Kepada semua guru, maaflah sebab lewat membuat entry ini. Apapun, Selamat Hari Guru.
Saya sangat berbesar hati ingin menyampaikan ucapan ini buat semua guru yang telah mengajar, mendidik serta tak pernah jemu mencurahkan segala ilmu pada saya.
Guru2 saya semasa saya bersekolah rendah, SK Sg. Pelong, SRA Paya Jaras (1988-1992), SK Klang dan SRA Kg. Jawa, Klang (1993). Walau telah lama meninggalkan sekolah rendah, jasa semua guru tak kan saya lupakan. Terima kasih,cikgu!
Saya juga berbesar hati mengucapkan hari bertuah ini buat semua guru saya ketika saya di Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisammuddin (SAMTH), Kg. Jawa, Klang, dari tahun 1994-1998. Mencurahkan segala ilmu dunia dan ilmu akhirat, serta menjadikan saya insan dan menyedari siapa kita hidup di muka bumi Allah ini.
Paling tak lupa kepada semua guru yang mengajar saya di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang (1999-2000). Di situ mengajar saya betapa kita insan lemah yang perlu bergantung hidup pada Maha Pencipta. Banyak sangat kenangan manis ketika di KISAS, menjalinkan ukhuwah bersama guru2 dan sahabat2, menyebabkan saya tak boleh melupakan betapa indahnya nikmat ukhuwah ciptaan Allah.
Tak lupa juga buat semua pensyarah saya ketika saya menuntut di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (2001-2004). Pensyarah Jabatan Linguistik Melayu, pensyarah Akademi Pengajian Islam, pensyarah Fakulti Bahasa dan Linguistik, pensyarah di Fakulti Sastera. Terlalu ramai pensyarah yang terlibat mencurahkan segala ilmu buat panduan hidup saya. Terima kasih semua pendidik!
Dan ucapan ini juga ditujukan buat semua sahabat saya dari saya bersekolah di sekolah rendah sehingga semua sahabat saya di universiti yang telah pun menjadi guru, dan akan menjadi guru. Selamat hari guru ye, teman.... Nak sebutkan nama di sini, oh....terlalu ramai sahabat saya sebagai pendidik. Semoga kalian berjaya dalam hidup.
Juga paling istimewa, selamat hari guru buat suamiku tercinta. Lahirnya memang sebagai guru, dilahirkan oleh pasangan guru. Selamat hari guru buat mak dan abah, walaupun abah dah pencen. Di kelilingi oleh adik beradik yang kesemuanya menjadi seorang pendidik. Selamat hari guru buat abang2 dan adik ipar saya, dan kepada 2 orang kakak biras saya yang juga sebagai pendidik. Semoga terus mendidik anak bangsa kita mencapai keredhaan Allah!
Selamat hari Guru..
ReplyDeleteowh..k.fiza dr keluarga pendidik rupanya.banyak jasa tuk dikenang.
ashra,
ReplyDeleteye dik.
semuanya pendidik....
akak bercita2 nak menjadi pendidik di sekolah, akhirnya sekadar pendidik di rumah jer...