Tuesday, July 26, 2011

Sofie Buat Perangai.... Huwaaaa! Nanges UMI!!!!!!

Saya dan suami sedang menikmati makan tengahari dengan menu yang sihat. (cewah, tu pun nak kasi tau :-P) Sofie berada di dalam bilik seorang diri. Saya tak sedar pun dia di dalam bilik. Saya ingat Sofie di ruang tamu bersama abang dan adiknya. (Sofie saya dah kasi makan awal lagi ye, jangan kata saya makan berdua je dengan cik somi...hehe)


Lepas makan, saya masuk bilik, nak tengok apa yang Sofie sedang lakukan, khusyuk sangat dia. Meh tengok sesama meh! Nak nanges saya tau! Huwaaaaaaaaa!!!!!!!!!!! Sapa nak tolong umi nanti??????
:
:
:
:

 Sofie sedang memunggahkan semua baju dalam laci itu. Itu laci baju Amniy...
Leka dia, langsung tak sedar umisofie datang....

Apa la yang dia nak buat ye, lepas punggahkan semua baju2 tu?
Meh tengok lagi....
:
:
:
:
 Ahaaaa.... Sofie cuba untuk masuk dalam laci itu rupanya....
Ish... ish... ish....

Dan apa reaksi Sofie bila dia perasan yang umisofie nampak segala perbuatannya...
:
:
:
:
:
 "Oooooppppsssss!!!!! Alamak, umi nampak la!" Tutup mulut dia nampak saya!
Saya dah jegilkan mata tanda marah.... "Apa Sofie buat ni?"

Tapi, sebenarnya dia tak peduli pun saya marahkan dia. Malah, dengan rasa tak bersalahnya, dia teruskan aktivitinya itu. Agaknya, apa la yang Sofie nak buat dalam laci tu yer?
:
:
:
:

 Hahahahaa...... Sofie nak duduk dalam laci tu rupanya.....
Tengok, siap beri gaya lagi. Gaya mengada-ngada sangat la tu.....

"Ala miiii.... janganlah marah. Nanti Sofie tolong umi kemaskan baju2 tu yer."
Pandai Sofie memujuk..... kang umi cium kuat2 kang!!!!!!!!

Baju2 Amniy tu, saya belum kemas lagi. Sapa nak tolong saya kemas? Saya tak de mood nak kemaskan baju2 tu. Nantilah..... saya penat sekarang. Macam mana saya tak nanges? Huuuuwwaaaaaa!!!!!!!!!

Abi, tolong umi kemas baju2 tu, tolong laaaaaaaa!!!!!!!!

Monday, July 25, 2011

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011


KATEGORI : Bersalin secara normal
Tarikh Lahir Anak : 2 Oktober 2009

Hijaz Muhammad bin Subky
(Gambar hari pertama selepas lahir)
Mukaddimah / Keterangan :
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, akhirnya saya berjaya juga menulis entry ini. Mulanya, saya dijemput oleh Puan Admin Dunia Susu Ibu sendiri. Atas sokongan saya tidak berbelah bahagi terhadap Puan Admin kita, saya kuatkan hati juga, mencari masa untuk mencipta entry ini. Selain itu, Puan Admin merupakan sahabat saya ketika saya bersekolah di KISAS dulu, dan duduk satu dorm bersamanya. Atas sebab itu juga, saya telah memberi sokongan penuh padanya. :-)

Saya teruskan dengan misi ini, Alhamdulillah, kelahiran anak ke-4 ini dipermudahkan Allah Taala. Walaupun pelbagai rintangan saya lalui ketika mengandungkannya, tapi semuanya dapat berjalan dengan mudah. Umum mengetahui, saya mengandungkan anak ke-4 ini dengan adanya seorang anak istimewa yang sering keluar masuk wad. Jadi, sepanjang kehamilan saya itu, hidup saya banyak berulang alik ke wad hospital dan rumah. Semuanya mencabar hati dan iman saya. Sepanjang mengandung juga, saya sentiasa memujuk bayi dalam kandungan supaya sabar dan kuat kerana kakaknya yang istimewa.

3 hari sebelum melahirkan Hijaz Muhammad, kakaknya, Sofie Mariah telah di tahan di wad peadiatrik HSB kerana jangkitan kuman di paru-paru. "Ah! Sekali lagi!" Rungut saya dalam hati. Ketika doktor meminta Sofie naik ke wad, saya dan suami berbincang, bagaimana mahu menguruskan kehidupan saya dan anak2 lain sedangkan ketika itu saya sedang menunggu hari untuk melahirkan Hijaz. Suami memberi sokongan, "Inilah jalan yang Allah tentukan!" Jadi, saya redha.... 2 orang anak yang lain terpaksa saya hantar ke kampung.

