Friday, September 28, 2012

Dia kembali semula ke sana... Selamat berjuang!

Assalamualaikum...
Alamak! Lupa sungguh nak update pasal ni. Kannnn, memang tak menang tangan... dengan anak2 yang 5 orang tu, rumahtangga, roti2.... sampai nak update blog pun tak sempat. Cerita pasal adik saya, Amad namanya....

Mmmmm, raya hari tu Amad balik ke Malaysia, sambut Aidilfitri bersama keluarga sekaligus meraikan perkahwinan abangnya juga. (Nanti saya update pasal perkahwinan adik saya tu) Owh, Amad ni tengah belajar kat Egypt sana tu. Bakal doktor la katanya, amin, insya Allah. 2 tahun lepas saya ada buat satu entry khas tentang pemergiannya ke Bumi Anbiya` itu. Sungguh cepat masa berlalu, 2 tahun dah rupanya Amad ke sana.

Pada 25 September lalu, kami semua hantar Amad..... hantar kat KLIA je pun. Tapi, seronok la dapat hantar dia. Tak de la sedih sangat. Paling seronok, anak saya. Sakan sungguh!!!! Maklum la, kalau tak hantar sesapa, tak de maknanya nak ke KLIA tu. Anak kampung la katanya, jadinya bila dapat turun ke KLIA tu, macam satu tempat yang paling best la... Hahahaha... Mari gelakkan anak2 saya yang aktif2 dan excited2 tu. Cakap je nak pergi KLIA, excited amat macam nak pergi oversea.....Hahahahaha.....

 Amad sebelum berangkat. 
Amad yang dukung baby Amal tu, nak belajar sambut baby nanti senang. 
Dah biasa dukung baby, kannnnn..... :-)

 Amad dengan Hijaz yang pemalu....
Baru nak cas bateri.... Baru sampai, malu lagi.

 Sebab ada tukang tolak troli, sakan budak2 ni.
Iwan (tengah) dengan mak su dan pak su. 
Jangan tak tahu, mak su dan pak su Iwan adik2 saya sama ayah lain mak. 
Hihihihi... mereka memang akrab......

 Amniy yang excited. 
Seronok sebab ada tukang layan tolak troli...
Sian tukang tolak.

 Sofie ngengada malam tu....
Dia tak nak turun.... nak duduk je kat stroller tu.
Patutnya stroller tu untuk adik Amal.

 Ni sorang lagi, anak manja.
Tak mo berengang langsung dengan ummi.
Sebelum bateri penuh, ummi la jadi mangsa dia. 
Padahal ramai lagi sukarelawan yang sedia berkhidmat nak main dengan dia. 
Makcik dan pakcik ramai....

Amal pun.... tengok, sangat excited ok!
Tak padan umo baru 2 bulan....
Sakan berjalan waktu malam.... 

Ini orang yang dirai.... Muhammad Busyoiri.

Semoga Amad sentiasa tabah di Bumi Anbiya`, semoga sentiasa dalam keberkatan Allah. Sentiasa bergerak dalam jemaah ye Amad, biar hati kuat, iman kental. Lepas ni, tak tahu lagi bila Amad akan balik sini, atau mungkin terus sehingga tamat pengajian di sana. Apapun, jaga diri baik2. Ingat Allah selalu, ingat Abi, Ummi dan keluarga di sini. Kami semua doakan! Peace! SELAMAT BERJUANG MENUNTUT ILMU!

Sekian buat waktu ini! :-)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....