Seluar jeans dan blouse warna pink. Comel sangat Sofie. Saya tak dapat kawal air mata saya. Abi sofie kata, "dah la...jgn nangis depan Sofie". Saya tahu, abi Sofie pun sebenarnya sedih. Orang lelaki,kan. Boleh je kawal perasaan. Kita ni ibu, pasti kalah dengan perasaan sendiri. Saya menangis akhirnya. Sofie salam dan mencium tangan saya. Saya cium pipi Sofie. Saya cium tangan suami. Dan kereta suami saya terus meluncur laju, meninggalkan saya dalam esakan. Sungguh! Saya tak boleh tahan perasaan.

Sofie, Sofie tunggu umi datang yer. Umi pasti datang melawat Sofie. Walaupun Sofie jauh dengan umi, Sofie tetap dalam hati umi. Umi tahu, Sofie anak yang kuat dan tabah.

Tak tahu nak taip apa lagi dalam entry kali ini. Sofie dah di IJN bersama abi Sofie. Tiap kali teringatkan Sofie, saya pasti menangis. Entahlah.... susah nak kata. Doakan Sofie ye...doakan saya juga. Nantilah...tunggu saya kuat hati sikit, baru saya boleh terus berbicara di sini. Sekarang, jiwa saya amat lemah.......

2 Award Sekali????

Sebelum bercerita kisah Sofie, saya nak buat entry berkaitan award dulu. Saya baru saja terlibat dalam dunia blog. Banyak lagi yang perlu saya pelajari. Tapi, sungguh saya tak sangka, saya telah terima 2 award hari ini.

Award Pertama.....


1) Thank and link the person that give you the award:
Seronok betul dapat award dari Kak Fisa dan Fatihah. Terima kasih ye kalian.

2) Pass this award on to 20 Bloggers you've recently discovered and think are fantastic:
Saya berbesar hati ingin menyerahkan award ini kepada:

18.Hanz

Terima yer sahabat semua....


Award Kedua.....

1) Bagi ucapan terima kasih pada siapa yang bagi award ni dan postkan dalam blog:
Terima kasih diucapkan pada Lady dan Eyta...kerana memberi saya award yang cute dan cantik ini

2) Listkan tarikh lahir anak yang first dan seterusnya letakkan sekali nama anak yang ke 2, 3, 4 dan seterusnya:
Tarikh Lahir anak pertama: 5 Ogos 2004 (Ikhwan Hubby)
Nama anak kedua: Amniy Mahfuz
Nama anak ketiga: Sofie Mariah
Nama anak keempat: Hijaz Muhammad

3) Sesiapa yang pregnant boleh letak gambar pregnant:
Tak pregnant sekarang....masa pregnant lepas, tak suka bergambar. Sekarang pun tak suka bergambar.

4) Serahkan award ni pada sesiapa yang anda rasa hot mama:
Sesapa yang terbaca tentang entry ini, bolehlah terima award ini. Semua followers saya HOT MAMA.....

Waktu Bergembira!

Sudah berapa hari ye saya tak update blog? Mmmmm....tak de mood betul nak update, rentetan terlalu memikirkan hal Sofie. Petang tadi saya balik Sabak Bernam, menghantar anak-anak lelaki saya ke rumah MIL. Demi menggembirakan hati anak-anak dan isteri nan seorang ni, suami saya yang budiman dan dermawan itu telah belanja kami sekeluarga makan. Di mana yer?
Di sini
:
:
:
:

Sebenarnya dah agak lama saya dan keluarga tidak kesini. Ni semua gara-gara memboikot la... Tapi memandangkan si isteri ni sangat teringin makan di sini, maka, si suami yang tercinta pun bawalah juga. Akhirnya, petang tadi kami sekeluarga dapat juga menjejakkan kaki di tempat yang kami boikot selama 4 tahun ini. Maknanya, 4 tahun yang lepaslah kami makan di sini. Boikot 4 tahun je....ahaks!

Lokasi yang kami pilih ialah di Kuala Selangor, memandangkan ia jalan sehala menuju ke Sabak Bernam.

So, layan je la gambar-gambar keluarga saya di restoran ini. Heran betul anak-anak saya. Maklum saja, mereka belum pernah ke sini...hehehe. Sian,kan anak-anak saya. Tapi, sebelum turun dari kereta tadi, saya dah pesan pada anak-anak saya. Arahan saya begini, "umi nak semua anak-anak umi jaga akhlak, jaga tingkah laku." Alhamdulillah, walaupun belum pernah ke restoran itu, anak-anak tak menunjukkan reaksi seperti orang jakun. Hehehehe..... jom, layan gambar.....