Di hari saya mahu melahirkan Hijaz, saya sudah pun berada di wad kanak-kanak HSB kerana menjaga Sofie Mariah. Apabila telah merasa sakit yang teramat, saya terus di sorong oleh kakitangan wad kanak-kanak terus ke dewan bersalin sementara suami menjaga Sofie Mariah di wad kanak-kanak. Saya hanya redha dan pasrah kerana impian untuk melahirkan dengan ditemani suami tidak tercapai. Apakan daya, itulah jalan yang Allah beri pada saya.

Selesai melahirkan, saya sangat tidak sabar untuk menyusukan baby baru saya. Setelah nurse membersihkan  baby, mereka menyerahkan baby pada saya, "Puan Hafizah, baby awak. Susukan ye. Pandai,kan? Dah anak ke-4 tak kan tak pandai kot." Saya cuma tersenyum dan kata, "Insya Allah, boleh." Bila disuakan payudara, memang baby pandai mencarinya. Bila terasa baby menghisap puting, masa tu, indahnya rasa. "Alhamdulillah, anak umi pandai." 1 jam saya dibiarkan sendirian di dalam bilik menunggu sementara untuk berpindah ke wad biasa. Dan masa itu saya habiskan untuk membiasakan baby dengan menyusu..... Saya gembira baby saya itu pandai untuk mencari puting apabila puting saya tercabut dari mulutnya, dan apabila sampai di wad biasa, baby baru saya itu ingin terus melekat dengan saya sehinggakan saya mahu pergi ke tandas menukar pad pun rasa terbatas. :-)

Cabaran & Penyelesaian Semasa Penyusuan:
1. Penyakit kuning / Jaundis
Kesemua anak2 saya menghidap jaundis ketika bayi. Begitu juga dengan Hijaz. Saya terpaksa bermalam di wad selama 3 hari dan baby terpaksa berada di bawah lampu 24 jam tanpa berbaju, hanya ber'diapers'. PENYELESAIAN saya hanyalah dengan cara memberikan susu ibu dengan lebih kerap pada baby. Walaupun orang2 di kampung memberi pelbagai petua itu dan ini, saya hanya tersenyum, dan yakin hanya susu dari Allah ini yang mampu memulihkan baby saya dari penyakit jaundis. Alhamdulillah, dengan keyakinan itu, baby saya bebas dari jaundis HANYA dengan memberi susu ibu!

2. Payudara bengkak 
Sepanjang tempuh berpantang, ini adalah masalah yang sering menganggau saya. Dari anak pertama hingga anak keempat ini, masalah ini tetap berlaku. Dan saya yakin ia berlaku hampir pada semua mereka yang bergelar ibu. Banyak petua saya peroleh untuk mengelakkan bengkak susu, antaranya dengan melekapkan kobis pada payudara. Tapi, saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya kerana tidak berjaya melakukannya. PENYELESAIAN: saya hanya urut payudara dengan perlahan dan tuam payudara dengan tuala suam. Alhamdulillah, ia melegakan. Selain itu, saya juga mengepam susu supaya bengkak dapat dikurangkan.

3. Luka di bahagian puting
Orang kata, luka puting hanya berlaku pada hari2 pertama kelahiran. Tapi, tidak pada saya. Saya mengalami luka di puting sehingga Hijaz berusia 3 bulan. Rasa sangat pedih dan sakit, tetapi saya hanya menahan kesakitan sahaja. Sakitnya umpama kalau ada orang di kaki, mahu saja saya tendang orang itu. Tidak dinafikan salah lekapan mulut bayi ketika menyusu menyebabkan puting ibu akan luka. Pada saya, baby saya sangat pandai menyusu, lekapannya amat sempurna. Tetapi, entah kenapa puting saya tetap luka teruk. Keadaan ini berhenti seketika, dan pada usia Hijaz 6 bulan, ia berlaku lagi. PENYELESAIAN saya hanya meneruskan penyusuan dalam keadaan azab. Sudah sapu susu juga luka tetap tidak hilang. Akhirnya, ia hilang dan baik dengan sendiri.

4. Rasa rengat di ari-ari ketika menyusu
Saya tak tahu nak terangkan bagaimana rasa sakit ini. Sakit ini berlaku ketika saya berpantang. Tapi, menurut doktor, apabila rasa rengat semasa menyusu menandakan rahim kita akan mengecil. Saya alami perkara ini sehingga 2 minggu. PENYELESAIAN, saya teruskan jua penyusuan sambil menyapu bahagian abdomen saya dengan minyak panas, dan bertungku.

Mereka Yang Menyokong Saya :
1. Tentulah SUAMI yang tercinta. Tanpa sokongan suami, saya bagaimana saya mampu menyusukan Hijaz sehingga sekarang (1 tahun 9 bulan). Suami yang banyak memberi kata2 penenang hati ketika saya mengalami masalah menyusu. 

2. Ibu saya, semangat dia menyusukan anak2nya seramai 10 orang memberi semangat pada saya. Juga ibu mertua saya yang tidak putus-putus memberi nasihat terbaik buat saya tentang pengalamannya menyusukan anak-anaknya.

