Saturday, August 07, 2010

Kenangan Ramadhan lalu

(Entry syok sendiri kot ni....hehe)

Minggu depan dah nak masuk Ramadhan. Sangat seronok menanti bulan ibadah ni. Masa ni setiap amalan, perbuatan baik kita di kira ibadah. Menyusukan anak satu ibadah, melayan karenah anak penuh sabar satu ibadah, layan suami lagi la satu ibadah, belom lagi solat, baca al-Quran, berpuasa, berselawat, berzikir menyebut nama Allah, dah tentu ibadah,kan? Seronok sangat....bulan Ramadhan boleh tambah pahala kita yang kurang ni. Saya sangat2 excited dan tak sabar menanti saat Ramadhan tiba.

Bercerita tentang ramadhan, saya ada beberapa pengalaman yang saya tempoh dalam bulan Ramadhan. Semuanya bersangkut paut dengan anak2. Pengalaman itu sungguh bermakna dalam hidup saya. Mari imbas kembali:

Ramadhan (2008)
Pada tahun itu, Ramadhan, Sofie berusia 8 bulan. Namun, saiz Sofie tidak seperti bayi 8 bulan. Sofie umpama bayi baru lahir. Berat Sofie waktu itu hanya dalam 3 kg sahaja. Mendukung Sofie juga umpama bayi baru lahir. Saya menempuh permulaan Ramadhan di hospital bersama Sofie. Sofie admitted ward kerana broncholitis. Abisofie juga menempuh permulaan Ramadhan bersendirian di rumah tanpa saya. Sedih....jgn kira la. Saya bersahur sekadar minum air bersama roti sahaja. Tiada nasi. Jadilah sekadar mendapat berkat bersahur. 

Saya kurang sedih kerana ramai di wad itu yang senasib dengan saya. Berpuasa di hospital, kerana masing-masing menemankan anak yang sakit. Menempuh hari siang di hospital sungguh bosan. Apa lagi yang mampu kita buat selain temankan anak, tidur, menanti kehadiran ubat2an, menanti kedatangan doktor untuk memeriksa anak.... sangat2 bosan. Tapi, masa tu hati perlu ikhlas. Setiap aktiviti kita di kira ibadah. Allah akan kira setiap apa yang kita lakukan. Jadi setiap keboringan dan kesedihan bertukar menjadi seronok dan gembira. 

Tiba waktu berbuka puasa, saat yang saya paling tunggu2. Masa ni abisofie ada untuk bersama kami. Pihak pengawal keselamatan memberi kelonggaran bapa-bapa pesakit untuk berbuka puasa bersama ibu pesakit. Jadi suami saya mengambil kesempatan ini untuk berbuka bersama saya. Abisofie membawa makanan dari rumah. Percaya atau tidak setiap makanan abisofie masak sendiri, dan ada juga beli sikit2. Walau berbuka di hospital, hati tetap gembira sebab dapat berbuka dengan suami tersayang. :D

Saya dan Sofie berada di hospital pada waktu itu selama 14 hari. 6 hari berpuasa di wad.....dan bila doktor bagi Sofie balik, saya yang paling gembira. Tak sabar menunggu berpuasa dan berbuka di rumah sendiri.

Ramadhan (2009)
Ramadhan tahun tu, saya tak berpuasa di hospital. Sangat2 berharap dan berdoa Sofie saya tu sihat selalu. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya. Sofie sihat...ada juga waktu dia sakit, tapi tak teruk. Kebetulan pula saya waktu tu mengandungkan Hijaz, dah agak sarat juga..... Yang menjadikan saya rasa sedikit tercabar bila tengah2 mengandung ni kita nak menjaga anak kecil lain pula. Anak lain belum kira lagi....

Tapi, memang sangat2 teruji kesabaran, dah la sarat mengandung, karenah anak, badan tak kuat....untuk maklum, setiap kali tiba waktu berbuka, cik suami tersayang lah yang menyiapkan persiapan. Sebab bila tiba waktu petang saya jadi sangat2 lemah. Tak boleh nak bangun, kaki longlai, tangan mcm tak boleh nak angkat. Maklumlah.....ibu mengandung. 

Tapi, untuk makanan sahur, sayalah yang sediakan. Tak kanlah dia nak buat juga,kan? Sungguh tak patut.... :)

Saya berharap sangat, Ramadhan tahun ini saya dapat tempuh dengan penuh sabar. Saya ada anak kecil 2 orang, anak besar 2 orang, besar pun tak berapa besar sangat. Belum bulan Ramadhan pun saya dah rasa betapa penatnya saya. Semoga Allah membayar segala kepenatan saya dengan ganjaranNya. Jangan banyak merungut ye Fiza....!!!! Tu sebab saya selalu berharap ada pertolongan dari suami saya, nak-nak saya menyusukan anak sepenuhnya. Tentu badan saya akan bertambah lemah menjelang waktu petang. Perlukah saya ambil apa2 supplement utk memberi tenaga lebih dalam bulan Ramadhan ini? Mungkin....nanti saya fikirkan supplement apa yang patut saya ambil. Abang, tolong yer.... Dan paling saya berharap, janganlah menempuh bulan Ramadhan di hospital lagi. Tak sanggup rasanya..........

Semoga Allah panjangkan umur kita menempuh bulan Ramadhan penuh barakah ini...

6 comments:

  1. zai tak pernah puasa kat spital tapi masuk spital masa bulan pose...kerana preggykan nabilah...

    ReplyDelete
  2. Selamat meynyambut Ramadhan Al Mubarak Fiza jelita. Semoga kitA semua akan mendapat keberkatan dan rahmat dari ALLAH SWT.AMIN

    ReplyDelete
  3. salam fiza...anak2 smua apa kbar..SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN BUAT FIZA SEKELUARGA..

    ReplyDelete
  4. slm fiza...

    selamat menyambut ramadhan ye
    semoga sama2 kita mendapat rahmatNYA..

    mmm...seronokk bila igt setiap apa yg kita lakukan dgn ikhlas utk family mendapat ganjaranNYA amin...

    ReplyDelete
  5. saya banyak kali juga puasa kat spital...hehehe..
    fiza..
    moga semuanya mudah untuk fiza & suami serta anak2 pd tahun ni & tahun2 akan datang.selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  6. salam fiza,

    terharu bila baca entry ini..
    moga kita sama2 berjaya menyusukan anak sambil beramal ibadah ketika berada di dalam bulan ramadhan nanti ye...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....