Hai....saya Ikhwan. Umur saya dah 6 tahun, baru ni umi dan abi bawa saya makan kat sini. Tak sabar rasanya....ni sedang menanti pesanan.

Saya Amniy....saya pun macam abang Iwan jugak. Manala kakak bawa pizza ni. Abi ni sibuk dengan buku menu.....

Lambatnya pizza ni.... Sofie dah lapar la...

Disebabkan pizza lambat datang, Sofie nak makan meja dulu. Nyum...nyum...nyum....

Ijaz pun dah meleleh air liur ni, nak makan pizza. Eh, Ijaz belom cukup umo nak makan. Ijaz minum susu umi je yer....

Dan pesanan yang telah dipesan pun datang..... paling teruja melihat gelagat anak-anak. Seronok betul mereka. Selama ni dok melihat iklan kat TV jer. Sekarang dah ada depan mata..... Jom layan gambar lagi.

Kami order set ini. Chunky Loaded....ok la jugak. Tapi, nampak kat iklan, bukan main lagi tebalnya. Bila dapat depan mata, alahai....nipis yang amat. Tapi, rasa...not bad.

Dan yang ini.... apa ye nama dia? Golden pizza tak silap.

Menu yang sama...Golden pizza. Yang ni memang menarik. Best sesangat. Saya suka yang ni. Udang goreng kat atas tu, dibaham dek Ikhwan seorang. Tapi, memang sedap la.....

So, tak teruja ke melihat pizza tu? Ok la juga dapat makan kat pizza hut tu. Cuma yang tak bestnya, tax yang terlalu tinggi. Bayangkanlah, goverment tax RM3, service tax RM7....bayaran untuk tax saje dah RM10. Berbaloi tak? Ish....komplain pulak. Kalau nak komplain je, lain kali janganlah makan kat Pizza Hut. Faham, Fiza????? Hehehehe....

Badan pun dah penat. Baru je balik, terus on pc nak update blog. Malam ni dah rasa rindu pada Ikhwan dan Amniy. Malam ni juga saya tidur dalam kerinduan pada anak-anak saya. Ok, jumpa lagi dilain entry. Entry akan datang, saya akan ceritakan kisah Sofie pulak.

Wednesday, March 24, 2010

ALHAMDULILLAH......

Assalamualaikum semua....

Rasa teruja sangat nak update blog hari ni. Sebabnya, anak kecil saya yang seumpama kembar tu sudah pulih sepenuhnya dari virus demam. ALHAMDULILLAH, syukur, Allah sangat sayangkan kita, memberi peluang untuk kita dan anak2 kita bernafas. Suami saya selalu berpesan, bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah beri pada kita. Tak semestinya kita perlu bersyukur atas kebaikan dan kesihatan sahaja, malah kita juga perlu bersyukur atas setiap dugaan yang menimpa kita. Itu tanda Allah sayangkan kita. Kita insan terpilih yang dipilih untuk sentiasa dekat dengan-Nya..... Oh! Merepekkah saya? Tidak.... sekadar berkongsi kegembiraan dengan kesihatan anak-anak yang semakin baik. Alhamdulillah.......

Setelah Sofie pulih dari demam, saya berasa sangat lega. Saya menghitung hari menanti pemergian Sofie meninggalkan saya untuk sementara waktu...demi kesihatan Sofie. Tinggal 3 hari..... hati saya sedih sebenarnya. Saya habiskan masa saya bersama Sofie. Sofie gembira hari ni. Saya pun teruja dengan kegembiraan Sofie. Sofie nampak sihat hari ini. Sofie bermain bersama Amniy dengan lasak sekali. Bila Sofie penat bermain, Sofie merengek minta susu, dan akhirnya, Sofie tidur sendiri tanpa saya. Nampak sungguh penat sekali anak saya tu.....

Tadi, semasa Sofie kegembiraan bermain, saya teruja, sebab Sofie pandai telangkupkan bakul kain yang telah kosong dan masukkan dirinya dalam bakul itu.
p/s: bakul kain tu dah kosong sebab kerajinan umisofie yang tahap maksima, melipat kain basuhan semalam dan kelmarin. hehehehe....

Lihat saja aksi-aksi Sofie yang sempat umisofie rakamkan untuk tontonan semua. Saya tahu pasti ada yang bertanyakan tentang Sofie,kan? (eh, tak habis perasan la umisofie ni)...so, apa lagi....layan jer......


Yea..yea.. Sofie dah berjaya...

Best juga rupanya dapat main dalam bakul ni.