3. Anak-anak saya sendiri. Disebabkan saya tahu, anak2 adalah anugerah, dan susu isu juga adalah anugerah tidak ternilai buat anak yang memerlukan. 

4. Juga dari rakan-rakan yang bersama menyokong penyusuan susu ibu terutamanya rakan-rakan dari Ratuhati sendiri.

Gambar Berkaitan Penyusuan:
Saya kecewa kerana tidak dapat memaparkan apa2 gambar berkaitan penyusuan di ruangan ini, kerana kebanyakan gambar saya musnah akibat kerosakan besar pada PC saya yang lama. Hanya gambar ini yang mampu saya pamerkan....

Dia, insan yang minum susu saya paling lama berbanding adik beradiknya yang lain.
Sekarang Hijaz Muhammad sudah berusia 1 tahun 9 bulan.
Insya Allah, saya akan teruskan penyusuan sehingga Hijaz berusia 2 tahun, dan selama mana yang dia mahu.

TAG:
Orang yang tag ialah semua ibu2 yang menyokong penyusuan susu ibu. (Boleh ye? :-))

p/s: Puan Admin Dunia Susu Ibu, sebenarnya, sambil saya menaip entry ini pun saya sedang menyusukan Hijaz, hehehe......

Membuat roti kopi seperti Tesco punya!

Salam semua.... hari Isnin ni moody ke? Jangan mody2 yer, saya sedang bergembira sekarang. Gembira sebab apa yang saya suka makan dapat buat sendiri. Petang semalam, Ahad, saya dan suami buat projek besar punya. Best! Sehinggakan rancangan untuk latihan memandu saya tolak tepi sebab nak habiskan projek GRAND ini. Hahahaha.... Sila gelakkan saya yer... :-D

Dah kecoh sana sini, kat blog satu tu dah kecoh, kat FB dah kecoh, kat ER pun dah kecoh! Ni sekarang nak kecoh kat sini pulak. Sudi2 lah melayan yer.... Apa projek besar tu? Buat pertama kalinya, dalam hidup saya saya membuat roti kopi sendiri. Ala.... roti kopi yang selalu jual kat kedai bakery pasaraya besar tu, Tesco, The Store memang ada jual. Ada orang panggil roti boy, ada orang panggil mexican bun. Tak kisah la... yang penting, dia roti kopi!


Selalu kalau pegi Tesco, lalu je kedai bakery dia, huh! Dah bau dah! Tak tahan, memang la beli. Tapi, bila tengok kat sticker plastik roti tu langsung tiada tanda halal JAKIM, kami stopkan pembelian. Kalau mereka menggantung tanda halal di dinding dapur mereka, mereka patut berusaha lebih lagi untuk meletak tanda halal pada sticker supaya keyakinan umat Islam lebih lagi untuk memakan produk mereka. Bila kami periksa semua produk roti dan kek Tesco yang tiada tanda hala, saya cuba berkompromi dengan diri sendiri, dan anak2 yang saya tak boleh beli makanan tersebut.

Saya perlu menjaga dan memelihara darah daging dan hati keluarga saya. Supaya hati anak2 akan menjadi lebih bersih dan terang dengan memakan makanan hasil buatan tangan sendiri. Jadi, atas usaha itu, saya berusaha mencari resepi roti kopi kegemaran saya dan keluarga ini dari internet. Alhamdulillah, dapat resepi yang mudah dan sedap. Terima kasih pada empunya resepi, Diana@MyResepi. Kalau nak resepi yang saya gunakan, saya dah letak kat blog saya yang satu lagi tu, atau klik je ROTI KOPI ini. Bila2 free, boleh mencuba sendiri. Memang tak rugi mencubanya!

 Ini baru masak, fresh from oven! 

Meh tengok macam mana dalamnya.

Hasilnya, memang sedap, lembut dan seperti yang saya inginkan. Cumanya, saya terpaksa gunakan tepung superfine sebab tak jumpa tepung roti. 

Ok, sampai sini dulu. Saya tak sempat lagi nak BW blog kawan2.Sorry ok! Saya terpaksa stop dulu, sebab dah nak tengahari ni, kena masak untuk anak2 pulak. Insya Allah, nanti saya BW blog korang yer. Terima kasih pada kawan2 yang masih sudi jengah blog ini..... Jumpa lagi!

Sunday, July 24, 2011

Cerita malam minggu!

Malam ni, malam minggu.... boringnya saya!

Tadi ada perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Singapura, saya tonton jugak dengan cik suami.
Huh! Kecewa, kan dengan team Malaysia! 
Lepas tu, sambung tonton Majalah 3, dan terus dengan cerekarama, Sumpah Anjasmoro. 
Dan.... masa Sumpah Anjasmoro, cik suami keluar pula. Ngeteh la tu.... huh!
Saya hanya ditemani Sofie, sebab semua anak2 lain dah selamat lena.....

