Wednesday, March 09, 2011

Kesempatan Terhad

Assalamualaikum semua.... salam penuh keberkatan.
Entry pertama dalam tahun 2011, setelah sekian lama menyepi dari dunia tanpa sempadan ini. Ekoran terlalu banyak masalah melanda PC dan talian internet di rumah, saya terpaksa melupakan dunia ini buat seketika. Di kesempatan yang amat sempit ini, rindu saya untuk mencoretkan sesuatu di sini.

Tak sangka, ramai juga ternanti2kan kisah saya dan Sofie. Maaf semua.... kami menyepi bersebab. Semuanya ada hikmah tersirat yang kita sendiri tidak sedar. Sepanjang kesepian saya dari dunia tanpa sempadan ini, saya hidup seperti anda semua, menguruskan rumah tangga adalah kerjaya utama saya. Hidup saya bertambah sibuk kerana Ikhwan Hubby telah masuk Tahun Satu. Sekolah pagi petang, membuatkan hidup saya bertambah sibuk. Belom lagi urusan anak2 lain......

Amniy Mahfuz, yang sepatutnya bersekolah, saya dan suami terpaksa batalkan dahulu persekolahan dia. Kenapa? Biarlah rahsia......(eceh!) Banyak sebab kenapa saya batalkan persekolahan Amniy. Insya Allah, panjang umur, murah rezeki tahun depan, umur Amniy 6 tahun saya akan masukan dia sekolah. Saya tak perlu risau, kerana Amniy sudah boleh menguasai bacaan BM dengan lancar. Bacaan dalam BI, alhamdulillah.... sedang dalam proses untuk lebih lancar. Bacaan Iqra`, hampir tamat Iqra` 6. Insya Allah, Bulan depan bolehlah pindah kepada Al-Quran..... Kemahiran menulis, mengira juga masih diteruskan. Kunun2nya, saya buat home schooling la.... Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Saya menerima cakap2 kosong dari orang2 tertentu.... "Ish! Tak rasa rugi ke tak hantar anak sekolah. Umur dah 5 tahun." Ada juga yang bertanya kepada saya, "Boleh ke Fiza, budak tu tadika setahun je?" Senyum je la.... kalau nak di ikut kata orang, memanglah tak terikut. Baik kita buat apa yang kita rasakan terbaik untuk anak2 kita..... Dalam fikiran saya, 'Kalaulah saya jutawan, dah lama dah saya hantar Amniy tu masuk, Little Caliph ke, Genius Aulad ke...' Kihkihkih......

Sofie..... Amat bermakna pada kami anak dara sorang ni. Sudah ligat berjalan tau. Walaupun Sofie mampu berjalan pada usianya 3 tahun, dalam tempuh 3 bulan ini, dia semakin ligat. Tak terkejar dibuatnya. Jangan buka pagar depan tau.... cepat je dia keluar. Pandai pulak tu, menuju jalan ke taman permainan... Hehehe. Lucu tengok dia berjalan. Nanti, ada kesempatan waktu, saya uploadkan video Sofie. Mulut Sofie pun bukan main hebat sekarang. Walaupun pertuturan masih tidak jelas, tetap gembira apabila Sofie buka mulut bising2. Saya masih meneruskan terapi alternatif Sofie di Gedangsa bersama Kak Raw. Yang bestnya, sekarang terapi Sofie hanya untuk minda sahaja. Untuk terapi OKU, sudah tamat. Terapi untuk minda waktu malam sahaja. Jadi, saya sudah tidak pergi waktu pagi untuk terapi OKU..... Alhamdulillah! Terapi di hospital juga masih diteruskan.....

Anak bongsu saya, Hijaz.... pesaing hebat Sofie ni.... juga sudah berlari. Cuma, anak bongsu ini, amat berat mulut. Pendiam sikit.... asik senyum je. Tapi, masih cewek, cengeng....pantang jumpa orang lain, menangis je la taunya...... Tak banyak sangat nak bercerita pasal Hijaz. Dulu banyak jugak. Tapi, semuanya dah basi. Tak pe la.... simpan sebagai memori!

