"Fiza boleh buat kek span?"
"Boleh, Insya Allah. Nape cik?"
"Cik nak order kek, 2kg 2 biji. 1 biji rasa vanila, 1 biji rasa coklat. Boleh ke?"
"Mmmmm..... boleh, boleh. Insya Allah. Sebenarnya Fiza tak pernah lagi buat kek span untuk niaga. Nanti Fiza tengok2 loyang yang ada." (Maklum la.... niaga suka2 bukan byk mana pun loyangnya :-))
"Selalu jual kek apa?"
" Ohhh, selalu tu jual kek keju ke, kek coklat kukus ke, atau kek ada karamel la."
"Ooooo, jadinya kek span ni Fiza boleh buat tak?"
"Insya Allah, boleh cik."
"Ok, nanti minta Subky bawa sekolah sekali ye. Tolong hantar ke Pra-Sekolah." (Pakcik saya ni supplier makanan untuk anak2 Pra- Sekolah di sekolah suami saya)
"Oh... ok2."
Ohhhh, kek span....... Saya pernah buat kek ni beberapa kali dulu untuk anak2. Saya terus sms ummi saya di kampung tentang resepi kek span dia. Sebab ummi saya berniaga kek termasuk kek2 aising, jadinya adalah lebih baik saya gunakan resepi yang dah terbukti. Teliti dalam semua resepi yang ada, ada satu bahan untuk membuat kek span menggunakan Ovalette.
Tahukah kita apakah Ovalette sebenarnya? Tahukah kita sumber utama untuk membuat Ovalette itu? Alhamdulillah... saya dikurniakan suami yang begitu prihatin. (ooopppsss, saya sendiri kurang prihatin sebenarnya uhuk...uhuk...) Ketika saya memberi wang pada suami minta dibelikan Ovalette, dia bertanya pada saya, "Ovellette tu dibuat dari apa ye?"
Saya tersenyum....."Tak tahu la." Suami berlalu begitu saja.... Saya terus menggunakan pakcik gugel untuk mencari bahan utama Ovalette. Gugel punya gugel, mencari dan terus mencari...... Ini jawapan dari persoalan saya.
Sekiranya diketahui, barulah mudah untuk membuat keputusan samada bahan tersebut halal, haram atau diragui. Sebagai contoh, pernahkah anda menggunakan OVALETTE??. Sesiapa yang pernah membuat kek span atau kuih seri ayu mesti pernah menggunakan bahan ini. Ovalette merupakan bahan penstabil dalam adunan kek span. Bahan utama dalam kek span adalah telur yang dipukul sehingga kembang dan gebu. penambahan ovalette akan menyebabkan adunan menjadi lebih stabil dan kek lebih lembut.
Tahukah anda sebenarnya ovalette itu diperbuat dari Monoglyceride, Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine dan air. Rajin2 la menyemak label apabila membeli produk dipasaran. Tetapi perlu lebih berhati2 apabila membeli bahan mentah di kedai menjual bahan bakeri kerana kebanyakan bahannya adalah dipek semula untuk pembungkusan yang lebih kecil dan biasanya tiada sebarang label.
Bahan2 utama yang terkandung dalam ovalette itu adalah terdiri dari sumber lemak yang berkemungkinan lemak haiwan atau lemak tumbuhan iaitu Monoglyceride dan Polyglycerol. Sekiranya bahan tersebut sah dari sumber tumbuhan dan terdapat pengesahan HALAL pada produk tersebut, insyaallah ianya dijamin halal. Namun sekiranya sumbernya tidak dinyatakan dan ditambah pula tiada pengesahan halal, maka berkemungkinan besar produk itu tidak halal. Kemungkinan besar sumber lemak diperolehi dari lemak babi atau lemak haiwan yang tidak disembelih mengikut perundangan islam. <sumber>

Ohhh... jadi diketahui, Ovalette adalah syubahah dan meragukan.
Pesan Rasulullah S.A.W:
"Tinggalkanlah apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan"
( Hadith Riwayat at-Tirmizi dan an-Nasaie)
Ya Allah, ampunkanlah saya. Saya lalai selama ini.....
Saya sedang mencuba menjadi Hamba Allah yang tidak berputus asa. Mencari dan terus mencari resepi yang sesuai. Akhirnya, saya cuba membuat kek span tanpa ovalette..... Telur dan gula dipukul sehingga kembang, berkrim dan penuh satu mangkuk. Sehingga ia betul2 bertanduk kata orang.... masuk bahan2 lain dan bakar seperti biasa.
Alhamdulillah... kek tetap menjadi tanpa Ovalette. Hati tersenyum puas apabila encik suami merasa kek span tanpa ovalette itu. Katanya, "Mmmm......, ok je. Tak de Ovalette pun kek tetap jadi, kan?" Tersenyum saya!
Dan hari ini, saya akan membuat kek span beraising untuk pakcik saya tanpa menggunakan Ovalette. Semoga Allah permudahkan segala usaha saya. Saya cuba sedaya mungkin tidak terlibat dengan dengan perkara syubahah. Saya tak mahu pembeli2 saya juga terlibat sama. Biar kita rugi sedikit di dunia, sedangkan kerugian amat besar menanti di sana.
Wallahu a`lam........
p/s: Macam mana eja Ovalette sebenarnya? :-)