Thursday, March 24, 2011

Sibukkah Saya?

Assalamualaikum.... salam penuh keberkatan. semoga hidup yang kita lalui dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah....

Image dari Google

Saya kekeringan idea untuk meng'update' blog ini. Dalam kesibukan menguruskan rumah tangga, saya cuba mencuri sedikit masa untuk bersama alam maya ini, walau hanya seketika. Tugasan harian saya menyebabkan masa saya amat terbatas untuk terus berinternet. Mana ada dalam dunia ini orang yang tak sibuk,kan? Semua orang sibuk dengan tugas masing2.

Rutin harian saya setiap hari :

Jam 0500 pagi - bangun tido, menyiapkan sarapan untuk suami dan anak yang ke sekolah.

Jam 0700 pagi - suami dan anak selesai ke sekolah, saya menguruskan anak2 lain di rumah. Mengemas rumah, membasuh dan menjemur pakaian, mencuci pinggan mangkuk, mengemas dapur.... dan menyelesaikan semua tugas yang masih belum selesai.

Jam 1000-1030 pagi - selesai tugasan rumah, masa untuk bersama Amniy... melihat Amniy membuat kerja2 'home-schooling'nya. Memberi tunjuk ajar padanya mana2 yang dia tak tahu. Memastikan Amniy ada membaca buku cerita, satu hari satu cerita sebagai pengukuhan bacaannya, sambil melayan karenah Sofie dan Hijaz. mengajar Sofie bercakap dan bermain.

Jam 1200 tengahari - masuk dapur untuk memasak makanan tengahari.

Jam 1330 tengahari hingga 1400 petang - Ikhwan pulang sekolah, menyiapkan makan tengahari Ikhwan, dan Ikhwan menunggu pula kedatangan van sekolah untuk ke sekolah agama.

Jam 1430 petang - suami pulang dari sekolah, solat dan makan tengahari. Mengemas lagi apa yang patut untuk dikemas, terutamanya bahagian dapur. Selepas itu, dapat rehat seketika sambil tidurkan anak. Melipat kain yang telah diangkat. (cuba memastikan tiada kain yang berlonggok!)

Jam 1730 petang - suami mengambil Ikhwan dari sekolah agama, menanti kedatangan anak2 jiran untuk mengaji al-Quran.

Jam 1930 malam - waktu Maghrib, selesai solat, mengajar Ikhwan dan Amniy mengaji, memeriksa bacaan dalam solat Ikhwan dan Amniy, memastikan Ikhwan buat kerja sekolah.

Selesai semua tu, anak2 tidur, dan saya juga tidur kepenatan. Begitulah untuk hari seterusnya. Begitulah kehidupan seharian saya. Banyak lagi tugas2 penting lain yang tak perlu saya nyatakan di sini. Belum lagi tugas membawa Sofie terapi di hospital. Membawa Hijaz dan Sofie buat check-up klinik..... Siapa kata surirumah tugasnya mudah? Belum kira sakit badan, sakit pinggang, sakit gigi....hehehe. Nak jaga kesihatan diri pun tak dan...... Adeh!

12 comments:

  1. salam kak umisofie...:)

    betul la ape org kate..jadi suri rumah lagi penat dari kerja di office..

    ReplyDelete
  2. salam izwa cayang...
    penat, mmg penat la izwa.
    tak pe, semua gaji kita tertunggak. Allah yg bayar. hehehe

    ReplyDelete
  3. hehe.comelnya..sy pegang kata2 k.fiza..gaji tertunggak,allah byr.

    =p

    awal k.fiza bgn..
    saya masih belum se bz k.fiza.bgn pun malas2.tgh period,lagi mls bgn.hehe

    ye lakan,anak pun baru sorang.
    hehe.kalu arwah ada,sy da bz dgn dua anak da skang.hehe.

    takpe.mudahan allah tambahkan anak lagi,tambah kerja saya nanti..supaya le naik gaju.hehe..

    ReplyDelete
  4. akak, jadi suri rumah ni mmg lebih sibuk dari org yang kerja pejabat tu..rina bace schedule akak pon dah rase penat..tp takpe, setiap kerja yg di buat tu ade ganjaranye kan kan, insyaallah..

    ReplyDelete
  5. betul tu fiza...jadi suri rumah mmg sibuk...sebab tu sebenarnya kagum dengan suri rumah ni.. ayu sendiri pun tak pasti boleh buat mcm tu ke tidak...hari minggu adalah hari menjadi surirumah bagi ayu..hehe

    ReplyDelete
  6. betul2.dok umah lg penat sbnrnya..:)

    cuma kita dpt masa kualiti bersama anak. klu isteri bekerja sian kat anak2.

    ReplyDelete
  7. betul2..kalo jd surirumah ni mmng lagiiii penat kan kak?

    ReplyDelete
  8. ashra,
    akak mmg kena bangun awal, kalau tak mmg tak dan la nak sarapan suami dan anak akak. sian dorang... sekurang2nya buat cekodok ke...hehe
    masa anak2 akak kecik dulu, bgn tak awal mcm skrg. skrg kena la ubah jadual.

    **********************************************************************************************
    salam rina,
    rindunya dgn rina. hehehe ecah sihat ke?
    akak mmg sibuk sikit la, rina. ni pun curi2 masa...

    **********************************************************************************************
    ayu,
    ayu bekerja utk family juga,kan? tak pe, walaupun surirumah hanya weekend, tetap ada ganjaran,kan?

    *********************************************************************************************
    noina,
    akak ni kalau tak ada anak, agaknya dah kerja kot. heheheh....
    sebab nak jaga anak sendiri la akak dok rumah, jadi surirumah. :-)

    **********************************************************************************************
    amirah,
    betul.... selagi tak lelapkan mata, selagi tu la penat belum hilang :-)

    ReplyDelete
  9. salam k.fiza...wan dh lalui dua2, mmg diakui jd surirumah lebih penat dr kerja ofis...sgt bagus jd surirumah sb blh urus sendiri hal anak2...insyaAllah bila anak2 bsar nnti,k.fiza akan rsa berbaloi dgn penat lelah slama ini...wan kagum dgn k.fiza sb anak2 cpat membaca pd usia mula...terdidik dgn ilmu dunia & ilmu agama...

    ReplyDelete
  10. salam fiza...
    memang penatkan jadi surirumah,akak ni kat tempat keja baru boleh rehat sikit....

    ReplyDelete
  11. wah..pack nya jadual dia kan..hehe...byk 'gaji' Allah bg tu tau

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....