Habis Sumpah Anjasmoro, solat Isyak dan saya on PC, online la kejap sebelum tido, juga bersama Sofie....
Susah betul anak dara saya ni nak tido, dia tido siang tadi bangun agak lewat petang juga.
Kalau saya tido, dan biarkan dia sorang2, tah hapa2 nanti benda yang akan dia buat.
Jadi, saya online, dialah temankan saya....

 Teman umi online... muncung sikit!

 Hehehe... suka dia!

Tak mo tido lagi tu.... Ish! Jam dah 1.30 pagi!

Esok hari minggu..... boring juga seminggu duduk rumah.
Rasa2nya, saya mahu teruskan aktiviti pemanduan saya la.
Jadi, esok, saya nak ajak cik suami berlatih saya memandu. 
Cik suami saya pakar pemanduan untuk saya... Hehhehehe, sebab saya tak de masuk sekolah memandu, jadi, cik suamilah jadi cikgu memandu saya.
Setakat ni, dia ajar saya baik punya! Dia marah saya, marah-marah sayang tau!

Selamat berhari minggu semua....
Hai.... bila la anak dara saya ni nak tido!

Friday, July 22, 2011

Runsing saya fikirkan hal Sofie!!!!

Assalamualaikum....
Lama sudah rasanya tak berceita pasal Sofie, khusus tentang dia, kan? Mungkin umisofie agak sibuk di dapurnya, jadi kurang melayan karenah Sofie dalam blog ini. Kali ni, saya nak bercerita tentang Sofie....  Banyak yang saya risau tentang Sofie... Banyak sangat la.... tak tahu nak mulakan dari mana.

Pertamanya, bab pertuturan Sofie yang agak lambat. Usia Sofie akan masuk 4 tahun Disember nanti. Saya risau, selagi Sofie tidak bertutur, bagaimana saya mahu hantar dia ke sekolah. Speech therapy bersama HSB, memang ada, tapi setakat ni masih belum nampak hasilnya. Terapi minda bersama kak Raw, memang dah lama ditinggalkan, sebab masalah2 tertentu. Susah nak elak dengan masalah. Ada saja halangan bila berniat mahu ke Gedangsa. Tak tahu la bagaimana.

Keduanya, tentang Sofie yang masih ber'diaper'. Aduhai.... bagaimana ye mahu ajar Sofie free diapers sepenuhnya? Saya nampak ketidak selesaan Sofie akhir2 ini. Kerap benar dia mahu menukar diapers tanda tidak selesa. Saya memang mengajarnya untuk potty training, termasuk adiknya sekali, tapi.... masih gagal. Ada juga occupational therapy memberi satu carta supaya saya boleh tick jam berapa Sofie kencing setiap hari. Cuma, saya tak mampu nak buat, sebab selalu terlepas. Setiap jam perlu tengok diapers Sofie sama ada dia telah kencing atau belum. Kadang2 tak boleh nak pastikan dia kencing atau tidak.

Ketiganya, risau saya tentang diri saya sendiri, yang masih lagi tidak tahu memandu. Huwaaaa!!!!!!!! Macam mana nak hantar Sofie sekolah akan datang. Saya ni, macam penakut pegang stereng! Umo dah berapa? Tolong!!!!!!!!! Kena ada kekuatan sebenarnya,kan? Saya perlukan sokongan dari atas, bawah, depan, belakang dari cik somi. Tolong!!!!!!!! (Jangan ngata saya tau!)

Ok... redakan sikit tegang jiwa saya ni dengan sedikit gambar Sofie. Hehehe.... kasi hilang tekanan. Gambar2 ni saya snap malam tadi, jam 1 pagi. Saya baru nak solat Isyak, si Sofie belum tidur, dia pun nak ikut saya.

 Khusyuknya dia bersujud kepada Yang Maha Esa....

 Selepas tahyat akhir.... raup muka dengan tangan... :-)
Suka tengok tangannya yang gebu tu. Comel, rasa nak geget! 
Tangan kiri pulak tu.... hhehehe.

 Berdoalah.... Semoga Allah akan kabulkan permintaan Sofie, insya Allah!
Amin....!!!!!

Selepas selesai semuanya..... Senyum memandang umi. Tanda puas hati sudah solat.

Sekian dulu untuk kali ini. Semoga kerunsingan saya ini akan berakhir, dan memang telah berakhir apabila melihat keriangan Sofie......

Thursday, July 21, 2011

Lambaian Haji Hijaz... kihkihkih!

Hijaz paling pantang sebut perkataan "mandi", cepat je dia akan tanggalkan seluar, dan cuba untuk menanggalkan baju juga, tetapi gagal..... Dan, bila dah selesai mandi, mulut akan sibuk bercakap, " ale...ale... " (minta tuala). Memandangkan hari tersebut, tuala Hijaz sedang dijemuran, umisofie capai je tuala besar..... 

Mari lihat akasi anak bongsu umisofie ni... :-)

 Ijaz baru lepas mandi.... nak naik haji pulak!