Amniy kata, "umi, dalam ni ada anak ayam". Ada ke dia kata adik dia anak ayam.....
p/s: sila abaikan kain yang berlipat atas sofa tu....

Eh! Sofie buat apa tu? Umi, tolong Sofie. Macam mana nak keluar ni....
Bagus! Bertuah anak umi ni. Dah pandai main bakul umi yer....

Hai umi, Sofie nak masuk dalam bakul lagi yer.....

Aduhai....itulah kisah Sofie hari ni. Lepas je nampak bakul kain tu kosong, terus je Sofie meluru ke arah bakul..... nak masuk dalam bakul la tu. Seronok,kan, bila kita tengok aksi anak-anak kita macam tu. Hati ibu mana tak girang....

Kat bawah ni, aksi Sofie pagi semalam. Nampak sangat Sofie dah baik demamnya....

Kegembiraan bila Sofie berjaya memanjat sofa dan duduk di kabinet TV. Ya Allah!, masa ni saya sangat terkejut. Boleh dia melintas sofa, dan duduk dengan riang tepi TV tu. Cepat-cepat saya ambil kamera dan rakamkan aksi si gadis. Sebelum ni, Sofie tak berani buat macam tu, dan tak pernah buat lagi.....

Tersenyum puas......

Hijaz? Macam biasa...waktu saya melayan segala karenah Sofie, Hijaz sedang tidur dalam buaian. Dan Hijaz pun telah pulih sepenuhnya dari demam. Antibodi Hijaz agak kuat berbanding Sofie. Demam Hijaz hanya satu hari satu malam sahaja. Alahamdulillah.....sihat dah anak saya tu. Terima kasih ye, doakan kesihatan anak saya. Semoga anak-anak kita semua sentiasa sihat dan hidup gembira....

Jumpa lagi di lain entry.......

Tuesday, March 23, 2010

Sofie & Hijaz Demam Lagi


Malam tadi, dak Ijaz yang debok demam pulak. Sofie baru je nak baik dari demam. Saya kurang tido malam tadi. Saat menyiapkan entry ni pun, saya menaip sambil Ijaz bergantung susu dengan saya. Nak menyelesaikan tugasan rumah.... memang tak selesai la jawabnya. Mana mungkin saya biarkan Ijaz terbiar menangis, minta dipeluk dan sentiasa ingin bergantung dengan saya. Apa lagi kalau bukan untuk menyusu.

Alhamdulillah, walaupun Sofie belum pulih sepenuhnya, Sofie pandai membantu uminya ini. Sofie mungkin faham yang adik Ijaz demam, jadi, ragam Sofie kurang berbanding hari2 sebelum ini. Sofie saya biarkan dia bergelempangan sendirian. Jangan dikacau anak dara saya itu saat ini. Entah la....kadang-kadang saya terfikir sendiri. Sofie merajukkah? Atau Sofie betul-betul memahami uminya ini? Saya abaikan fikiran negatif? Saya sering berfikir positif.....

Saat Sofie bangun dari tidurnya, aduhai....sayu sungguh hati seorang ibu. Sofie selalu buat mimik muka yang menyentuh hati saya sebagai ibu. Sofie sebenarnya pandai merajuk. Anak SD ni memang seorang yang penyayang dan cepat terasa hati,kan? Bila Sofie merajuk, Sofie akan tutup muka dengan tangan dan terus menundukkan dirinya ke lantai. Masa tu akan terdengarlah esakan seorang anak. Hati mana yang tak sayu.... dan Sofie akan tersenyum sambil tersengeh-sengeh bila saya datang dan memeluknya. Saya selalu berkata "sayang anak umi". Nampak betapa Sofie bahagia dan gembira dalam pelukan saya.

Hijaz, walau anak ini kuat, tapi sangat manja sebenarnya. Pandai dah menampakkan kecemburuan dia bila saya memeluk si kakak. Saat ini, anak bongsu saya ini sedang demam, lagi la nampak betapa cemburunya bila saya memeluk kak ciknya. Aduhai anak-anakku.

Bila anak-anak dah tak sihat ni, nampaknya saya terpaksa korbankan segala kerja-kerja saya. Habislah....bila abi anak-anak ni pulang tengah hari nanti, silap-silap dia yang akan menyelesaikan tugasan saya. Atau saya akan suruh dia menjaga anak-anak yang tengah demam ini, dan saya yang akan selesaikannya. Tak sanggup rasanya membiarkan suami melakukan semua tugasan kita. Mmmmm..... begitulah nampak gayanya.


