Wednesday, May 04, 2011

Projek B. Inggeris Ikhwan

Ikhwan baru Tahun Satu. Tahun Satu sekarang sangat maju ke depan, berbanding Tahun Satu kita 20-30 tahun lepas. Hehehehe. Saya teringat masa dulu2, sekolah Tahun Satu, cikgu tak pernah lagi suruh buat projek macam Ikhwan kena buat. 

Minggu lepas, saaya diberitahu oleh Ikhwan, Teacher English minta gambar satu keluarga dan gantungkan di sebatang ranting. Aduhai, mana nak dapat ranting kayu dalam taman perumahan yang serba batu ni. Nak patahkan ranting kayu pada pokok yang pemaju tanam? Ish, mana boleh. Mau kena marah kang. Ikhwan kata, "umi, pakai hanger pun boleh." Hanger? Hanger umi dah la asyik patah jer, semakin hari semakin kurang. Nak jemur baju, hanger makin tiada. Tak boleh guna hanger umi,ok! Oooooppppsss... lupa pulak. Kitakan ada lidi satay. Guna je lidi satay.

Nak print gambar satu keluarga dari komputer, printer pulak problem sejak guna PC baru ni. Terpaksa print di CC. Malam tadi, saya bangun jam 4 pagi sebab nak siapkan projek Ikhwan. Ikhwan bangun jam 5.30 pagi tolong2 mana yang perlu. Ini projek umi ke, projek Ikhwan? Macam projek umi jer. :-D Kesian dengan Ikhwan, masih blurr dengan arahan teacher. Akhirnya, umi kena juga tolong buatkan projek yang tak semenggah ini.

Dan, jam 4 pagi tu juga, terpaksa punggahkan segala macam aneka kertas yang ada di rumah. Mujurlah ada kertas ala2 sticker tu, mujur juga ada segala macam seletep. Bolehlah nak deko2 lebih sikit. Periksa beg jahitan, ada pulak reben. Kalau tak ada, mau guna tali rapia jer, tak pun guna je benang.... :-)

Hasil Projek B. Inggeris Tahun Satu
Ikhwan berbangga dengan hasil yang tak seberapa. Seronok bukan main dia. Ikhwan kata, "umi, cantik la umi buat. Kalau Iwan buat mesti tak cantik." Saya balas, "Wah...umi yang sekolah ke Iwan yang sekolah ni? Lain kali Iwan kena buat sendiri semua kerja tau. Umi boleh tolong sikit2 je." Senyum je dia. Saya cuba buat sedaya mungkin supaya hasilnya biarlah nampak hasil kerja Ikhwan. Tak tahulah apa tanggapan Teacher English Ikhwan nanti.

14 comments:

  1. hehehehhe, Ummi Iwan sangat kreatif :), pasti Teacher bagi star :)

    ReplyDelete
  2. kretip apanya ida... takut teacher dia tak terima sebab tak de gaya budak tahun satu buat.

    ReplyDelete
  3. Wahh..kreatif ar umi iwan nih.Seronok kan dapat berkraftangan ngan anak2.saya suka aktiviti beginih.hihihi...

    ReplyDelete
  4. canteknye hasil dia :-)

    wahhh skrg budak tahun 1 pun dh kena buat projek ye?? mmg makin maju la siste pendidikan kite

    ReplyDelete
  5. cantiknya hasil kerja tangan fiza ni...^_^

    ReplyDelete
  6. 5 star ni.hehe =p
    mula2 kita kena bagi encourage buat lawa2,nani lama2 faham la die nak wat cane kan..

    ReplyDelete
  7. selalunya klu projek sek anak,ct suka buat,seronok tgk anak suka dan berbangga bila bawa ke sek.tapi hubby pula selalu kata,ini anak ke ibu yg pergi sek?..

    ReplyDelete
  8. bicara hati ibu aisya,
    mana ada kreatif... buat ikut dan je. dah pagi baru nak buat..heheh

    ****************************************************************************************
    wina,
    betul....sistem pendidikan kita makin maju. akak pun terkejar2 nak ajar anak.

    *****************************************************************************************
    ayu,
    tak cantik la.... buat utk budak tahun satu. :-)

    *******************************************************************************************
    ashra,
    5 star? wow!!!!!

    *******************************************************************************************
    ct N Honey,
    saya pun suka gak... seronok tgk anak bangga,kan? tapi kalau boleh biar dia ikut serta, supaya dia tahu nak buat sendiri nanti.

    ReplyDelete
  9. kreatiflah akak ni..
    saya pun kalo dalam situasi akak,tak sure nak buat camne..hehehe..
    kalo kat kampung,bulehla rembat macam2 ranting ye dak..

    ReplyDelete
  10. wah! boleh la digantung kat rumah lepas tu..sebab cantik dan kreatif.. advance btul budak2 sekarang...nanti zaman anak saya entah macam mana la...huhu..terkejar2 gak saya kot nanti..hihihi...lagi sekali, cantik n kreatif hasil kerja ummi
    ikhwan tu...hihihiih

    ReplyDelete
  11. teringat zaman sekolah2 dulu pon camnie gak..emak yg buatkan..kihkih..tp rantingnyer byk sbb suh letak nama famili..so letak ler atok,nenek suku sakat bagai..sweet..

    ReplyDelete
  12. krsty pinky,
    kena jadi kreatif bila anak dah mula sekolah , suruh buat mcm2...

    ReplyDelete
  13. Fara,
    kalau kena buat semua suku sakat, kena la byk ranting yer...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....