Sunday, August 29, 2010

Cerita Sofie bersama begedil daging

Hai semua...Assalamualaikum.....
Cepat je masa habis 3 hari bercuti. Ramadhan pun hampir meninggalkan kita. Rasa sedih pula.... Korang dah khatam Quran? Saya belum lagi. Sempat ke tidak saya khatam Quran Ramadhan ini? Sibuk dengan aktiviti lain, terasa sedikit ketinggalan berbanding orang lain. Namun, saya cuba sedaya mungkin untuk menghabiskan membaca satu al-Quran pada Ramadhan kali ini. Sedang berlumba dengan cik suami ni....hehehe. Setakat ni, saya extra satu juzu`. Ala...bila2 masa je dia boleh potong saya. 

Terasa ingin mencoretkan sesuatu di blog ini. Saya rasa tak seronok kalau biarkan blog saya tak ber'update' walaupun sehari. Elleh...macamlah ada yang nak baca cerita si Fiza tu. Kalau saya tiada di rumah, mungkin blog ini akan sunyilah seketika. Tapi, selagi saya berada di rumah, saya cuba sedaya mungkin mencari masa untuk update blog ini.

Ok, Sofie saya dah hampir pulih dari demam. Sian dia tau! Dah lama sangat tak demam, tiba2 Ramadhan ni pulak dia demam. Sejak Sofie dibedah beberapa bulan lepas, Sofie memang dah lama tak demam. Kalau tak hampir setiap bulan kena tahan wad sebab demam, batuk, selsema, jangkitan paru2. Alhamdulillah, demam kali ini sangat2 singkat. Tak melarat. Ada flu sikit la, tapi tak teruk. 

Melayan karenah Sofie demam....aduhai....sabar saje la. Saja saya ingin tayang segala riak wajah Sofie yang hampir2 pulih dari demam. Tengoklah kat bawah tu....Hehehe. Dengan mata sembapnya, muka tetap ceria melayan kamera untuk berposing.

Sofie yang ceria

Berbuka apa maghrib tadi? Saya berbuka simple2 je. Tadi ada bakwan jagung, tauhu goreng sikit dan begedil daging. Tu ha dia....begedil daging yang saya dan suami buat. (sila lihat gambar bawah ye) Sangat sedap tau korang. Plan asal nak buat bakso, makan dengan begedil daging tu. Tiba2 macam tak cukup bahan, tu yang tukar plan buat bakwan jagung. Sebenarnya, bakwan jagung tu cekodok jagung je. Sedap.... sebab ada isi jagung dalam bancuhan tepung tu...... Airnya, minuman ABC Rock! Yea...yeah! Hehehe...(Macam Bandi Amuk pulak)

Tahukah korang minuman ABC Rock tu bagaimana? Minuman ni saya kenal masa belajar kat UM dulu. Kat bazar Ramadhan ada orang jual. Jadi, sebab minuman tu sangat sedap, buatlah sendiri di rumah. Sebenarnya saya sekadar mencampurkan air bandung dengan cincau, jagung manis, cendol dan kacang merah. Letak ais....mmmm, amat lazat diminum ketika sejuk. Saya tak ambil gambar pulak......

Begedil daging

Berkenan ke tengok begedil daging saya tu? Hehehe...mahu resepi? Ala....korang search je kat google, nanti macam2 versi resepi keluar. Cara saya senang je. Meh nak tunjuk sikit macam mana resepi membuatnya:

Kentang (direbus, toskan kemudian buang kulit dan tumbuk dengan lesung. Kalau nak ikut cara saya, mesti tumbuk dengan lesung,ok :-))
Daging - (sukahatilah korang nak guna daging macam mana pun. Daging cincang ke, daging burger ke, daging biasa ke. Tapi saya gunakan daging burger oblong. Power punya ye! Daging ni korang masak dulu, pastu cincangkan bagi halus.)
Daun sup dan daun bawang
Lada sulah
Serbuk daun basil (terpulang nak letak ke tidak. Saya letak sebab memang dah ada kat rumah.)
Sedikit garam

*Semua bahan kat atas tu korang gaul je hingga mesra. Pastu bentuk2kan menjadi bentuk bulat. Celup dalam telur dan gorengkan kekuning2an. Siap la untuk dihidang...... Lebih sedap dimakan bersama soto atau bakso. (Lain kali kalau saya buat bakso, saya sharekan resepi kat sini)

*Kuantiti bahan, aci taram je.....(Si Fiza ni memang tak boleh jadi pakar masakan ye, dan tak boleh nak terbitkan buku masakan sebab tak ada talent pun.)

Ok, cukuplah untuk entry kali ini. Hijaz dah menangis minta perhatian. Kena tidurkan dia ni. Kita jumpa lagi di lain entry..... Terima kasih ye korang sebab masih sudi baca bebelan si Fiza ni...:-)

6 comments:

  1. Uish. tetiba teringin nak makan soto!

    ReplyDelete
  2. sedapnya bergedil ni kan.. fav lady ni kak.. makan dengan nasi pun laju jugak hehe

    ReplyDelete
  3. ica,
    boleh buat soto utk berbuka nanti...
    hehe...

    ***************************************************************************************
    lady,
    lady pun suka begedil ye. akak pun suka. hehe...sedap,kan?

    ReplyDelete
  4. seronok tgk sofie walalupun demam tp maintain senyum biler nmpk kamera..kekekee...

    ReplyDelete
  5. kameralah umpan utk sofie gembira,izwa...
    hehe

    ReplyDelete
  6. sedapnya begedil makan dengan soto...slurrrpp
    cantik je begedil akak buat tue :)
    biasa kalu buat sure pecah2..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....