Tuesday, August 03, 2010

Bila mereka tidur

Maaf la.... 2 hari saya tak update blog ini. Rentetan terlalulah sibuk menjalani kehidupan sebagai ibu kepada anak2 yang ramai ni. 4 orang, ramai ke? Dan isteri kepada suamiku yang budiman. Banyak juga cerita nak dikongsikan, sehingga terlupa cerita mana mahu dikongsikan.

Kali ini saya bawa kisah tentang tidur anak.... Bila anak2 sedang tidur, pernah tak pembaca semua ada perasaan, lega, aman sikit, rindu.... ke saya je yang ada perasaan macam tu ye. Mungkin juga, sebab anak2 saya ada peringkat umur yang pelbagai. Yang sulong 6 tahun, kedua 4 tahun, ketiga 2 tahun 8 bulan (dah nak masuk 3 tahun dah Disember nanti) dan yang bongsu baru 10 bulan.

Pada saya, bila anak2 tidur, saya cukup lega...hehe. Kenapa? sebab saya rasa sedikit sunyi dan sepi. Dan saya perlukan rasa itu kadang-kadang. Saya boleh buat macam2 kerja. Terutamanya bila si kecil tidur. Macam sekarang, sambil saya menaip entry ini, saya sedang tidurkan si Hijaz sambil menyusukan dia. Sambil melayan sedikit halwa telinga lagu2 Maher Zain di window media player saya. Hehe... Buat 2 kerja dalam satu masa. Eh, bukan 2 kerja, tapi 3 kerja. Bukan semua orang boleh buat,kan? Hanya mereka yang bergelar ibu saja mampu melakukan tugas seperti yang saya buat sekarang. :D Ceh...!!! Konon.

Sofie ketika ini juga sedang lena diulit mimpi bersama Amniy di bilik berhawa dingin. Hamboi...anak2 umi tu, ntah pukul berapa la nak bangun. Kejap lagi umi masuk, umi offkan aircond, baru nak bangun. Tapi, sengaja saya biarkan dulu mereka tidur dengan nyenyak. Supaya saya boleh selesaikan tugas saya ini. Ikhwan, tentu saja ke sekolah. Jangan tidur di sekolah sudah yer.... Balik kang umi piat telinga!


Gambar menunjukan aksi anak2 saya sedang tidur yer... Ikhwan dan Amniy sedang tidur dalam kereta, gaya Sofie tidur dalam buaian (sila perhatikan kaki dia. very fleksibel, ok!) dan Hijaz tidur dalam kerusi malas abinya. Kerusi malas yang empuk gitu....

Ok, berbalik kepada persoalan, apa yang pembaca rasakan bila mereka tidur terlalu lama? (Sila jawab di bahagian komen yer)

Jawapan kepada persoalan saya:
1. Rasa lega dan sedikit selesa (saya dah huraikan sikit kat atas tu)
2. Rasa bimbang juga - sebab ada kes anak tidur lama sangat, rupa-rupanya tidur terus. Nau`zubillah. Tu sebab saya lebih suka mereka tidur ada bunyi sikit2, macam dengar sedikit rengekan dia ke, bunyi nafas dia ke? Ish...saya ni, macam2 fikirkan.....
3. Rasa rindu yang teramat - bila mereka semua tidur, ada perasaan rindu pada mereka. Bukan saya je rasa, abi mereka pun rasa juga. Rindu dengan keletah mereka, rindu dengan tangisan.... rindulah segala2nya. Tu anak2 tidur depan mata kita, cuba bayangkan bila mereka tiada depan mata kita. Berada di kampung ke, berada di rumah saudara ke...tentu kerinduan tu semakin menebal.

Ok, itu je untuk kali ini. Kita jumpa di lain entry, ok! Sila-sila ye...jawap persoalan saya. Apa yang anda rasa bila anak anda sedang tidur? Terima kasih!

9 comments:

  1. yela kak..mmeng terasa sunyi tiba2..kalau tak merengek menjerit2..ada jugakla perasaan mcm akak tu..tetiba je anak mcm tido senyap sgt, macm tak brgerak lama, saya akan usik badan dia..tambah2 lagi kalo dia tido meniarap kan..risau jugak..

