Wednesday, March 16, 2011

Sedikit kisah kasut, dan Video Sofie berjalan

Saya pernah bercerita dalam entry ini, yang Sofie memerlukan kasut khas untuk memudahkan Sofie berjalan. Andaian abosofie yang mengatakan Sofie mengalami 'flat feet syndrome' mungkin betul. Tapi, andaian dari juruterapi berkaitan kasut khas itu, terpaksa saya lupakan ekoran harga kasut yang amat mahal. Macam tak berbaloi pula bila nak menempah kasut tersebut. Saya sendiri tak tahu bagaimana rupa kasut khas yang digembar-gemburkan. Bagaimana kalau Sofie besar kelak? Perlu ke menempah kasut khas yang baru? Dah tentulah....

Dan di sebabkan Sofie yang sudah mula pandai berjalan sendiri, saya berusaha mencari kasut yang sangat sesuai dengan kakinya yang gebu itu. Kononnya, nak belikan kasut yang cute-miut, comel2 gitu. Yang ada gambar2 Barbie ke, hehehe, tapi, alahai.... memandangkan kaki Sofie yang gebu ke atas, kasut yg cute-miut itu tak muat la pulak. Cari dan terus mencari, maka terjumpalah kasut yang betul2 sesuai dengan kaki dia.

Kasut Sofie
Alhamdulillah, kasut yang ada ini memudahkan lagi Sofie untuk terus berjalan dengan baik. Diakui, Sofie berjalan tidak seperti kanak-kanak normal lain. Sedikit terkengkang kakinya ketika berjalan. Saya tak peduli semua tu, yang penting, Sofie mampu berjalan. 

Lihatlah Sofie yang ceria.... (Sila log in FB anda untuk menonton video ini)

Ketika di halaman rumah. Sila abaikan semua benda2 yang menyemak. Waktu hujan....

Ketika bersiar2 di Bukit Malawati, Kuala Selangor. Sofie tengah demam waktu ni....

Alhamdulillah, usaha kami tidak sia2. Kami berusaha sedaya mungkin untuk menjadikan Sofie seperti kanak-kanak normal lain, meskipun Sofie adalah insan istimewa. Dialah permata istimewa kami.

8 comments:

  1. sofie...semoga sofie kuat semangat yer...acik rin doakan sofie sentiasa dilindungiNya..

    buat umiesofie...anda seorang ummi yg tabah...tahniah yer...

    I follow u..
    follow me back if u dont mind..tq(",)

    ReplyDelete
  2. salam kenal Rin...
    tq.... saya follow awak juga.

    ReplyDelete
  3. seronok tengok sofie berjalan...

    *eh kasut tu macam kasut irfan...hehee kasut irfan warna oren...beli kat pasar....;)

    ReplyDelete
  4. salam fiza...amboi...lamanya hilang.sofie pun dah besar.
    fiza..kasut tu kat bhgian dalamnya ada macam button kat tepi2 tu kan?kaki sofie ok ke bila pakai kasut tu?nabila tak boleh pakai.dulu akak beli sekali.dia pakai jalan2 tapi bhg tepi kaki dia yg tersentuh dgn button tu jadi melecet & menggelembung.dua2 kaki jadi mcm tu.so sekarang dah tak guna kasut tu.

    ReplyDelete
  5. kak fisa,
    sama ke ? hehehe,
    beli kat kedai kasut jer...

    **********************************************************************************
    kak ieda,
    salam kak, mmg lama fiza menyepi. bhgian dlm kaut tu kosong je kak. tak de apa2 pun. sofie lebih selesa pakai kasut tu. lepas ni, kalau kasut yg ada tu tak muat, kena cari saiz besar sikit.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.....nnti main kejar2 ngan adik debab pulak ye

    ReplyDelete
  7. salam della,
    hehehe...dah main kejar2 pun cik della. jenuh jugak nak berkejar budak 2 tu.

    *********************************************************************************************
    ica,
    tq ica. semoga ica dan keluarga sihat semuanya. :-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....