Rindukan saat Sofie bermain bersama Hijaz. Tunggu mereka sihat sepenuhnya...pasti tak menang tangan melihat mereka bermain bersama.

Monday, March 22, 2010

21 Mac- Hari Sindrom Down Sedunia dan Cerita Sofie


image from here

Sepatutnya, entry ini dipostkan pada hari semalam, 21 Mac. Tapi, saya langsung melupakannya memandangkan Sofie kurang sihat. Sibuk melayan karenah Sofie. Niat di hati memang ingin membuat entry berkaitan ini semalam, masa juga sangat terbatas. Dan tak salah saya membuatnya pada hari ini, memandangkan Sofie Mariah, anak dara saya merupakan anak sindrom down, wajar untuk saya meraikannya.

Tanggal 21 Mac, merupakan Hari Sindrom Down. Hari tersebut bagi meraikan golongan sindrom down selain meningkatkan kesedaran orang ramai agar memahami golongan seperti ini. Sebenarnya, penghidap sindrom down juga mempunyai hati dan perasaan seperti mana golongan normal. Mereka mampu hidup berdikari semaksima mungkin seperti mana golongan normal dengan syarat, mereka diberi peluang dan beri tunjuk ajar sedari awal usia kanak-kanak.

Apakah yang dimaksudkan dengan sindrom down ini? Berbanding individu normal yang memiliki 23 pasang kromosom, kanak-kanak SD ini pula memiliki tiga kromosom pada pasangan kromosom yang ke 21 dan ini yang membuatkan mereka dilahirkan sebagai anak istimewa. Dan tarikh 21 Mac itu dipilih sebagai melambangkan keistimewaan 21 kromosom penghidap sindrom ini. Di Malaysia saja, dianggarkan satu kes bagi setiap 600 kelahiran. Perlu diingat, sindrom ini bukannya bertumpu kepada satu-satu bangsa tertentu sebaliknya berlaku kepada semua bangsa di seluruh dunia. Dan, biarpun berbeza bangsa mereka sekali pun, rupa dan sifat mereka kelihatan sama.

Ini berkait rapat dengan ciri fizikal yang ketara seperti bertubuh pendek, kepala kecil, mata agak senget, hidung kecil dan agak leper. Tahap perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak SD juga agak lambat berbanding kanak-kanak biasa.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga berisiko mempunyai masalah kesihatan seperti jantung berlubang, mudah dijangkiti selesema, kurang pendengaran, masalah pertuturan dan penglihatan kurang jelas.
(Kredit untuk blog Pendidikan Khas)

Disini, izinkan saya untuk menceritakan sedikit tentang Sofie sekaligus memaparkan wajah kesayangan saya itu. Setelah menjalani Chromosomal Study pada 22 Februari 2008, Sofie disahkan TRISOMY21. Dan kini Sofie masih dalam proses pemulihan supaya Sofie mampu berdikari seperti anak-anak normal lain.

Jujur, saya amat terkejut dan sedikit kecewa apabila diberitahu oleh doktor bahawa anak yang saya kandung dan saya lahirkan ini merupakan anak sindrom down. Namun, setelah pelbagai usaha yang saya dan suami lakukan untuk anak ini, saya bangga menjadi ibu kepada Sofie. Saya amat-amat berharap segala usaha ini akan memberi manfaat buat Sofie.

Sekarang, anak ini sedang menanti hari yang sangat-sangat di nantikan oleh kami sekeluarga, iaitu hari pembedahan memperbaiki jantung Sofie. Sofie mempunyai masalah jantung yang agak kritikal, AVSD with Pulmonary Hipertension dan Congenital Hypothyroidism. Setakat dari usia Sofie sebulan sehingga sekarang, 2 tahun 3 bulan, Sofie telah menelan banyak antifailure bagi mengawal jantung Sofie. Sungguh, saya tak sanggup melihat Sofie menelan semua antifailure itu. Sangat menyeksakan!

Sunday, March 21, 2010

Ijaz Kembali Berceloteh

Assalamualaikum....
Ijaz kembali berceloteh... dah lama betul Ijaz tak berceloteh kat sini. Lately umi sibuk sangat, sampai umi tak cukup masa nak taipkan celoteh Ijaz. Ijaz sekarang dah 5 bulan lebih. Berat Ijaz pun meningkat, tapi tak banyak sangat naiknya. Mungkin sebab Ijaz sekarang dah agak lasak berbanding dulu. Berat terbaru Ijaz cuma 7.8kg je....bulan lepas, 7.5kg.