 Umi bucuk.... belom mandi. Ijaz dah mandi!

"Nyom.... nyom.... nyom...." minta diambil lagi gambarnya.

Sekian untuk kali ini.... Nak tayang gambar Hijaz jer... Esok2 cerita lain pulak!
Selamat berbahagia!

Tuesday, July 19, 2011

Melayan karenah mereka sehingga habis bateri!

Assalamualaikum......
Boring sikit hari ni, tiada cerita nak dikongsikan.
Anak bongsu saya, Hijaz (setahun 9 bulan), pandai buat permintaan. Macam2 yang dimintanya.
Malam tadi, saya pegang kamera, ambil gambar kuih apam mentega gula hangus yang saya buat untuk berbuka puasa Maghribnya, tiba2 datang budak kecik itu.

Mulutnya terus bercakap. "nyom...nyom..." Faham apa dia minta?
Dia minta diambilkan gambarnya, dan tersenyum. Pantang nampak kamera, mesti akan cakap "nyom..nyom..." Aduhai... bilalah nak pandai bercakap dgn betul ni. Lucu dengar dia bercakap.


Tiba-tiba, anak sulong saya datang, mulut si bongsu terus bercakap, " abam, nyom..." 
Heheheh.... dia mengajak abangnya ikut serta dalam sessi fotografi yang tak semenggah itu.


Bila saya kata, " dah ye dik, bateri dah habis." Dia jawab, "nyom... nyom..." sambil merengek2, nak lagi bergambar..... Jadi saya layan je kehendaknya sementara bateri kamera belom habis. Dia nak bergambar bersama abangnya saja....


Tiba2, mulut comelnya bercakap lagi, "kakak... nyom." Ah! Sudah, dia mahu bergambar bersama kak chik pula. Kak chik Sofie pula ketika itu berada di depan bersama abi dan abang Amniy, melihat abinya mengajar abang Amniy mengaji.

 Sementara Amniy selesai mengaji, mereka bertiga sibuk nak nyom (istilah Hijaz utk bergambar).
Umi..... layan je la...... selagi belum habis bateri kamera, selagi belom ada tanda merah pada kamera.

Selepas Amniy mengaji...... wah... semua sibuk. Abi tak nak ikut serta. Sebab tahu, nanti umi tayang kat blog! Nanti abi lagi glemer dari anak2, jadi, kasi can la kat anak2.... Hehehhe....

Sekian untuk paparan kali ini...... Adios!
p/s: sebeno eh, nak tayang gambar ber'watermark' ai tu..... kihkihkih!!!!!!!!! 
perasan cantik pulak gambar2 ai tu... :-P

Monday, July 18, 2011

Air Tangan Orang Tidak Solat - Renungan Bersama!

Assalamualaikum.... semoga sentiasa dalam lindungan Allah Taala.
Suka untuk berkongsi sesuatu yang berguna untuk kita semua kaum Muslimin dan Muslimat. Saya copy paste je yer.... dari http://www.iluvislam.com

Cerita tentang Air Tangan Orang Tidak Solat
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. 
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".  Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."
Semoga ianya bermanfaat buat kita semua....

Semoga anak2 saya akan terus terdidik menjadi hamba Allah yang tidak meninggalkan solat.
Ibu2, isteri2.... masaklah di rumah untuk hidangan ahli keluarga..... Insaf juga ni! Kadang2 ada juga membeli makanan di luar, ntah orang yang memasak dan menyediakan makanan tu solat ke tidak.... Huhuhuuuuu. Patut pun, air tangan ibu dan isteri adalah yang terbaik untuk membentuk generasi Muslim unggul!!!!

Sunday, July 17, 2011

Watermark untuk blog ini

Selamat hari minggu..... Assalamualaikum....
Kali ni punya entry malas nak create panjang lebar, cuma nak kecoh2, mulai entry ini, blog ini sudah ada watermark sendiri. Suka saya tau! 
Saya ni minat sunflower, jadi saya minta suflower la...
Cer korang komen sikit.... ok tak?


Jangan kata saya buat sendiri tau! Saya tak pandai, peralatan pun tiada.
Dah dapatkan peralatan, tapi, tak reti2 nak gunakan.
Akhirnya, upah kak As Niza, minta dia buatkan. Cantik,kan?
Teringin nak watermark yang cantik macam gambar Hijaz tu, boleh klik kat nama tu....
Murah jer.....

Friday, July 15, 2011

Bagaimana pokok cekur saya boleh subur?

Assalamualaikum, salam penuh keberkatan di sayyidil ayyam, hari Jumaat yang mulia.
Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati oleh-Nya. Pagi2 ni, terasa ingin berkongsi sesuatu yang berguna buat semua. Ingat tak entry saya berjudul Tanaman Kegemaran bulan lepas? Dimana saya menayangkan hasil2 tamanan saya yang tak semenggah tu.... Tentang pokok cekur saya paling penting, disamping pokok2 lain.