Apapun, kehidupan saya alhamdulillah...baik2 saja. Terima kasih kepada semua yang prihatin atas kehilangan saya yang begitu lama ini. Saya juga amat rindukan dunia blogging, rindukan FB dan paling saya rindukan tempat saya melepak.... Ratuhati. Insya Allah, andai semuanya sudah selesai, saya akan melepak di situ lagi. Masa saya yang ada sekarang amat terhad.....

Insya Allah.... kita jumpa lagi........

13 comments:

  1. patutlah lama x nmpk kak fiza update blog..xpe kak..buat je apa yg kita rasa betul n patut utk ank kita..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..semoga semuanya baik2 saja

    ReplyDelete
  3. kak, ingatkan senyap sebab hijaz nak dapat adik..hehe..semoga akak ceria bersama suami dan anak2 ye..

    ReplyDelete
  4. Akhirnya terjawab juga persoalan kemana akak menghilang.Tertunggu-tunggu gak cerita tentang akk n sofie.Huhuhu..Alhamdulillah, semuanya ok.Semoga sofie sihat-sihat sahaja dan makin bijak :)

    ReplyDelete
  5. akak doakan yg terbaik untuk fizah sekeluarga ye..smoga dapat berborak lagi dilain waktu;)

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah, terubat sudah rindu :)

    saya doakan yang terbaik untuk kak fiza sekeluarga

    kim salam peluk cium untuk sofie dan hijaz yea :)

    ReplyDelete
  7. fiza..alhamdulillah..lama tak dengar coretan dari fiza..senang sekali membaca coretan ini..all the best ye..

    ReplyDelete
  8. saya ingt akk cm merajuk dh dr dunia blogging..saya mmg ternnti2 crite2 dr akk..hehehe..
    x pe la kak, akk wat je y termampu, klo ikut ckp org..kite jugk y sakit sbb slaloo terpk2..akk lebih tahu anak2 akk berbndng org lain kan..papepon, wish umisofie..gud luck n all da best..gambatte kundasai..semoga ALLAH terus merahmati keluarga akk..^ ^

    ReplyDelete
  9. Salam Fiza,

    Akhirnya setelah sekian lama ku jeling2 kat blogroll daku itu tak berubah2 entry.. hari ni berubah jugak. Hehehe.

    Alhamdulillah.. sukeeeenyeee dengar Sofie dan lari2 dan bising2. Jangan lupa upload video ok. Akak nantikan.

    ReplyDelete
  10. lama duk mengintai blog akak..baru muncul entry baru...rindu nk tgok sofie...smoga smuanya baik-baik ;)

    ReplyDelete
  11. salam fiza,
    lamanyer tak dgr citer fiza. Harap2 semuanya sihat ya! nampaknya fiza pun semakin aktif bhomeschool ya..tahniah. Seronok dgr perkembangan anak2 fiza. Semoga terus sukses.

    ReplyDelete
  12. salam fiza...
    suka dengar pasal sofie. usaha fiza n suami dah nampak hasilnya. semoga sofie terus membesar dengan sihat.
    tentang anak tak tadika 5 tahun tak kisah fiza. anak akak yang ke3 pun tadika masa umur 6thn jer. masa tu ekonomi memang tak berapa baik. tapi bila sekolah rendah pencapaian dia sama je macam abg² dia. tak de beza pun. tadika cuma untuk dia biasakan diri bergaul dengan kawan² sebelum dia masuk sekolah rendah.

    ReplyDelete
  13. tanggungjawab ibu ni besar sangat. bila dah jadi ibu baru tahu bagaimana persaan ibu kita dulu-dulu. selamat hari ibi utk umusofie dan wanita malaysia.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....