Ijaz sekarang ni kena banyak beralah dengan kak cik. Kesian pada kak cik. Sekarang kak cik demam lagi. Kak cik kalau demam tak macam Ijaz. Semua orang tau kisah kak cik Ijaz tu,kan? Minggu ni kak cik nak kena tahan wad, kat IJN tu... Ntah la, Ijaz tak tahu nak buat macam mana lagi. Kesian pada umi. Umi semestinya rindukan kak cik. Lama tau kak cik kena tahan kat wad nanti. Ijaz pun akan rindukan kak cik.

Ada yang nak tahu perkembangan Ijaz ke? Ijaz sekarang dah boleh pusing 360 darjah tau. Umi kata Ijaz dah lasak. Ijaz pun dah tak penat bila meniarap lama2. Tak lama lagi Ijaz dah boleh duduk sendiri. Sekarang ni dah cuba2 nak duduk sendiri. Tapi masih gagal, tiap kali Ijaz nak duduk, mesti Ijaz terbaring semula. Tengok la bulan depan, atau mungkin dua bulan lagi, Ijaz mesti dah boleh duduk sendiri. Hehehe.....

Okla, Ijaz sebenarnya tak de mood nak celoteh panjang-panjang. Sebab umi sekarang ni sibuk melayan karenah kak cik Ijaz yang tengah demam tu. Sebelum berpisah, Ijaz nak tayang muka Ijaz. Ni muka Ijaz yang terbaru. Kot la ada yang rindukan Ijaz..... eh, perasan pulak Ijaz ni yer!


Tengokla gambar kak cik tu. Umi sempat lagi menaip celoteh Ijaz ni sambil memangku kak cik yang tengah demam. Masa ni kak cik marah kat umi, sebab umi snap gambar kak cik...hehe. Sian kak cik......


Sofie Demam La Pulak!


Assalamualaikum.....

Semalam nak update blog, tapi tak sempat. Rancangan kami semalam, Sabtu.... biasalah, hari Sabtu, kami akan ke Gedangsa untuk rawatan alternatif Sofie bersama Kak Raw. Tapi, semalam, kami hanya merancang. Tak jadi pergi pun disebabkan masalah-masalah teknikal yang tak boleh saya nak beritahu kat laman ni. Rahsia keluarga...eceh! Konon la.

Sebenarnya, Sabtu semalam merupakan Sabtu terakhir Sofie bersama Kak Raw sebelum Sofie menjalani pembedahan. Sepatutnya, Sofie kena pergi.... tapi, apakan daya. Kita hanya merancang, tapi, Allah penentu segalanya. Jadi, orang yang paling gembira semalam ialah Sofie sebab Sofie paling suka bila tak kena balut dengan Kak Raw.

Selepas pembedahan nanti, dan setelah Sofie pulih sepenuhnya, rawatan bersama Kak Raw akan bersambung semula. Tapi, Kak Raw dah beritahu minggu lepas, Sofie dah tukarkan rawatannya pada hari Ahad selepas Sofie pulih nanti. Kenapa? Sebab hari Sabtu pesakit OKU dah terlalu ramai. Jadi, orang lama Kak Raw pindahkan ke hari Ahad bersama rawatan minda. Insya-Allah!

Malam tadi, dengan tak semena-mena Sofie demam la pulak. Suhu badan Sofie agak panas. Saya jangkakan suhu badan Sofie dalam 39 darjah celcius. Memang panas! Saya cuma lap dengan kain lempab dan beri PCM. Sudah sedia maklum, bila PCM masuk dalam mulut Sofie, pasti Sofie akan muntahkan semula. Saya dah jangkakannya...tapi, saya paksa juga. Sian Sofie....maafkan umi, sayang.

Pagi tadi, keadaan Sofie belum reda. Baru teringatkan PCM untuk masuk punggong, dan saya masukkan PCM dalam muntot comel Sofie. Melalak anak dara saya tu. Kesian...tapi, nak buat macam mana. Dah terpaksa. Demi melihat Sofie sihat semula, umi terpaksa, sayang. Sofie perlu sihat dan sembuh sebab minggu ni, minggu terakhir penantian selama ini. Minggu ni Sofie akan masuk wad IJN bersama abi. Umi terpaksa demi melihat Sofie cepat sihat. Umi menghitung hari....tinggal 5 hari. Sabtu, 27 Mac, Sofie dah tinggalkan umi. Umi redha demi melihat Sofie sembuh dan sihat.

Sofie demam....sempat tidur dalam buaian sekejap je. Lepas tu nangis semula. Buat umi risau je Sofie ni. Hati umi menangis sebenarnya tiap kali melihat Sofie begini.