    ReplyDelete
  2. kalau anak tido saya rase senang nak baut kerja..tp bile tido lama sangat saya rase nak main dgn dia pulak..

    macam malam tadi buat saya geram dgn anak saye..dah pukul 11.30 malam tapi dia tanak jugak tido..tp bile dia tido, saya tengok je dia sambil usap2 dia, dalam hati saye berdetik "maafkan ibu sbb tadi marah2" hukhuk..

    ReplyDelete
  3. bila anak tidur...
    aiman @ along..mmg akak rasa lega sb dia tak merayau.

    nurul...rimas sebab dia ni suka sgt tidur

    nabila..lega...aman damai...hehehe
    dia hanya diam bila menyusu & lena..bayangkanlah...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Umisofie...
    nk jawap ni...hehehe

    1. saya pon rasa cam tu..lega dan sedikit selesa..

    2. ha a..saya risau klu tido terlalu lama.. saya akan jenguk dia org kejap²..lagi² baby saya si Echa..dia suka tido meniarap...saya takut dia lemas...dan kakak yg tido senyap sunyi..saya akan kuis sket kakinya..anak sulong..dia tido memang ada bunyi sket....

    3. sebenarnya..memang la kita rasa sikit aman...tapi tak bes...kalau saya makan ngan hubby..tak ada sape kacau...kalau saya tgh menjaet..tak ada sape nk ketuk² pintu bilik..senang ckp mcm ada satu rasa tak kena la..

    ReplyDelete
  5. samalah k.fiza..wpun sy baru anak sorang.hehe
    bila aleesya tido,rasa tenang dan lega..dapat gak rest,wat keje lain or tido sama..
    kalu mlm die tido awal..sy jd rinduuuu rasa nak peluk je die.tp,kalu peluk kang,ganggu die tido,terkejut lak.hehe..cium2 je la.hehe.

    btw,hepi kan dapat jaga anak2 sendiri..
    moga kita sama2 dimurahkan rezki dapat jadi isteri dan ibu yang sentiasa di sisi anak2 dan suami..

    ReplyDelete
  6. ush fiza... sofie tu tido.. kaki smpi naik atas?? mmg hebat yer!! ;-)

    ReplyDelete
  7. comel ok kaki sofie! boleh jadi gymnast.:D

    ReplyDelete
  8. rasa sayu bila tgk anak tidur

    ReplyDelete
  9. SORRY SEMUA, BARU ADA KESEMPATAN NAK MEMBALAS KOMEN SEMUA.

    amirah,
    anak kalau tido meniarap, mmg kena perhati baik2. lagi2 kalau baby tu. takut muka telangkup kat bantal. bahaya. kalau dah besar tu pun kena tgk2 jugak....

    **********************************************************************************************
    rina,
    akak pun pernah marah anak sebab lambat tido, bising, ketawa terkekek2, bila abg2 lambat tido, adik 2 org yg kecik ni pun tak tido2. bila dorg dah tido, baru rasa nyesal marah dorg tadi. hehe...

    *************************************************************************************
    kak ieda,
    nabila tido mesti comel,kan. pernah tgk gambar nabila tido dlm blog aka...alahai....hehe

    **********************************************************************************
    aku tulip
    terima kasih bg jawapan. hehe...
    tu la, mungkin hanay ibu2 saja yang rasa apa yang kita rasa ni,kan?

    saya suka tgk hasil jahitan anda. cantik2...

    ***********************************************************************************
    ash,
    akak pernah kena marah dgn hubby sbb nak peluk anak time anak tido...hehe...

    ********************************************************************************
    hang lipur,
    nadie...dia tido mmg cam tu. anak SD ni fleksible. kalau ko tgk aksi2 dia yg lain, mmg betul2 mcm gymnast tu...

    **********************************************************************************
    aca,
    anak SD mmg fleksible.

    **************************************************************************************
    nieda,
    mmg sayu kan. hati kita boleh runtun bila tgk mrk tido...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....