Friday, January 25, 2013

Buku Garis Satu Punya Hal!

Mahfuz murid Tahun Satu. Dia bersekolah berdekatan dengan rumahnya. Mahfuz ke sekolah bersama bapanya dengan menaiki motor, atau kadangkala kereta. Ikut suka hati bapanya mahu naik kenderaan apa. Kalau ada pilihan boleh naik helikopter, dan bapa Mahfuz punya helikopter itu, mungkin Mahfuz ke sekolah menaiki helikopter. Grrrrrr.....

Ini cerita Mahfuz. Pulang dari sekolah, Mahfuz bercerita pada ibunya tentang perihalnya di sekolah.

"Mummy.... kat sekolah tadi kita kena marah dengan cikgu." Mahfuz mulakan bicara. Sambil membasuh pinggan di sinki dapur, ibunya agak terkejut lalu bertanya, "Kenapa awak kena marah? Awak buat cikgu marah ke?" 

"Mana ada..... kita kat sekolah budak baik. Mummy.... cikgu tak nak buku yang kita bagi. Cikgu nak buku yang ada lambang sekolah. Buku yang ada tulisan nombor satu."


"Awak bagi cikgu buku apa?" Ibunya menyoal.

"Kita bagi cikgu buku edisi khas hari guru tu. Buku nombor satu dah habis. Semua cikgu lain dah ambik. Kita sorang je cikgu marah, mummy. Semua kawan kita bagi cikgu buku nombor satu." Mahfuz mengadu.

"Alahai siannnya anak mummy... kenapa la sebab buku tu cikgu marah awak. Kan tu buku garis satu jugak. Awak kan nak guna isi buku. Nak tulis dalam buku. Bukan nak guna kulit buku." Ibu merasa sedikit marah sebenarnya. Dalam hati ibu mengatakan cikgu mengada2. Hihihihi........

Ibu bertanya lagi, "Cikgu sapa tu?"

"Cikgu Masjoko, mummy. Cikgu tu ajar Bahasa Malaysia."

"Cikgu tak tahu ke yang buku edisi khas hari guru tu kedai buku yang jual. Masa baba beli buku awak kat kedai buku hari tu, dorang yang bagi buku edisi khas hari guru tu sebab buku nombor satu dah habis. Ish.... cikgu ni." 

Ibu Mahfuz mula nak marah sebenarnya, tapi cuba dikawal sebab tak mahu Mahfuz perasan yang  ibunya sedang marah. (Ye la tu.... uwek!)  Ibu menyambung bicara, "Tak pe la.... nanti kita suruh baba awak belikan buku yang cikgu nak. Tak pun, esok mummy bagi duit, awak beli sendiri kat kedai buku. Boleh?"


"Boleh, mummy. Tapi.... kalau kat kedai buku dah habis buku tu macam mana? Nanti cikgu Masjoko marah kat kita lagi. Kita takut nak pegi sekolah. Cikgu ni.... sikit2 nak marah. Kita kan budak tahun satu." Oh....Mahfuz sudah pandai! Hehehehe......

"Mmmmm, ok. Tak pe.... nanti kita bagitau baba macam mana ye."

Petang itu ibu Mahfuz bercerita perihal Mahfuz pada bapanya. Respon bapa...... "Tak pe, nanti baba kasi buku nombor satu sekolah baba. Nanti bagitau cikgu, baba kirim salam ye." Bapa Mahfuz seorang Guru juga di sekolah lain.

Hehehehehe...... ntah apa reaksi cikgu Masjoko tu ye bila dapat buku nombor satu yang ada lambang sekolah lain?

Komen penulis : Tak faham la kenapa ada guru yang cuba bersifat kurang matang. Buku garis satu punya hal, anak jadi takut nak ke sekolah. Tak faham juga.... kalau buku edisi khas hari guru tu cikgu tak mahu terima, kenapa masih dijual di kedai buku sekolah. Bukan kita nak tulis pada kulit buku. Yang penting kan ia ialah buku garis satu atau buku nombor satu. Kalau si ibu belikan anaknya buku dari kedai luar, pasti anak akan dimarah teruk oleh guru mata pelajaran tersebut. Aduhai cikgu.... janganla berkira sangat!

8 comments:

  1. ntah le.. mungkin cikgu nak buku 'seragam' kot, sian anak2

    ReplyDelete
  2. lahai...macam2 la ye. bukan ke fungsinya sama je?

    ReplyDelete
  3. Xsangka cikgu2 pun jd mangsa pembodohan kerajaan..igtkan mahasiswa je..

    Hari tu jumpe PM kt sini,budak2 duk mintak naik elaun..bahalol punya selfish mahasiswa!malu pd tahap pemikiran sebegitu!

    ReplyDelete
  4. bukan saja kes buku lain , nak fail warna yang sama padahal yang dijual yang tu saja...yang kena marahnya anak-anak...sian diorang..bab kecil macam ni pun cikgu nak marah sampai budak-budak takut nak ke sekolah...

    ReplyDelete
  5. Salam kak umi, anak yana pun dapat juga buku edisi khas tu tapi alhamdulillah..cikgu dia pesan buku tu sama jer dgn buku no.1.Pelik juga kat cikgu macam tu.Dah kalau taknak guna buku edisi khas tu kenapalah dijual buku tu.Kesian murid tu :(

    ReplyDelete
  6. Salam may b miss communication tu..tnya ank btl2..jgn cpt salahkn Cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. w salam...
      thank`s ye sudi ke mari :-)
      tak de miss communication. dah jumpa cikgu tu dan tanya.
      memang dia sendiri nakkan buku yg ada cop sekolah.
      alasan, cikgu lain akan guna buku tu.
      kenapa cikgu lain boleh terima, cikgu tu tak boleh terima.

      saya tak salahkan cikgu pun.
      tapi, serius, cikgu skrg ramai sgt yg emo dlm mendidik anak2.
      bayangkan, murid thn satu sudah diberi hukuman yg agak melampau.... contoh, conteng muka murid dengan maker pen atas kesalahan yg kecil. patut ke? sian kat murid, balik rumah dengan muka berconteng. murid menangis..... murid jadi takut nak ke sekolah sebab ada subjek cikgu jenis gitu.

      Delete
  7. Huhu..macam2 hal skrang..bdk2 zmn skrg xleh diusik pun..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....