Ok, entry kali ni nak berkongsi sesuatu dengan semua. Tentang bagaimana saya memelihara dan membelai pokok cekur saya.....

Gambarajah 1
Lihat tarikh pada gambar, bulan Mei.... Pokok cekur saya dalam tray besar tu hanya ciput itu sahaja. Saya mendapat anak pokok ini daripada MIL 7 tahun lepas. Sebelum ni, saya hanya menanam ia di dalam pasu yang agak kecil, jadi sepanjang di bawah jagaan saya ketika itu, pokok cekur saya tu umpama hidup segan, mati tak mahu. Apabila saya memindahkan pokok cekur saya pada tray yang lebih besar, saya amat berharap pokok ini akan membesar bagai johan. Tapi, ia tetap begitu, daun yang kecil dan umpama sangat pemalu  mahu hidup bersama saya.

Gambarajah 2
Ini pokok cekur dalam tray yang sama...Gambar tebaru ni! Lihat perbezaan dengan gambarajah 1 tadi. Dalam gambarajah 2, pokok cekur saya kelihatan sangat sihat dan subur,kan? Daun semakin lebat dan nampak la yang pokok ini sangat gembira hidup dengan saya. Mungkin aura telah datang. :-) Setiap pagi dan petang, saya membelek, menyiram dan menggembur tanah. Mungkin belaian saya itu telah memberi semangat untuk pokok ini hidup dengan gembira dan sihat.

Gambarajah 3
Pokok cekur saya bukan hanya didalam tray besar tu saja, tapi terdapat juga dalam pasu kecil ini. Sekali lagi minta mata membuat perbandingan antara gambarajah 3 dan 4....

 Gambarajah 4
Nampak perbazaannya? Dalam gambarajah 4, daun-daun yang keluar sangat subur, bukan? Hati saya gembira sangat dengan perbezaan ini. Tu yang makin hari makin sayang dengan pokok cekur ni, juga pokok2 lain.

Apa yang saya buat setiap hari sehingga kelihatan perbezaan dengan ketara sekali hidup pokok cekur saya tu. Hanya dalam tempuh 2 bulan, pokok itu membesar bagai johan..... Setiap hari, saya akan menyimpan air basuhan beras dalam jag yang besar, dengan tujuan untuk disiram pada semua tanaman saya terutama pokok cekur. Di samping itu, saya telah titiskan 7-8 titik air mizam ke dalam air basuhan beras, lepas tu, saya siram pada tanaman saya.

Air mizam, dan air basuhan beras (dalam jag besar)

Mari lihat apa kandungan air mizam....
Air mizam merupakan kombinasi di antara Air Zam-zam, Mineral Kristal Putih & Amber. Elemen-elemen semulajadi ini sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Bukan hanya manusia, malah boleh dititiskan kepada tumbuhan. Jadi saya cuba buat testimoni pada tanaman saya.

**********************************************************************************************************************************************************************************************************
Kenapa saya begitu menyayangi pokok cekur saya?


Sekian untuk kali ini.... semoga bermanfaat!

Thursday, July 14, 2011

Thank You, Mama Risa!!!!!

Assalamualaikum semua....
Entry kali ni nak heboh pasal parcel yang saya dapat dari seorang kakak yang sangat baik hati.
Mula2 poslaju sampai rumah, konfius juga, sebab tengok tak de nama dari kakak tu.

 Tapi, bila dah main2 mesej dengan dia kat FB, tau la dia punya kerja ni.
Hehehehhe....
By the way, thank you so much buat kak Risa
Baju akak hantar ni memang sangat cantik dan sesuai dengan budak perempuan tu.
Tapi, besar sikit.... tak kisah pun, sebab boleh simpan, sikit masa lagi dah boleh pakai untuk bergaya

Inilah bajunya:
:
:
:

Cantik,kan? 

Untuk tatapan mama Risa....
 Gaya jubah dah....

Hai mama Risa.... thank you so much! 
Muuuaaahhhhh!!!!!

Wednesday, July 13, 2011

Buah durian makan dengan nasi?

Mula2 saya berkahwin dengan encik suami, 10 tahun lepas, saya pelik dengan situasi makan buah durian dengan nasi. Memang pelik, sebab dalam keluarga saya memang tak pernah diajar begitu, melainkan makan sambal tempoyak. Saya mula2 dulu, memang rasa geli gelemen jugak la.... tengok semua ahli keluarga suami makan durian bersama nasi. :-D


Image dari pakcik google

MIL minta saya cuba sikit2. Serius! Saya terus menolak, kata "tak biasa". Tak pernah pun makan! Tapi, secara diam2, bila tengok betapa berseleranya mereka makan durian bersama nasi, saya teruja ingin mencuba. Saya ni pulak jenis manusia suka mencuba, sedap ke, tak sedap ke, harus mencuba dulu. Kalau tak sesuai dengan tekak, boleh tolak tepi. Mana la tahu masuk dengan selera tekak.