Umi nak Sofie seceria ini...bermain bersama abang Iwan, abang Amniy dan adik Ijaz. Sihatlah, sayang...cerialah.

Mujurlah hari ni masih cuti sekolah. Jadi, suami yang menguruskan sarapan pagi kami sekeluarga. Terima kasih, abang....kerana membantu ringankan tugasan Fiza. I love u!

Thursday, March 18, 2010

Cuti Sekolah

Assalamualaikum

Ntah kenapa, hari ni rasa nak share la dengan pembaca semua perihal anak bujang saya yang 2 orang tu. Sekarang musim cuti sekolah. Sepatutnya, kalau orang lain musim cuti sekolah ni pergi bercuti luar dari kawasan perumahan supaya anak-anak dapat merasa nikmat bercuti. Tapi, lain pula dengan anak-anak saya. Nak balik kampung pun tak dapat, ni kan pula nak pergi jauh-jauh. Bukan tak nak bawa....tapi, maklum saja, kakitangan awam seperti suami saya sudah kehabisan ongkos. Semua sudah maklum, yang kakitangan awam telah mendapat gaji awal sempena Tahun Baru Cina,kan? Jadi, untuk sampai tarikh gaji sebenar, agak lama. Disitu menguji sejauh mana kita bersabar dan bersyukur dengan apa yang kita miliki. Bagi yang kerja suami isteri, insya-Allah tidak merasai kesempitan wang. Tapi, berlainan pula dengan orang seperti saya yang hanya mengharapkan pendapatan dari suami. Disitulah kita dapat lihat sejauh mana kita perlu berjimat cermat dan bersyukur.

Jadi, sempena cuti sekolah yang hanya tinggal beberapa hari saja ni, anak-anak saya penuhi aktiviti dengan berendam dalam pool...hehe. Pool konon! Bukan apa, kesian tengok anak-anak. Seringkali mengajak, "umi, jom la pergi mandi sungai." "umi, jom la pergi mandi laut... nak main pasir pantai." Sian anak-anak. Nampak sangat dah lama tak bawa dorang bercuti. Maklum saja, bila umi dan abi dorang ni sibuk dengan adik-adik. Mana lagi dengan masalah kesihatan Sofie, mana lagi dengan Hijaz yang masih baby. Ongkos lagi..... Tu yang anak-anak hanya duduk di rumah. Mencipta aktiviti sendiri.

Anak-anak sudah bosan bila saya ajak untuk menulis, membaca atau melukis. Ye la, kalau dah terlalu kerap, tentulah bosan. Akhirnya, sejak semalam, anak-anak mencipta satu aktiviti yang bagi mereka amat menyeronokkan. Tu la dianya...bermain "pool". Saya izinkan, memandangkan "pool" itu sudah setahun tersimpan. Seronok keriangan anak-anak bila saya izinkan. Lihat saja gambar-gambar yang saya ambil ketika mereka bermain. 2 beradik tu bermain bersama seorang rakan, anak jiran sebelah rumah.



Kesian anak-anak umi....nanti la ye...tunggu Sofie dah betul-betul sihat dan pulih, kita pergi jalan-jalan, mandi-mandi sungai, mandi-mandi laut, main pasir pantai, macam yang Ikhwan dan Amniy idam-idamkan.... insya-Allah abi dan umi akan bawa.



Mujurlah anak-anak mudah faham dengan situasi sekarang. Alhamdulillah anak-anak mudah mengerti situasi yang menimpa adik mereka, Sofie Mariah. Abang-abang Sofie ni, sangat sayangkan Sofie. Pernah sekali, saya acah-acah cakap nak beri Sofie pada orang, punya marah mereka. Sayang betul Ikhwan dan Amniy dengan Sofie....dan pada Hijaz.

Pernah beberapa kali Ikhwan dan Amniy tanya pada saya, "umi, kenapa Sofie belom pandai jalan? Aqis tu dah boleh jalan" (Aqis merupakan sepupu mereka yang seusia dengan Sofie). Sebenarnya, hati saya memang sedih bila Sofie dibandingkan dengan kanak-kanak seusia Sofie. Tapi, saya kena terima hakikat siapa Sofie, dan apa masalah Sofie.

Dari awal Sofie dilahirkan, saya dan suami cuba beri kefahaman pada Ikhwan dan Amniy tentang masalah Sofie. Alhamdulillah, semakin anak-anak membesar, mereka semakin faham keadaan. Saya sering terangkan pada anak-anak tentang anak-anak istimewa dan golongan OKU. Setakat ini, alhamdulillah, mereka faham. Namun, dah nama pun anak-anak,kan? Bila berhadapan dengan golongan OKU atau menonton di kaca TV berkenaan golongan ini, ada saja pertanyaan dari mulut mereka.....

