Wednesday, September 22, 2010

Entry khas untuk adik yang jauh di perantauan

Entry ini khas ku tujukan buat adikku yang telah pun ke perantauan menuntut ilmu. Hati ini bagai meronta mengingati dia, jadi ku coretkan sesuatu buat tatapan dia......

Selamat menuntut ilmu adikku....
Pemergianmu di perantauan mengundang kesedihan 
Namun kegembiraan tetap di hati kerana bangga denganmu
Seluruh keluarga menangisi akan pemergianmu
Menangis di hati cuma
Janganlah kau bersedih hati
Janganlah kau gundah gulana memikirkan insan2 yang kau tinggalkan

Pemergianmu cuma sementara
Pergilah dengan rela hati
Jangan berduka hati di sana 
Kami di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu
Kami tidak putus mendoakan keselamatan kamu
Kami juga mendoakan kejayaan kamu
Carilah ilmu dengan gembira

Di sana, pasti ada badai cabaran yang bakal kamu hadapi
Sabarlah...tenanglah hadapinya
Bermunajatlah kepada-Nya
Kerana Dia sentiasa dekat dengan kamu
Janganlah kamu melupakanNya

Harapan abi dan umi
Melihat kamu pulang dengan kejayaan
Melihat kamu pulang dengan segulung ijazah
Yang bisa membantu abi dan umi
Yang bisa menceriakan hati abi dan umi
Yang bisa membantu ummah jua

Selamatlah kamu di Bumi Anbiya`
Berjuanglah adikku!
Kami semua merindui kamu

Nota Umisofie: Kenapalah dalan entry ini rasa ingin berpuisi, dah la tak pandai berpuisi. Lantaklah,kan..... So, pada adikku, Mohammad Busyoiri a.k.a Mamat, teruskan perjuangan ye. Jangan patah semangat. Umi kata dengan akak, ko rajin dan cerdik. Antara adik beradik kita, ko la paling jauh sambung belajar. Yang lain semua kat sini je. Ko je kat sana...... Akak tahu, subjek yang ko ambil bukan calang2. Sangat rumit dan tension. Tapi, umi kata dengan akak, dia yakin ko boleh harung....Yakin boleh!!!!

Wajah2 Mamat....

Bersama abi dan umi sebelum berangkat

p/s: Adik saya ni amik medic kat University of Cairo.....huhuhu. Jauhnya ko ngn kami.

7 comments:

  1. selamat belajar buat mamat...rajin & sabar insyaAllah berjaya.amalan akak dulu ialah selalu ingat kepada ibubapa...memang itu menjadi pendorong utama utk berjaya dlm pelajaran.

    ReplyDelete
  2. sedih jugak kan kak fieza kalau kene berjauhan ngan adik²..dahlah negara org pulak..tp mesti bnyak pengalaman adik akak tu kan, nak² amik medic pulak..

    semoga berjaya untuk adik akak tu ye..

    ReplyDelete
  3. bagusnya.. blaja medic kena kerja kuat. Selamat berusaha untuk mamat. Takpe fiza. Dunia skang kan dihujung jari. Senang nak contact mamat bila2 pun..

    ReplyDelete
  4. puisi indah gubahan rindu dari seorang kakak untuk adiknya...
    semoga adik fiza berjaya dan selamat sentiasa...insyaALLAH.

    ReplyDelete
  5. Wow medic..bagus2..:)
    Semoga berjaya Mamat..
    Kak Fiza..jgn sedih2 yek..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..bangga rasa nyer ade rakyat m'sia belajar jauh2 demi menuntut ilmu...

    bangga dpt adik mcm ni kan kak?

    ReplyDelete
  7. salam kak ieda,
    insya Allah, apa yg k.ieda pesan akan saya sampaikan pada Mamat.terima kasih kak...

    ****************************************************************************************
    rina,
    mmg akak agak sedih. apa lagi mak ayah akak...mrk pasti lebih sedih,rina. namun gembira krn dia satu2nya adik akak yang berjaya melanjutkan pelajaran di ngr org.

    **********************************************************************************
    kak azma,
    mmg pun kan kak...kena kerja kuat! nasib baik skrg senang berhubung. kalau dulu, berhabis duit telefon dari sana ke m`sia.

    ***********************************************************************************
    kak mazz,
    hehehe...tak indah mana pun kak. bukan reti berpuisi fiza ni. saja je ni....
    terima kasih ye kak mazz.

    ************************************************************************************
    noina,
    hehe...bagus ye ina....tq2x.
    di taja sepenuhnya tu...rezeki dia..

    ****************************************************************************************
    izwa,
    alhamdulillah....bangga akak dgn adik sorg ni. hehe. maklumlah, adik,kan.....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....