Mula2 dulu, saya cuba makan durian bersama kari ikan masakan FIL. Sekali makan..... uuummmppphhhh!!!!! Memang sedap la! Patut pun mereka hilang arah bila dapat pekena buah durian bersama nasi. Heheheh..... Kelako pun ada! Dan lepas dari tu, setiap kali musim durian, memang nak membeli je, buat stok dalam peti sejuk. Boleh makan bersama nasi, sebagai penambah selera. Tapi... tu la, bila dah pekena durian, memang lupalah niat untuk berdiet tu.

Ok, antara masakan yang biasa saya satukan dengan buah durian ketika makan ialah kari atau masak lemak lain. Memang superb!

Nampak tak buah durian tu.... 
saya makan bersama telur itik masak lemak cekur, juga ulam kacang panjang

Bila dah pekena tu, memang bahaya! Rasa nak menambah je nasi tu. Tapi... masih boleh kawal, ingat... makan untuk hidup. Bukan hidup untuk makan! :-)

Nampaknya, stok buah durian saya dalam peti sejuk tu makin surut. Haruskah menambahnya? Hehehe... kena pujuk encik suami la gitu! Amacam, korang biasa ke makan durian dengan nasi? Ke saya je yang rasa pelik dulu2nya?

Tuesday, July 12, 2011

Akhirnya, mereka bertunang!

Assalamualaikum semua.... Terima kasih yang tak terhingga pada kawan2 yang masih sudi menjengah sini. Saya terkejut sikit la, sebab ada saje followers baru memfollow blog saya ni. Terima kasih tak terhingga sekali lagi. Insya Allah, saya akan follow balik blog korang :-)

Blog ni sepi je sejak akhir2 ni,kan? Minggu sudah saya balik kampung, adik perempuan saya bertunang. Tu yang tak menang tangan tu. Konon! Macam orang kuat je,kan? Orang kuat jaga anak kecik!!!!! Hhahahah, sebab dia adik saya,kan, jadi buat2 la macam orang kuat walaupun tak de sumbangkan apa2 pun.

Saja tepek sikit gambar je la yer.....

 Sedikit hantaran dari pihak perempuan untuk pihak lelaki.

 Balasan dari pihak lelaki kepada pihak perempuan.

Keluarga saya dan keluarga tunang adik saya tu, tak de buat apa2 perjanjian berapa dulang nak dibalas. Nak bagi berapa pun boleh. Tak nak bagi pun boleh. Jadi tak de ikut adat melayu yang kata pihak perempuan kena lebih dulang dari pihak lelaki. Ah, mengarut je bagi saya.... sorry ye bagi yang terasa hati. Semua tu ikut kemampuan masing2. Kalau nak bagi banyak, silakan, selagi tidak membebankan mana2 pihak.

Inilah adik saya, Nurul Asyikin... hehe, mentel sikit budak ni. :-)
Saya nasihatkan dia, cepat2 jadi wanita matang ye. Tak lama lagi nak jadi isteri orang.

Gambar tunangnya, hohoho... saya tak ambil sebab malu seh! Nanti la, bila mereka dah bernikah nanti saya tayangkan kat sini. Nak je rasanya curi gambar tunang adik saya ni kat FB dia. Tapi,.... hehehe. Saya ni bakal akak ipar dia yang pemalu ok!

Bersama ummi saya (kiri) dan ibu Hanif (kanan)

Nasihat saya pada mereka, jaga diri dan peribadi. Kamu berdua masih bertunang ye, belum halal.... Kalau nak kawen cepat2 pun akak ok jer, no hal punya! Tapi, pada encik Hanif (tunang adik saya tu) bagi la peluang Nurul tu belajar selok belok alam rumahtangga yer... :-)

Semoga selamat ke jinjang perkahwinan.... :-)

Thursday, July 07, 2011

Doktor dah offkan ubat tau! :-)

Sibuk manjang... beberapa hari ni, susah betul nak curi masa untuk update blog ini. Sebelum tidur malam ni, ambil masa la kejap.Update pasal Sofie la yer. Sofie ada appointment minggu ni. 2 kali dalam seminggu terpaksa pergi HSB. Penat jugak la, suami pun terpaksa ambil half day, maklumlah dah banyak sangat cuti, jadi, kali ni kena ambil half day je la.

Isnin petang, 4hb, kena bawa Sofie ke HSB, ambil darah untuk test TFTnya. Hai, tak habis2 lagi.... tak tahulah sampai bila. Urat Sofie dah la susah dapat, nak ambil darah memang mencabar. Tapi, nak buat macam mana,kan? redah jugak la....

Waktu sampai je HSB, Sofie sedang tidur dalam kereta. Jadi, saya terpaksa dukung Sofie. Beghat woooo anak dara tu. Hehehe... gebu badan budak pompuan ni sekarang. Kalau dukong dia, rasa nak picit2 jer... Tengok pic atas tu, dengan muka mengantuk baru bangun tidonya, sabar menanti giliran dipanggil ke bilik rawatan untuk dicucuk tangan montoknya. Cool tak dia?