Apa la yang saya bebelkan ni. Niat di hati nak bercerita tentang aktiviti cuti sekolah anak-anak saja. Ni dah melalut tah hapa-hapa tah. Hehhe.... Sorry ye!

Wednesday, March 17, 2010

~Sofie yang umi sayang~


Sekarang ni saya sering terfikirkan hal anak dara saya yang sorang tu. Macam mana tah nak luahkan.... Sofie oh Sofie!!!!! Saya menghitung hari, ada lebih kurang 10 hari lagi Sofie akan menjadi penghuni sementara wad IJN. Saya dah merancang macam-macam benda sepanjang ketiadaan Sofie di sisi saya. 2 anak lelaki saya, Ikhwan dan Amniy akan saya hantar kampung, MIL dah suruh saya hantar kampung. Saya terpaksa cutikan Ikhwan dari alam persekolahan untuk 2 minggu. MIL kata, anak lelaki tu biar MIL yang jaga. Saya jaga Hijaz sorang di rumah. Lagi pun, senang kalau saya nak melawat Sofie di IJN nanti. Tak de la saya kelam kabut nak mengheret 3 anak sekaligus tanpa suami di sisi..... maklum saja suami akan menjaga Sofie di IJN.

Saya juga terfikir.... siapakah insan yang akan membantu saya untuk saya pergi ke IJN melawat Sofie? Tak kan di hari pembedahan Sofie nanti saya tiada disisinya? Agak ramai target saya...saya terpaksa menyusahkan orang. Antara insan yang menjadi target saya bapa saudara saya (cik Erol) yang tinggal di Rawang, atau bapa saudara saya (paman Ayub) yang tinggal di Kuang. Mungkin juga BIL (abang Dapi) saya yang tinggal di Kuala Selangor.... tak tahu lagi siapa yang akan menjadi mangsa saya. Saya tiada pilihan lain, selain terpaksa menyusahkan orang. Masa ni barulah saya terfikir...."kalaulah saya boleh memandu....." itulah kelemahan saya. Rasa nak menjerit je sebab saya terlalu memikirkannya. Semoga Allah beri saya jalannya nanti.

Berbalik kepada Sofie, meniti hari perpisahan sementara ini, adakalanya hati saya sangat rapuh. Saat anak-anak lain bermain di luar bersama teman-temannya, saya melayan Sofie, saya sering merenung matanya. Dalam hati, saya sering berkata "umi pasti rindukan Sofie". Saat tu, hati saya begitu rapuh. Melihat keriangan dan kelincahan Sofie, saya sering merasakan kenapa ini terjadi pada saya. Saya terlalu memikirkannya... tu sebab, saya merasakan jiwa saya amat lemah. Mana mungkin saya ambil tak endah hal ini. Mungkin mudah bagi orang yang berkata....hadapi saja, Fiza. Nak tak nak, benda ni akan berlaku juga.... ya, betul tu! Macam mana pun, saat itu pasti akan tiba. Selalunya, air mata ini tak dapat di tahan lagi.

Saat bersama Sofie, saya sering memeluk erat tubuh kecil Sofie. Seperti yang sedia maklum, Sofie anak SD, AVSD with Pulmonary Hipertension dan Hipothyroidisme....sudah pasti tubuh Sofie amat kurus dan kecil. Berat Sofie lebih kurang berat Hijaz Muhammad yang berusia 5 bulan. Saya seolah-olah mempunyai anak kembar sepasang..... kadang kala, saya mendukung 2 orang anak kecil saya ni serentak. Pernah sekali, saya tak perasan yang saya mendukung Sofie, saya sangkakan saya mendukung Hijaz. Rupa-rupanya, anak dara saya..... aduhai!

Berbalik pada kisah Sofie, Sofie punyai tubuh yang sangat kurus berbanding kanak-kanak seusianya. Biasanya, selepas saya mandikan Sofie, saya suka memeluk manja tubuh kecil itu sambil berkata "kenapalah anak umi ni kecik sangat". Sofie suka bila saya perlakukan sebegitu. Saya nampak keriangan di wajahnya, Sofie ketawa bila saya memeluk dia. Saya cium pipi Sofie, Sofie akan menunjukkan reaksi yang sangat positif. Gelak keriangan dia. Ini yang membuatkan hati saya sering dilanda kerinduan......

