Tuesday, January 15, 2013

Anak Sindrom Down Yang Aktif & Penyayang

Semoga semuanya baik2 aje....
Musim persekolahan telah pun bermula seperti biasa. Agak sibuk sebenarnya dengan aneka ragam anak2 yang bersekolah. Jadual harian saya juga turut berubah apabila Amniy Mahfuz telah pun masuk Tahun Satu. Alhamdulillah..... Masih rasa nikmat kelam kabut menjadi ibu pada anak2 yang bersekolah. Pejam celik, pejam celik, sudah 3 orang anak saya bersekolah termasuk Sofie.

Owh Sofie, agak lasak sejak akhir2 ni. Macam2 dia dapat dari sekolah. Maklum saja, jumpa kawan yang aneka ragam. Memori peniruan sangat kuat. Paling risau, Sofie mudah terima perkara yang agak negatif. Terbaru...... pandai dah buat lagak seperti seorang gangster. Aduhai anak dara! Bayangkan...... sambil cekak pinggang ...... memanggil orang "hoi"..... dan dicuitnya sebelah hidung dengan ibu jarinya, atau kadang kala dengan jari telunjuknya. Huh! Nampak sangat gaya seorang gangster. Memang lucu lagaknya. Tapi..... risau hati seorang ibu tetap ada. Kenapa perkara negatif mudah amat lekat dalam kepalanya?


Anak SD seperti Sofie punya sifat penyayang dalam diri. Agak rajin melayan adik, tapi.... caranya masih belum betul dan saya tak boleh percayakan Sofie lagi. Suka minta Amal untuk didukung. Kadang, tanpa saya melihatnya, Sofie cuba mahu mendukung Amal. Menjerit saya dari jauh..... Bila ibu ini sudah punya anak ramai begini, suara bukan lagi rahsia. 


Baru2 ni, ada insiden berlaku pada Sofie. Tak la besar mana, tapi sudah cukup membuatkan hati seorang ibu risau. Ketika sedang seronok bermain dengan kawan setaman, pipi Sofie dipukul oleh kawan dgn objek yang agak tajam. Saya tak pasti apakah objek itu. Tapi, kesan calar dipipi Sofie telah menyebabkan luka agak dalam. Saya cuma sapukan dengan minyak habbatus sauda`. Biasa la, tangan anak gatal, Sofie suka kopek2 keruping yang dah kering. Luka bertambah la jawabnya. Kesian sangat... bila saya sapukan minyak, dia mengadu sakit.

Saya sangat berharap luka di pipi Sofie cepat sembuh dan Sofie boleh sekolah seperti biasa. Sengaja saya cutikan Sofie dari sekolah sebab nak luka tu betul2 kering.

Inilah kisah Sofie sejak akhir2 ini....... Semoga anak ini terus hidup sihat, itu harapan saya.

Sekian.

8 comments:

  1. Aamiin InsyaAllah luka Sofie segera sembuh. Saya ada seorang cousins sindrom down. As far as I'm concern, dia pun akan cepat 'tangkap' negatif habit / words compare to yang betul. Tapi jangan putus asa ye awak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih D Yatie....
      tu la kannn, hati ibu mana tak risau kalau anak dpt yg -ve je.
      insha ALlah, saya akan terus berusaha utk anak saya.

      Delete
  2. risau jugak kalau camni kan fiza...tp takpe, sofie dah bijak dah jadi kakak besar.. : )

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.....
    saya juga dikurniakan anak istimewa (2tahun)...saya baru berpindah ke rawang...saya ingin minta mengetahui aktiviti dan program yang harus anak istimewa DS ini ikuti...bantulah saya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....