Ini bilik no.10, bilik rawatan tempat para nurse klinik kanak-kanak tu cucuk2 tangan anak2 untuk ambil darah. Saya boring tunggu kat depan tu, 1/2jam tunggu Sofie tak keluar2 lagi. Orang pun tak de, jadi, saya amik la gambo.... Dengar2 jugak, kot2 terdengar suara Sofie menangis, tapi.......

45 minit kemudian, nurse panggil, "mama Sofie. Dah siap!". Saya dengan senyum2 kambingnya, pergi ke arah bilik no.10 tu, nak ambil Sofie. "Dah siap? Kejapnya." (Hehehe... sempat perli lagi!) Seorang nurse yang dah biasa dengan Sofie, (ye la, Sofie dari baby kat situ, dah kenal dah), terus jawab, "Biasala mama, tangan gebu Sofie tu, susah betul nak cari urat." Hehehe.... gelak je saya. Tau dah!

Bila saya masuk bilik tu, saya nampak Sofie cool je. Sangat cool! Tak nampak gaya lepas nangis... Kuat anak umi ni yer! Dah besar ye. Lepas ucap terima kasih, terus saya bawa Sofie keluar.

Sampai luar, dudukkan Sofie dulu sebab nak pakaikan dia kasut. Alahai... masa tu mulalah nak mengadu dengan bahasa Jermen dia. Sambil tunjuk2kan tangan dia yang kena tape tu. Nak kata sakit la tu.

Tengok, sambil buat muka simpati..... hahaha. Konon2 umi nak kesian la tu, minta dukung. Tak mo pakai kasut. Ish, tak larat la nak mendukung budak perempuan tu sampai kereta. Akhirnya, pujuk juga kata nak beli air kotak kat kiosk depan... hehehe, seronok bukan main dia.

Esoknya, 5hb, pagi, pergi lagi HSB sebab ada appointment dengan pead doktor. Paling best dan gembira, bila doktor offkan semua ubat Sofie. See.... Sofie dah sihat. Alhamdulillah. Cuma ada satu gas yang perlu Sofie ambil, iaitu gas ventolin. Gunakan bila Sofie batuk sahaja. Untuk ujian darah semalamnya pun, alhamdulillah, normal. Doktor stopkan tiroxin buat Sofie.... Fuh! Lega tau! Budak perempuan tu punya susah makan ubat sekarang!

Bersia-siar di taman hospital...

Sekian update terbaru Sofie...... Daaaaaa...!!!

Monday, July 04, 2011

JANGAN TIRU! BAHAYA!!!!!!


Selamat hari Isnin, hari yang selalunya mood masih belum menjadi.... Apapun kena hadapi dengan pebuh rasa kesyukuran kerana kita masih dipanjangkan usia.... Pagi-pAgi, mood macam swing2 sikit... hehe. Belek2 album dalam PC, terjumpa beberapa gambar.... hohohoh. Idea update blog sampai.

Diberi peringatan pada anda semua, "JANGAN LAKUKAN AKSI INI KETIKA MEMANDU!"

Kejadian berlaku ketikan kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dari kampung. Sofie buat hal dalam kereta, Sofie nak duduk depan bersama umi dan adik Hijaz. Kebetulan masa tu, kami menumpangkan seorang adik untuk pulang ke asrama. Sekolah adik saya tu berdekatan dengan rumah saya, jadi, kalau balik dari kampung, kamilah yang bertanggungjawab membawanya. Jadi, mungkin Sofie berasa kurang selesa.... mengada sungguh Sofie tu.

Sofie pun mengamuk sepanjang jalan, berkeras mahu juga duduk di depan. Dan kebetulan Hijaz sedang lena di pangkuan saya sambil ngempeng. Mana boleh bertolak ansur dah kalau Hijaz bergayut. Jadi, nak tak nak abi terpaksa main peranan. Sambil memandu, sambil memangku anak gadis nan seorang.

 Paling kelakar boleh dia tertidur disisi abinya. Geram pun ada masa ni, dah la tengah memandu. tak pasal2 bapak polisi nampak.... kan ke naya! Ampun ye bapak polisi.... aksi ini tak kan berlaku lagi!

Memandu dengan amat perlahan ..... nak membelok pun payah sebab ada budak perempuan tu..... Lepas ni, harap sangat, Sofie jangan buat hal!

Tengok kereta dah penuh macam tu, macam mana nak letak car seat untuk Sofie? Kereta dah la kurang besar....Sofie semakin besar dan bijak, pandai dah keluar dari car seat dan berpindah tempat duduk. Gambar ni diambil ketika di trafic light.

Jadi, kesimpulannya... aksi bahaya ni jangan ditiru ketika memandu. Cik suami saya seorang pemandu profesional.... hahahhaha! Tu sebab dia berani ambil risiko!!!!!!!