Bila Sofie tidur, Sofie suka mengigau. Sofie suka keluarkan bunyi seolah-olah menangis. Tapi, sebenarnya, Sofie tak menangis pun. Bila saya atau abi Sofie datang dekat, sambil membelai kaki atau badan Sofie, Sofie pasti akan sambung tidur semula. Mungkin Sofie dapat merasakan kehangatan kasih sayang dari belaian abi dan umi.

Dan, yang terbaru, Sofie sekarang sudah pandai mengigit. Siapa yang menjadi mangsa Sofie, sudah pasti tangan dan peha gebu adik Hijaz. Sofie geram sebenarnya dengan adik Hijaz. Saya tak berani dekatkan Hijaz bersama Sofie tanpa pengawasan saya. Selalunya, Hijaz akan menangis digigit dek kakak. Hehe.... telatah anak-anak,kan? Semua telatah Sofie, saya rakamkan di hati dan minda saya. Bila teringatkan setiap telatah Sofie, dapat saya rasakan betapa sayangnya saya pada anak ini. Anak yang menjadikan saya insan yang lebih kuat dan sabar. Ye ke? Kadangkala, mulut saya je boleh kata saya kuat dan sabar. Hati saya....hanya Allah yang tahu.

Oh yer.... Sebenarnya, saya dapat banyak respon dari orang yang membaca blog saya ini, tak tahan membaca...air mata pasti mengalir. Maaf pembaca semua. Bukan niat saya ingin bazirkan air mata kalian. Ini semua dari hati saya yang sangat rapuh..... hal anak saya. Satu-satunya anak perempuan yang saya ada. Anak yang menjadi bunga dalam keluarga saya. Anak yang sangat-sangat istimewa. Sekali lagi, saya mohon sekeping doa dari kalian buat anak saya ini, boleh? Saya amat-amat berharap Sofie akan pulih sepenuhnya. Saya tak peduli langsung tentang SD dia. Yang saya peduli sekarang ialah masalah jantung Sofie...dan Sofie perlukan pembedahan. Doakan ye supaya Sofie selamat di hari pembedahan nanti.

Saya dan anak-anak saya yang lain ada lagu buat Sofie. Biasanya, kami sekeluarga akan menyanyikan lagu ini ketika Sofie menangis atau Sofie nak tidur. Dan selalunya lagu ini akan kami sekeluarga nyanyikan ketika dalam kereta selepas Sofie menjalani sessi terapi bersama Kak Raw di Gedangsa. Sofie akan berhenti menangis bila kami sekeluarga menyanyikan lagu ni. Semoga Allah selamatkan Sofie Mariah.......

"Allah selamatkan Sofie,
Allah selamatkan Sofie,
Allah selamatkan Sofie Mariah,
Allah selamatkan Sofie......"

p/s: lagu untuk Haji Bakhil dlm cerita Labu Labi

~beautiful blogger award~


Saya dapat award ni daripada sasha aka mummyalya. Saya berbangga menerima award ni sebab:
1. sejak saya terlibat dengan dunia blog awal tahun hari tu, ini adalah award pertama yang saya terima. Oh, terharunya saya....
2. sasha merupakan orang yang selalu baca blog saya, dan rajin memberi komen.....( kan sha kan? hehe...) Award ni cuma boleh beri pada 15 orang followers je, dan tak sangka saya salah seorang daripada penerimanya. tq, sha....

So, ini adalah syarat-syarat untuk menerima award ini:

1. Thank & link the person that gave you the award.

2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award


4. State 7 things about yourself.

7 things about me ('',)

1. saya sayangkan keluarga saya
2. bangga, dalam usia 29 tahun, saya dah ada 4 orang cahayamata
3. fulltime housewife...bangga sesangat.
4. sangat menggemari cheese cake
5. mempunyai hobi alaf baru.....forum dan berblog!
6. suka bising dgn anak2...hahahaha!
7. ada sorang je bunga dalam keluarga, Sofie Mariah. Sofie amat bermakna dalam hidup saya....


Now I'm passing this award to other bloggers with the most wonderful blogs:
1. eyta (hotmama)
2. nadiea omar
3. kelly
4. IDAZS
5. mamaeja
6. MysDear
7. Pretty ZaZa
8. ieda (Zamieda)
9. ct miza
10. zaihazrah azam
11. noina
12. kak isma
13. kak sue79
14. nuyue
15. Fatihah

Jujur, sebolehnya, saya nak beri award ni pada semua followers saya. Tapi, apakan daya.....hanya boleh beri pada 15 orang sahaja. Tak pe la.... harapnya, kepada nama-nama tersenarai di atas, silalah terima award ini yer. Saja menambahkan keseronokan berblog. Terima erk!