Monday, March 29, 2010

Saya Masih Berharap....

Harapan saya setinggi gunung ini untuk berjumpa dengan Sofie
image dari sini. gambar cuma hiasan yer.....

Pagi ini, dengan harapan yang menggunung tinggi, saya masih berharap dapat bertemu dengan Sofie dan abi Sofie di IJN. Ya Allah...semoga ada jalannya. Petang semalam, MIL saya telefon memberitahu satu rancangan, saya perlu ke Bangi, rumah BIL. Menetap di sana untuk beberapa hari. Jadi, kalau saya berhasrat ingin melawat Sofie, BIL saya akan hantarkan. Jarak dari Bangi ke IJN tidaklah lama sangat. Katanya, 1/2 jam dah sampai. Bincang-bincang dengan suami, suami tak setuju. Suami kata, nanti kita menyusahkan dia. Lagipun BIL saya tu bertugas sebagai guru sessi petang. Saya ikut je....kalau suami tak bagi, apa lagi yang boleh saya katakan.

Malam tadi suami merangka, saya akan ke IJN pada hari pembedahan Sofie. Suami saya baru teringat yang dia mempunyai seorang kawan (geng tonton bola) yang bertugas sebagai pemandu teksi. Merangka-rangka supaya saya menaiki teksinya pagi-pagi buta kerana kawan tersebut bertugas di KL. Ntah rancangan ini jadi atau tidak...saya harap ianya menjadi. Tapi, pagi ini saya terasa begitu lambat sekali untuk menunggu hari pembedahan Sofie. Hati saya bagai dihiris sembilu rindukan Sofie. Rasanya, hari ini juga saya ingin bertemu puteri hati saya itu.

Malam tadi, saya dengar suara Sofie ketawa gembira. Riang sekali. Suami saya kata, nak tido je, mulalah Sofie buat hal. Gelaklah....menjeritlah....masa tu la dia nak main. Nak dibacakan buku. Saya ada bekalkan Sofie dengan 2 buah buku kegemaran Sofie. Suami saya kata, asyik nak baca buku. Siap tarik-tarik jari si abi supaya abi bacakan untuknya. Suami saya kata lagi, kalau nampak gambar buah-buahan siap buat aksi konon-kononnya tengah makan buah. Ya Allah, rindunya saya dengan gelagat Sofie itu. Memang itulah gelagat Sofie sewaktu di rumah.

Mulalah saya terbayangkan aksi Sofie memanjat sofa, memanjat kabinet TV, duduk ditepi sofa seolah-olah sedang memandu kereta.... aduhai. Aksi-aksi ini meruntun jiwa saya. Saya membaca dan melihat foto dalam entri saya yang lepas. Air mata berguguran lagi. Saya masih lagi mencari peluang untuk menjadi seorang cengeng....cewek! Hentikanlah Fiza!!!!

Sebenarnya, sikap saya ini telah memberi kesan pada Hijaz. Kesian Hijaz. Semalam Hijaz meragam. Nak menyusu, tapi, menolak pulak. Saya juga akui, susu saya agak merudum. Mungkin akibat daripada tekanan yang saya hadapi. Saya bertekad, malam tadi tak semena-mena saya makan nasi waktu malam. Aktiviti yang telah lama saya tinggalkan demi menurunkan berat badan. Saya minum horlick....2 mug sekali. Alhamdulillah, 1 jam lepas tu, baru terasa susu saya makin banyak. Saya kejutkan Hijaz dari tidurnya, lahap sekali Hijaz minum susu. Kesiannya, anak umi. Maafkan umi ye, sayang. Umi terabaikan Hijaz seketika. Betul kata ibufarish aka Hana Seman dalam forum di RH. Susu saya akan merudum kalau saya terus bersedih. Terima kasih, Hana......

Lepas ni, saya cuba ingin menjadi ibu yang lebih kuat. Suami kata, saya "supermom"....super sangat la tu....ok, jumpa lagi nanti....

8 comments:

  1. fiza..
    it is true,if u cry and sad a lot,susu bdn mmg down..
    lgpn time sad mmg kite pn x bp lalu nk mkn..
    err..kalo leh jwb la eks,fiza tinggal kt mane eks?

    ReplyDelete
  2. betul tu kak, susah hati macam mana pun akak kene makan, demi anak2 nyang lain juga... kuatkan semangat ya... kalau lady ni boleh drive, nak sangat bantu akak apa yang patut..

    ReplyDelete
  3. nad tumpang sedey..
    tp akak still kene kuatkan semangat..
    jgn cepat terbuai dengan perasaan sedey 2 ye..nti cian kat hijjaz..

    ReplyDelete
  4. begitu menyentuh hati ni baca entry fiza kali ni....naluri seorang ibu yg dalam kerinduan....moga fiza dapat berjumpe dengan sofie...

    harap sangat2 fiza tabah menghadapinya...hijaz juga memerlukan perhatian fiza...yup setuju gak dgn statement hubby fiza...fiza kena jadi supermom k...hope u kuat menghadapi segalanya ini...

    ReplyDelete
  5. akk memang supermom..tak semua mampu tabah setabah akk..insyaallah..Allah akan permudahkan semuanya..

    sy doa yg terbaik utk akk sekeluarga :)

    ReplyDelete
  6. krsty,
    saya menetap di rawang.

    lady,
    kalau lady boleh drive, habis la lady jadi mangsa akak...hehe.

    nad,
    tq sudi baca post kita. doakan yer...

    kak fisa,
    fiza dah dapat jumpa dgn sofie...nanti fiza ceritakan yer..

    sha,
    terima kasih atas doa sha yg tak putus2....

    ReplyDelete
  7. Fiza,
    banyakkan berdoa. Doa seorang ibu adalah doa paling mujarab. Insya Allah, Sofie akan kembali di sisi Fiza nanti.
    Saya takleh nak gambarkan situasi saya kalau berada dalam situasi Fiza. Tapi Fiza kena banyak bersabar. Fikirkan tentang anak-anak yang lain. Mereka juga perlukan perhatian Fiza..

    Insya Allah, semuanya akan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  8. yer Hana...
    saya akan perbaiki diri saya. Sian pada Hijaz...huhuhu. teruk betul umi budak2 ni.terima kasih ye, hana.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....